Dulu Di Hina, Kini Di Mulia
Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,
Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai kisah seorang Insan yang diangkat darjatnya oleh Allah, Daripada DiHina, Jadi Mulia.
Kisah ini merupakan pengakuan dari seorang bekas penagih dadah yang sepanjang hidupnya hanya berkesempatan bekerja hanya selama tiga bulan. Usianya kini sudah melepasi 50 tahun dan tinggal sebatang kara. Sepanjang berpuluh tahun kehidupannya, dirinya tidak ubah seperti haiwan yang tidak tahu membezakan hak orang dan hak sendiri. Semuanya disebat. Pelbagai dosa yang beliau lakukan, samada besar mahupun kecil. Beliau juga sudah berkali-kali keluar masuk pusat pemulihan,namun hidupnya masih begitu. Kehidupannya begitu hina di mata masyarakat di kampungnya.
Kini Di Mulia
Suatu hari beliau ditakdirkan bertemu dengan seorang ustaz. Bersama ustaz tersebut, beliau dibimbing untuk mengutamakan solat. Perlahan-lahan beliau belajar menunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya, khususnya secara berjemaah di masjid dan disurau.
Hari demi hari, kekuatan jiwanya juga kian meningkat sehingga akhirnya beliau mampu berpuasa sunat selama tiga bulan berturut-turut, iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Bukan sahaja kekuatan jiwanya sahaja yang meningkat, malah rezekinya juga semakin murah.
Dia kini telah dilantik menjadi siak di sebuah surau. Diberi sebuah bilik dengan keperluan asasnya serta menerima sejumlah wang setiap bulan. Beliau kini dihormati dan di muliakan. Namanya harum sebagai seorang yang sangat dipercayai. Semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat.
Hidayah Allah Milik Semua
Kesimpulannya semua yang berlaku didunia ini adalah dengan izinNya. Jika Allah inginkan sesuatu yang baik berlaku kepada hambanya, sehina-hina dan sejahat-jahat manusia sekalipun boleh diangkat darjatnya. Hidayah Allah adalah milik semua. Kita sebagai manusia sebenarnya tidak berhak untuk memandang rendah kepada sesiapa pun kerana kita tidak tahu apa rencana Allah untuk mereka.
Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.
insyallah...moga bermanfaat untuk diri saya...
ReplyDeleteSepatutnya kita tidak memandang rendah pd sesama manusia, sekali pun binatang kerana semuanya milik Allah. Hanya Dia yg berhak menentukan tinggi atau rendah darjat seseorang.
ReplyDeleteSetiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Jika anggota masyarakat mengambil berat membantu yang lemah dan yang terkurang seperti yang berlaku pada penagih tersebut, insyaAllah, masyarakat kita mampu untuk hidup dengan rukun damai.
ReplyDeletesetuju pendapat akak tu..kita tak berhak untuk memandang rendah orang lain :)
ReplyDeleteisi tabung darlie :)
manusia xpernah hine..segala ciptaannya adalah yg terindah..alhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah beliau telah diberi hidayah oleh Allah.. betul tu, usah sesekali kita menghina..
ReplyDeleteSlm singgah pagi & clik2 yer!
ReplyDeletehidayah milik Allah yg pling mahal.. tak ternilai dgn seluruh isi alam ini..
ReplyDeleteAllah memandang masa depan kita, bukan masa lampau..hidayah juga perlu diusahakan doa selalu agar Allah berikan pada kita kan.
ReplyDeleteputeri setuju..kita tiada hak untuk memandang rendah pada sesiapa pun
ReplyDeleterezeki Allah swt jua yg memberi !
ReplyDeleteBetul tu Raudzah....jgn pandang rendah kepada orang lain....tak de sapa yg tahu satu hari nanti dia akan jadi jauh lebih baik dpd kita
ReplyDeleteye,seburuk mana pun org tu janganlah di hina..jika kita lakukan juga,tiada beza kita dengan org tu..roda hidup sentiasa berputar..
ReplyDeleteSubhanallah.. dimana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.. Allah maha Adil & Penyayang kpd hamba2nya.. t kasih diatas perkongsian..
ReplyDelete