Breaking News

Tuesday, November 19, 2013

Ngeri: Potong Kaki Kerana Tak mampu

 
Zheng menunjukkan cara "pembedahan" yang dilakukannya

Potong Kaki Kerana Tak mampu


Seorang lelaki telah mengambil keputusan memotong sendiri kakinya kerana tidak mampu membayar bill hospitalYanliang Zheng , 47, yang berasal dari China, telah dimaklumkan doktor bahawa dia hanya mempunyai satu bulan untuk hidup selepas didiagnos dengan trombosis arteri yang teruk di kedua-dua belah kakinya. 

Potong Kaki Guna Gergaji Dan Pisau


Malangnya beliau tidak mampu untuk menangung pembiayaan pembedahan kakinya. Setelah berfikir panjang, Zheng nekad untuk melakukan operasi tersebut sendirian. Pada suatu malam, setelah isterinya masuk tidur, beliau telah memotong kakinya menggunakan gergaji dan pisau. Untuk menahan kesakitan beliau menggigit sebatang kayu. 

Apabila Isterinya tersedar beliau mendapati sebelah kaki suaminya sudah terpotong manakala tiga daripada giginya juga turut terpatah kerana gigitan yang terlalu kuat. Selepas "pembedahan" tersebut sebelah kakinya telah sembuh sepenuhnya. Tidak sanggup lagi melakukan "pembedahan" yang kedua, beliau kini berusaha mendapatkan dana untuk melakukan pembedahan ke atas satu lagi kakinya.

17 comments:

  1. ya allah..sakitnya... semoga dapatlah dana untuk pembedahan kaki yang lagi satu.. ngeri2

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar disebabkan kerana terdesak kan? simpati dan kesian pada beliau...

    ReplyDelete
  3. ya allah terasa lak kaki tb yg sakit..bahang2 mase diee potong n gergaji sndiri aduii

    ReplyDelete
  4. erk!
    sakitnyaaaaa.....
    adoi!..cmne la dia mmpu tahan tu kan ..hope ada doc y murh hti nk tolg proper operate sbelah lg tu .

    ReplyDelete
  5. cuba bayangkan.. sakitnya.. semoga beliau mendapat dana untuk sebelah lagi kakinya..

    ReplyDelete
  6. tak dapat nak bayangkan macam mana sakit yang ditanggungnya..mudah-mudahan ada yang sudi membantunya

    ReplyDelete
  7. Saya Blogger Indonesia salam kenal ya, oh iya blognya sudah saya follow ini.

    ReplyDelete
  8. kesiannya..orang malaysia pulak takut nak pegi hospital bila sakit walaupun kos rawatan hospital kerajaan tak la mahai sangat

    ReplyDelete
  9. Subhanallah... kesiannyaa... harap2 tak adalah yang miskin sampai macam nie dalam Msia nie kan...

    ReplyDelete
  10. ngilu nya ! macam mana la dia leh tahan sakit kan...

    ReplyDelete
  11. kesiannya... harapnya dapat la dana untuk sebekah kakinya tu.

    ReplyDelete
  12. ya Allah.. sampai tahap tu skali sanggup potong kaki.. huhu.. kesian pulak rasanya

    ReplyDelete
  13. Hish menyeramkanlah Raudzah....awak tak seram ke?

    ReplyDelete
  14. Astagfirullah.. baca pun dah terasa sakitnya potong kaki sendiri tu.. mmg nekad betullah dia..

    ReplyDelete

Designed By