Breaking News

Friday, October 25, 2013

Kelantan Ke Final Piala Malaysia (5 Gambar)

Kelantan Ke Final Piala Malaysia


Tahniah Kelantan kerana telah membuktikan mereka adalah antara pasukan terbaik di Malaysia apabila berjaya menempah kaki ke pentas final Piala Malaysia buat kali keempat dalam tempoh lima tahun selepas menyingkirkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan agregat 4-3.

ATM  yang tewas 2-1 di Stadium Selayang pada pusingan pertama, bermain dengan lebih baik pada perlawanan separuh masa pertama, yang menyaksikan mereka berjaya menghasilkan dua gol melalui pemain import, Marlon Alex James pada minit ke 17 dan 34.

Kelantan Punya Semangat Juang 


Namun sebagai penyandang juara, Kelantan sememangnya layak kerana "Fighting Spirit " yang ditunjukkan. Biarpun gagal beraksi dengan baik di 80 minit pertama, mereka telah memanafaatkan 10 minit yang terakhir apabila menjaringkan dua gol melalui sepakan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-82 dan Mohd. Badhri Mohd. Radzi pada minit ke 85.

Kelantan bakal bertemu dengan pemenang perlawanan di antara Pahang dan Serawak pada 3 Nov nanti.

Antara aksi-aksi menarik perlawanan:
 Kelantan ke pentas final kali keempat
 AHMAD Fakri Saarani (kanan) bersama Dickson Nwakaeme (20) meraikan gol kedua Kelantan jaringan Mohd Badhri Radzi (kiri) pada separuh akhir kedua bertemu Tentera. - Foto Fathil Asri
 
 Pemain Kelantan, Mohd Norfarhan (dua dari kiri) cuba melepaskan diri daripada kekangan pemain Angkatan Tentera Malaysia Hairuddin Omar (dua dari kanan) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada Jumaat. -Foto IZZRAFIQ ALIAS / The Star. 
 
 Dickson Nwaekame (kiri) cuba melepasi pertahanan ATM pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2013 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. Kelantan menang menerusi agregat 4-3. - UTUSAN/Irwan Majid
 Piya tutup ruang ATM
 HD Badri Radzi (Piya) memberi kasut yang di pakai kepada peminat selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV. FOTO Fathil Asri
 

17 comments:

  1. kenalin weh tengok bola male takdi..

    ReplyDelete
  2. syukur kemenangan milik kelantan

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kan..macam kiralah luckylah..bila masuk dapat score...percaturan yang baik dari Bojan Hodak..

      Delete
  4. Alhamdulillah =) he3 luaskan lg pengusaan pantai timur..terbaik la Kelantan

    ReplyDelete
  5. Tak boleh ke kalau tak gunakan imported player?
    Membazir duit je kott..

    ReplyDelete

Designed By