Breaking News

Wednesday, October 9, 2013

Pasaraya C-Mart Yang Runtuh Adalah Illegal?


Pasaraya C-Mart Beroperasi Secara Haram?


Pasaraya C-Mart Yang Runtuh Adalah Illegal? Inilah berita terbaru mengenai Pasaraya C-Mart yang runtuh pada hari Selasa lepas. Mengikut siasatan, bangunan tersebut sepatutnya digunakan sebagai gudang tempat penyimpanan barang, tetapi telah ditukar kepada sebuah pasaraya. Difahamkan, pasar raya tersebut yang beroperasi sejak penghujung Julai lepas juga tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF). Bangunan itu juga difahamkan telah lama dibiarkan kosong sebelum dijadikan pasaraya.

Kompleks tersebut kini telah diarahkan tutup setelah disahkan tidak selamat untuk diduduki. Jabatan Bomba Jitra sedang menyiasat sama ada bahan yang digunakan adalah penyebab kepada keruntuhan tersebut. 

Video Pasaraya C-Mart Yang Runtuh

p/s: Bila kita tengok video ni, dinding tu nampak seolah-olah terlalu rapuh. Mungkin pengunaan bahan yang kurang berkualiti adalah salah satu penyebab mengapa ia runtuh. Kalau betul itulah penyebabnya, operator-operator diluar sana, tolong jangan hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata. Nyawa manusia lebih bernilai daripada wang ringgit. Nasib baik kejadian berlaku pada pukul 8.00 pagi bukan waktu 8.00 malam. Kalau tak mungkin ramai nyawa yang terkorban atau cedera.

10 comments:

  1. nak untung je diorang ni langsung tak fikir safety.banyak sgt kes macam ni,persoalannya macamana majlis daerah boleh tak detect perkara ni,contohnya takde CF dan tiba2 ada bangunan baru kenapa tak buat inspection?hurmm

    ReplyDelete
  2. membahayakan orang ramai la diorang nie..pelik betul bangunan macam nie boleh runtuh..

    ReplyDelete
  3. sejak kebelakangan ini pembinaan bangunan tidak mengikut piawaian spesifikasi yang yang ditetapkan.. mungkin sebab nak mengurangkan kos pembinaan.. keadaan itu tentunya berisiko tinggi kepada orang ramai..

    ReplyDelete
  4. bahan binaan xdiiktiraf kot..hurmm mcm2 la skg ni..klu ilg byk nyawe macam mne le tu

    ReplyDelete
  5. ramai yang pentingkan keuntungan semata..

    ReplyDelete
  6. Mengejar keuntungan dgn mengambil mudah keselamatan msykt.. pelik juga mcm mana boleh wujud walau pun tiada kelulusan.. bukan kilang haram, tp pasaraya. Klu x runtuh semua org x tau kan yg ianya tiada kelulusan... mcm2..

    ReplyDelete
  7. Inilah hikmah disebalik kejadian...tapi masih juga tidak dijadikan ikhtibar...

    ReplyDelete
  8. main hentam je nk pikir untung. pon susah jgk

    ReplyDelete
  9. nampak sgt tak berkualiti...kdg2 kes2 mcm ni...sbb sub sub sub...byk sgt sub nya...

    ReplyDelete

Designed By