Breaking News

Thursday, November 7, 2013

Pemilik Taska Kejam Akhirnya Menyerah Diri

Pemilik Taska Dera Kana-Kanak di Minta Serah Diri 
Salah Seorang Mangsa Dera 

Pemilik Taska Kejam Akhirnya Menyerah Diri


Setelah beberapa hari menghilangkan diri akhirnya, pemilik Taska Permata Harapan di Taman Melati yang di dakwa mendera kanak-kanak bawah jagaannya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.


 Video Penderaan

Pemilik Taska Di Tahan Reman


Wanita yang dikenali sebagai, Rozita Awang, 35, kini ditahan reman untuk siasatan.  Kes penderaan ini dapat dikesan apabila seorang bapa berjaya merakam perbuatan wanita itu menerusi kamera yang disembunyikan di dalam beg anaknya setelah mengesyaki ada berlaku penderaan di taska tersebut. Hasil dari pemeriksaan pihak hospital, terdapat kesan lebam-lebam pada tubuh dua kanak-kanak yang terbabit.

Rakaman ni mungkin hanya sebahagian dari penderaan yang lain-lain tu. Agaknya ada lagi yang teruk kot. That's why lah ada budak-budak yang takut nak di hantar ke Taska tu. Hmmm...Pelik lah dia orang ni. Kalau tak nak jaga anak orang baik-baik, jangan ambil. Budak kecil kan macam-macam ragam. Nasib baik belum jadi apa-apa. Kalau tidak menyesal pun tak guna...

18 comments:

  1. teruklah diorang nie...kerja kalau semata mata kerana wang..inilah jadinya...tak ikhlas..

    ReplyDelete
  2. Assalam
    Perlunya 'ubat' untuk hati. Agar berhati mulia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Mahmud..

      Perlu bersihkan hati kan..

      Delete
  3. eiiii..
    dah bukak taska jaga lah leklok
    kalau xreti nk jaga budak tayah la bukak taska .
    xpham betul =.=

    ReplyDelete
  4. teruknya..tak patut betul la..kalau tak nak jaga baik tak payah buka taska

    ReplyDelete
  5. Melampau...cube dia pulak yg kite dera..ape rase...geram betol dgn orang camni..

    ReplyDelete
  6. memang geram tengok diorang dera budak-budak camtu

    ReplyDelete
  7. mmg tak patut sungguh lah cara dier !

    ReplyDelete
  8. budak tu elok je diam2 apesal dipukul...?? hadui...meh cni aku lempang pompuan ni.

    ReplyDelete
  9. Orang yang begini matlamatnya cuma duit saja sedangkan kualitinya tak ada dan tiada rasa kasih sayang dan tanggung jawab.

    ReplyDelete
  10. Kerja klu tak dtg dari hati mcm nilah jadinya.. harap dikenakan tindakan yg sewajarnya sbg iktibar kpd yg lain..

    ReplyDelete
  11. keisan kat budak2 tu..kalau tak tahan melayan karenah budak2,tak payah buka taska..

    ReplyDelete
  12. noe tengok semalam video ni...mmg sakit hati sungguh tengok....kesian budak2 tu...org yg jadi pengasuh ni sesuai tuk org2 yg sayangkan budak2 jer....klu rasa diri tu jenis panas baran...x payah nk jaga anak org...geram betull

    ReplyDelete
  13. cube bayangkan anak kite kne macam tuh..apakah tindakan kite?geram kn..klu tb mau ditempeleng kepala die tuh..sesuka ati buat bdk mcm tuh..mcm la budak tuh akal panjng sgt..bru je nk idup kt dunia ni..huiishh gggrrr

    ReplyDelete
  14. geram betul dengan pemilik taska sebegini.. kejam.. hanya tahu mengaut keuntungan saja.. semoga mereka dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka..

    ReplyDelete
  15. bagus la kalau dah serah diri...

    ReplyDelete

Designed By