Adab Memuliakan Tetamu

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcjwntK0hiWHW_pSGyZNPCJ-nLPvd6Nuf4Zjs9Tg22Xd4TYn_75hn6f-z-gQSgC3zrcJhco1X5KdSDNrHkbi_QVHJNFtkSHqcCDZ8I2vhB-6zD8Y3ESD1bC13DWMJA3ZkUsVrCdXOhP2tV/s400/memuliakan+tetamu.jpg
Muliakan Tetamu (Source)

Adab Memuliakan Tetamu


Adab Memuliakan Tetamu, adalah sebuah kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi dengan pembaca-pembaca Blog Santai hari ni. Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.
 
Suatu hari Jarir bin Abdullah terlewat datang ke rumah Rasulullah s.a.w. Ketika itu rumah Baginda sudah dipenuhi orang ramai. Meraka datang dengan hajat masing-masing selain ingin mendengar syarahan serta bimbingan daripada Rasulullah s.a.w.

Beberapa ketika beliau terpaksa berdiri kerana tempat yang terlalu sesak. Akhirnya beliau berjaya menyelitkan diri apabila ada seorang lelaki mengesot sedikit memberikannya ruang yang cukup untuk bersila.

Baginda Memberi Serban Untuk Tetamu


Kedatangan Jarir disedari Rasulullah. Baginda nampak Jarir duduk di atas lantai tanpa tikar. Lalu baginda melepaskan serban dibahu dan memberikannya kepada tetamu istimewanya itu. "Hai Jarir, duduklah di atas serbanku ini," pelawa Nabi sambil tersenyum lalu membentangkan kain serban itu di lantai.

Jarir sangat terkejut bercampur terharu kerana mendapt perhatian Baginda. Dia mengambil serban itu lalu diusapnya ke mukanya beberapa kali. Jarir kemudiannya menangis teresak-esak. "Tak mungkin aku duduk atas pakaianMu yang mulia ini wahai Nabi Allah. Semoga Allah memuliakan Rasulullah sebagaimana Baginda memuliakan aku," kata Jarir sebak. Orang ramai yang hadir terpegun bahkan ada yang turut mengalirkan air mata.
Sambil menoleh ke kanan dan kiri, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila datang seorang tetamu yang mulia, muliakanlah dia, dan apabila datang kepada kamu seorang yang ada hajat atas kamu maka muliakanlah mereka"

Tidak Beriman Jika Tidak Meraikan Tetamu


Kesimpulannya, tetamu secara pasti datang dengan maksud dan tujuan tertentu. Oleh itu apabila tetamu datang, bagaimana pun bentuk dan rupa tetamu itu, sama ada kaya, miskin, Islam ataupun kafir, Allah memerintahkan kita agar memuliakan mereka.
Dari abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam
Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam. 

Comments

  1. sebak membaca berkenaan cara baginda Rasulullah saw memuliakan tetamunya.. semoga kita mencontohi baginda.. singgah klik2 tabung.. :D

    ReplyDelete
  2. semoga kita juga melayan tetamu dengan baik..

    p/s puteri isi tabung :)

    ReplyDelete
  3. Perkongsian peringatan yg baik.. T kasih.. :)

    ReplyDelete
  4. peringatan dan perkongsian yang baik.

    ReplyDelete
  5. gd sharing ni, kdg2 kita pun terlupa kan !

    ReplyDelete
  6. :D time kasih di atas info tersebut

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat