Breaking News

Saturday, November 2, 2013

Aik..Toilet Paper Habis Pun Panggil Polis Ke?

Ningbo Man Reports to Police That He’s Out of Toilet Paper
 Toilet Paper Dah Habis Da!!!!!

Panggil Polis Sebab Tisu Tandas Habis


You all percaya tak, tugas polis sekarang ni dah makin mencabar tau. Bukan setakat menangani jenayah tapi macam-macam hal dia orang kena handle tau. Lagi-lagi polis kat China coz benda-benda pelik kan banyak berlaku kat sana.

Kes pelik tapi benar terbaru melibatkan laporan kehabisan tisu di sebuah tandas lelaki di Buzheng, China. Pada hari kejadian, pihak polis telah menerima satu panggilan dari seorang lelaki yang berada di dalam sebuah tandas awam, yang meminta pihak polis menghantar tisu ke tandas tersebut kerana bekalan tisu telah kehabisan.

http://ilgiliforum.com/resim/2013/10/36/81360_polis_haftasi_ile_ilgili_siirler.jpg 
Tugas Polis Semakin Mencabar?

Hampir Tertidur Sementara Menunggu Tisu 


Setelah menerima laporan pihak polis telah menghantar beberapa kotak tisu tandas ke alamat yang diberi. Malangnya selepas 20 minit berlalu mereka masih gagal mengesan dimana kedudukan sebenar tandas tersebut dan pulang semula ke balai polis. Setengah jam kemudian mereka mandapat panggilan yang sama dari lelaki berkenaan yang bertanyakan kenapa tiada bantuan di hantar ke tandas tersebut. Beliau juga memberitahu bahawa beliau hampir tertidur di dalam tandas tersebut sementara menunggu tisu yang diminta. Aduh..kesian!!!

Akur dengan kehendak lelaki tersebut, sebuah pasukan polis dihantar untuk mengesan kedudukan tandas tersebut. Mereka akhirnya berjaya menemui tandas tersebut selepas hampir satu jam. Malangnya lelaki tersebut sudah tiada..he..he


17 comments:

  1. lain pulak kerja polis di china..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agak polis Malaysia nak tak hantar toilet tissue..he..he

      Delete
  2. Replies
    1. Memang funny Fae..ada-ada je dia orangkan!!!

      Delete
  3. adoyai.... lain kali periksa la dulu tandas tu ada tisu/air tak sebelum nak melepaskan hajat..

    ReplyDelete
  4. alahaiii, boleh pulak eh polis nk melayan report sengal macam tu. kelakar betoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah BC..rajin pulak si polis tu melayan...he..he

      Delete
  5. Terbahak baca entry. Ayoo bagus betol polis tu

    ReplyDelete
  6. hahahahahahaha.........China sekarang ni memang pelik

    ReplyDelete
  7. polis di malaysia kalau buat mcm tu masuk youtube jawabnya...hihi

    ReplyDelete
  8. Kelakar tapi bertanggungjawab jugalah polis tu...nak juga menghulur bantuan walaupun hanya minta tisu tandas! Kalau kat sini...kena gelak atau kena tengking adalah kot.

    ReplyDelete
  9. lucu pula.. bukan ke tugas itu sepatutunya cleaner yang buat? hehe..

    ReplyDelete
  10. Org2 negara china ni mmg pelik2 pemikiran & perangainya.. :D

    ReplyDelete

Designed By