Kenapa Banyak Sangat IC Palsu?

http://www.melvister.com/wp-content/uploads/2013/10/pegawai-bank-ditembak-mati1.jpg
IC Palsu?

Kenapa banyak Sangat IC Palsu?


Pengawal keselamatan yang membunuh pegawai operasi cawangan AmBank, Norazita Abdul Talib, 37,adalah pemilik IC palsu. Sementara itu, dua lagi lelaki dan seorang wanita yang juga ahli keluarga kepada pengawal keselamatan tersebut yang kini ditahan untuk siasatan polis juga adalah pemilik-pemilik IC palsu. Difahamkan kesemua mereka berasal dari Sulawesi, Indonesia serta sudah berada di negara ini kira-kira dua tahun. So secara keseluruhan disini aje sudah ada 4 IC palsu.

Pegawai Keselamatan Guna IC Palsu


Difahamkan juga dua saudara lelaki kepada suspek itu juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah gedung perniagaan di Subang Jaya. Namun mereka adalah dari syarikat keselamatan yang berbeza.

Dalam kes ini memang jelas, syarikat keselamatan melakukan kesalahan kerana gagal mematuhi syarat Akta Agensi Persendirian 1971. Difahamkan syarikat keselamatan ini adalah sebuah syarikat yang terkenal. Sudah punya nama besar. Seharusnya tapisan yang ketat perlu dilakukan untuk semua pegawai keselamatan kerana mereka diberikan senjata ketika bertugas. Dalam kes ini, syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

Tindakan KDN membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang terbabit adalah langkah yang tepat supaya semua pihak mengambil serius kejadian ini kerana ianya melibatkan nyawa manusia.

Apa Kegunaan IC?


Isu utama disini, adalah kenapa begitu banyak IC palsu diMalaysia. Yang kita tau, sekarang adalah empat. Dan kita amat pasti di luar sana ramai lagi pemilik IC palsu. So siapa yang bertanggungjawab mengeluarkan  IC-IC palsu ini?  

Apa fungsi IC sebenarnya? Adakah hanya untuk rekod sahaja? Apakah tidak ada sistem yang membolehkan pemeriksaan IC dilakukan untuk mengetahui bahawa pemilik IC tidak pernah di daftarkan atau terdapat lebih daripada satu penama? Ini amat penting kerana kes yang melibatkan penggunan IC yang dicuri sudah terlalu banyak direkodkan. Kalau sistem kita boleh melakukan pengecaman dua IC/IC palsu tentunya isu ini boleh disettlekan.

Comments

  1. Kesimpulan yg boleh Nurul buat disini, Janji ada duit..semua boleh jadi.. begitu rapuhnya iman sesetengah orang bila berhadapan dengan duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Nrul..bila nampak duit, ramai yang rabun mata..

      Delete
    2. Bukan takat rabun je Raudzah.. buta mata dengan hati sekali.. huhu

      Delete
  2. lepas kejadian nie kerajaan kena pantau
    apa2 yg berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap macam tulah Lin..jangan jadi perkara bermusim dah..

      Delete
  3. dari dulu lagi isu ic palsu ini diperkatakan.. contohnya dulu gempar kes kematian seorang lelaki yang sebenarnya masih hidup.. lelaki yang mati itu telah menggunakan identiti dirinya.. walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pihak yang berwajib, isu ini tidak akan selesai selagi ada pihak yang menjadi dalangnya..

    ReplyDelete
  4. kerajaan harus peka lah bab begini.. risau kejadian yang buruk berlaku kali kedua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapan semua orang mama..janganlah ada lagi kes yang macam ni..nak kerja pun tak senang..

      Delete
  5. huhu...tak alah2 lagi dengan pemalsuan ic..huhu

    ReplyDelete
  6. teruk la kalau mcm ni, dah terjadi sesuatu bru sedar ic palsu..kalau x sng2 je orang luar boleh jd warga negara Malaysia..rsanya ni adalah perbuatan individu tak bertanggungjawab..sama mcm lesen..kena byar ribu2..lepas tu sng je dpt lesen..polis kena pntau la bnda2 cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah harapan kita semuakan fais..semua orang perlu main peranan kan..

      Delete
  7. harap2 segera di pantau...

    ReplyDelete
  8. Macam-macam sekarang ni boleh buat dengan duit.

    ReplyDelete
  9. Selalunya bila dah terjadi sesuatu yg buruk, baru tahu... masalahnya sykt keselamatan tu tak check betul2 dari awal.. bab benda2 palsu ni, apa pun barang, lagi canggih dibuat, asalkan ada duit, lagi canggih dia org boleh tiru.. hp pun ada tiruan dan mcm2 lg.
    Bab ni sy mmg setuju ttg sifat ambil mudah sykt keselamatan tu.. mmg sy pun bengang huhuu.. klu dari awal dia buat tapisan betul2, penjenayah tu sure dah sangkut kes ic palsu.. wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. That is an isu Khir..Ramai yang ambil mudah banyak perkara..bila dah terjadi barulah sibuk.After that lupa semula...

      Delete
  10. Allah knows best. He is All-Knowing. Allah will punish him forever in fire of hell.

    ReplyDelete
  11. Allah knows best. Allah is All-Knowing. Allah is All seeing. Allah will punish him forever in fire of hell.

    ReplyDelete
  12. benda macam nie pun boleh berlaku..nampaknya ada dalang yang bertanggungjawab..buru mereka hingga ke lubang cacing..masalahnya macam mana nak buru mereka

    ReplyDelete
  13. IC palsu ni impaknya kepada masyarakat sangat besar. Kerakyatan seseorang amat mudah diberikan atas sebab kerakusan mengekalkan kuasa politik dan wang. Akhirnya, rakyat bawahan macam kita juga yang menjadi mangsanya nanti.

    ReplyDelete
  14. mesti ada dalang disebalik semua ni..

    ReplyDelete
  15. bila hilang kita kena bayar denda rm kan ?

    ReplyDelete
  16. Nak tengok kampung indon yang hebat....silalah datang ke Greenwood. Siap buat rumah setinggan lagi. Berniaga kedai runcit,makan dan macam macam. Pagi pagi mereka cam kita jugak bawak moto pegi kerja......ada polis atau imigresen buat siasatan tak kawasan ini. Lagi kalau datang ke taman sri gombak....area kawasan rumah setinggan....berlambak nepal dan vietnam....dan bangsa asing rileks je bawak moto rewang rewang kawasan taman. Kalau di sepang....area berdekatan dengan Taman Aman Putra......penuh dengan mat hitam.......polis....imigresen....kerajaan malaysia.....saya mohon jasa baik pihak tuan-tuan sekalian kerana tuan-tuan sekelian sahajalah yang diberi kuasa dan tanggungjawab. Tolonglah kami rakyat malaysia yang original nih.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat