Breaking News

Wednesday, November 6, 2013

Kenapa Umar Al Khatab Termenung?

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

 
Syukuri Nikmat Allah

Kenapa Umar Al Khatab Termenung?


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai kisah Rasulullah SAW Yang Buat Umar Al Khatab Termenung Panjang.

Kisah bermula apabila pada suatu hari Umar Al Khatab mengunjungi Rasulullah s.a.w. Bukan kepalang sedihnya beliau apabila melihat Nabi ikutan dan pemimpin umat itu tidur berlapikkan tikar usang. Nampak kesan jalur tikar itu pada tubuh Baginda. Umar tiba-tiba menangis melihat keadaan itu.

Rasulullah s.a.w pelik melihat kelakuan Umar dan bertanya apa yang menyebabkan beliau menangis. Dengan perasaan sebak, Umar berkata "Aku melihat para kaisar dan raja-raja lain tidur di atas di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat seorang pemimpin ummah tidur beralaskan tikar seperti ini" sambil menuding ke arah tikar tersebut.
Baginda dengan tenang menjawab " Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat dengan ku. Kita sebenarnya patut bersyukur kerana masih sihat dan dapat menunaikan segala suruhan Allah kerana kebahagiaan dan kenikmatan yang sebenar ialah Alam Akhirat"
Mendengar jawapan itu, Umar termenung. Lama beliau memikirkan tentang kesederhanaan yang ada pada Nabi sebagai seorang pemimpin agung.

Jika Rasulullah s.a.w seorang pemimpin agung, sifatnya begitu sederhana, layakkah kita sebagai pengikutnya untuk tidak mensyukuri apa yang kita ada. Yang pasti segala apa yang ada pada kita adalah jauh lebih baik daripada apa yang dinikmati oleh Rasulullah s.a.w. Namun dimanakah tahap iman kita? Jom sama-sama kita muhasabah diri.

11 comments:

  1. terima kasih kerana menyiarkan entri ..ini menginsafkan

    ReplyDelete
  2. betul tu.. seharusnya kita mensyukuri nikmat Allah walaupun sedikit.. terima kasih kerana mengingatkan aiza..

    ReplyDelete
  3. Betapa agungnya Rasulullah saw... termenung sejenak melihat akan diri ini.

    ReplyDelete
  4. kesederhanaan lagi elok dari menunjukan kan kekayaan...bersifat rendah diri lebih dihormati dari meninggi diri, kerana kekayaan duniawi hanya bersifat sementara..

    ReplyDelete
  5. andai lah dapat kita contohi sifat2 terpuji rasulullah saw ni !

    ReplyDelete
  6. pemimpin yang sangat terpuji sifatnya.

    ReplyDelete
  7. hmm..ikutlah sifat2 terpuji baginda...

    ReplyDelete
  8. Pemimpin agung sepanjang zaman.. selawat & salam keatas nabi Muhammad saw, kaum keluarga & para sahabatnya..

    ReplyDelete
  9. Sedihnya .......hambanya sifat Rasulullah pemimpin yg agung ni.....
    Merenung pada diri sendiri... rasa sangat malu!

    ReplyDelete

Designed By