Breaking News

Sunday, November 24, 2013

10 Lokasi Torowong Bawah Tanah Yang Popular Di Dunia

10 Lokasi Torowong Bawah Tanah Yang Popular Di Dunia

Taman Negara Gunung Mulu, Miri, Malaysia

Taman Negara Mulu adalah sebuah kawasan “World Heritage Site” di negeri Sarawak yang terletak 110 km Barat Miri. Dipercayai system gua yang terpanjang di dunia, Taman Negara Mulu megah dengan keluasan Gua Sarawak Chamber yang boleh menyimpan 40 buah boeing 747. Dengan usia yang lebih dari 5 juta tahun, Taman Negara Mulu juga dipercayai adalah gua tertua di dunia.
Gunung Mulu merupakan Taman Negara terbesar di negeri Sarawak (544 km persegi), dan juga 'World Heritage Area' - See more at: http://www.sarawaktourism.com/index.php/bm/itinerary-detail/itin-detail?catid=1&itinid=93#sthash.iJgmS7YX.dpuf

 
G-Can Terowong Menghalang Banjir, Tokyo, Japan

Terowong G-Can di Jepun asalnya dibina untuk melindungi Jepun dari serangan banjir besar. Bermula dari tahun 1992, terowong 50 meter lebar dan enam kilometer panjang ini semakin berkembang. Sehingga kini ia semakin terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Jepun. Di dalamnya terdapat 78 kuasa kuda pam dan 59 tiang besar.

Terowong Cu Chi, Vietnam

Terowong Cu Chi, Di Vietnam asalnya telah digunakan oleh Viet Cong sebagai tempat kediaman, hospital dan kawasan penyimpanan semasa Perang Vietnam. Setelah ditinggalkan, terowong sepanjang 120 kilometer kini beroperasi sebagai "war memorial". banyak kesan-kesan sejarah perperangan ada disini

 https://says-news-production.s3.amazonaws.com/uploads/story_source/source_image/210652/4cd9.jpeg
Lombong Garam Wieliczka, Krakow, Poland

Lombong Garam Wieliczka, di selatan Poland, telah beroperasi sejak abad ke-13 sehingga 2007. Hanya 2% daripada keseluruhan lombong sepanjang dua batu ini dibuka kepada orang ramai.

 
Catacombs Paris , Perancis

The catacombs of Paris adalah salah satu daripada tempat-tempat pelancongan yang agak menyeramkan. Kubur bawah tanah ini mengandungi rangka-rangka manusia yang telah dikebumikan di sini di antara tahun 1785 dan 1860, apabila tanah perkuburan di bandar tersebut penuh.

Terowong Shanghai, Portland, Oregon, Amerika Syarikat

Terowong Shanghai adalah salah satu terowong bawah tanah yang menghubungkan beberapa basement bar dan hotel di sepanjang Sungai Willamette. Sebelum tahun 1800 ia digunakan untuk menghantar barang dari kapal-kapal yang berlabuh di sini. 

  
Mary King's Close, Edinburgh , Scotland

Mary King's Close asalnya bukan sebuah terowong. Ia adalah jalan yang paling sibuk di Edinburgh sehingga tahun 1645 apabila satu wabak menyerang Edinburgh. Untuk menghalang wabak daripada berjangkit, sebahagian penduduk yang diserang penyakit di kuarantin disini. Menurut cerita kebanyakan mereka dibiarkan mati di sini. Setelah itu timbul pelbagai cerita seram disini. Ianya dibuka semula dan didiami sehingga 1753, apabila ramai penduduk akhirnya diusir untuk memberi laluan kepada bangunan baru yang dibina di atas jalan lama tersebut.

 
Seattle Underground, Washington, United States 

Apabila the Great Seattle musnah dalam kebakaran pada tahun 1889, Ketua majlis perbandaran pada ketika itu memutuskan untuk membina semula underground ini di kawasan yang lebih tinggi yang tidak terdedah kepada banjir. The original
Great Seattle akhirnya menjadi kawasan terbiar yang agak menyeramkan.

Cappadocia, Turkey

Cappadocia asalnya adalah merupakan sebuah bandar bawah tanah yang paling padat di Turki. Kawasan ini dipercayai telah didiami sejak abad ke-8 SM. 

 
Coober Pedy, South Australia

Nama bandar ini dikatakan berasal dari sebutan salah satu suku Orang Asli yang bermaksud "orang putih dalam lubang." Oleh kerana suhu di luar yang mencecah sehingga 120 darjah, kebanyakan penduduk tinggal di rumah bawah tanah yang diukir cantik. 

17 comments:

  1. banyak gak terowong nie kan..hihi
    sampaikan kat sarawak tu cik akak tak pernah tengok lagi...

    klik iklan :)

    ReplyDelete
  2. banyak juga lokasi terowong bawah tanah yang menarik rupanya :)

    ReplyDelete
  3. suka yg dekat poland tu. cantik sgt :)

    ReplyDelete
  4. banyak..teringin nak pegi semua tempat :)

    ReplyDelete
  5. KA bab2 terowong2 ni ada rasa takut sikit hehehe.. done nuffnang yer

    ReplyDelete
  6. Dalam banyak2 terowong tu rasanya Taman Negara Gunung Mulu tu yang paling cantik.. :D

    ReplyDelete
  7. wah...nice info...terpegun tgk terowong kat poland tu

    ReplyDelete
  8. duduk balik terowong ini sejuk jer kan tak payah pakai ekon

    ReplyDelete
  9. tempat macam itu memang ada hantu nak tempat yang lama serem

    ReplyDelete
  10. agaknya mak limah ada kat situ tak

    ReplyDelete
  11. Terowong ni klu tengok gambar mmg cantik, tp klu nk pergi masuk yg sebenar jadi takut pulak.. :)

    ReplyDelete
  12. paling cantik terowong di jepun tu.. paling seram terowong di paris.. setiap terowong pasti ada kisahnya yang tersendiri..

    ReplyDelete
  13. Pengalaman pegi terowong garam kat Poland tuh..mmg sgt cantik dlm tuh.besar dan luas..dinding,lantai tuh garam..mmg bau masin..in shaa Allah ade kesempatan boleh pegi

    ReplyDelete

Designed By