Sedekah Untuk Si Koma

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,


Sedekah Memanjangkan Umur (Source)

Sihat Setelah Setahun Koma


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai kisah si isteri yang menggunakan  Sedekah Sebagai Ubat untuk menyembuhkan suaminya yang koma.

Suatu hari seorang jururawat yang bertugas terkejut apabila mendapati seorang pesakit yang telah lebih setahun koma, tiba-tiba mengerakkan badannya ke kiri dan ke kanan sebelum bingkas duduk serta meminta dilucutkan alat pernafasannya.

Jururawat bergegas memanggil doktor dan memaklumkan hal tersebut. Doktor yang hadir juga sangat terkejut dan segera membuat pemeriksaan ke atas pesakit tersebut. Ternyata lelaki tersebut sihat dan kesihatannya sangat meyakinkan.

Amalan Untuk Si Suami


Doktor kemudiannya memanggil siisteri dan bertanyakan apakah amalan yang dilakukan sehingga suaminya mendapat rezeki sihat yang luar biasa. Doktor mengesyaki si isteri telah melakukan sesuatu kerana tingkah laku beliau
dan anaknya yang agak menghairankan. Manakan tidak, walaupun si suami terlantar koma, dia dan anaknya tetap mengunjungi hospital dua kali sehari. 

Beliau pernah dinasihatkan oleh doktor untuk hanya menjenguk suaminya seminggu sekali. Bagi doktor apalah yang mampu dilakukan oleh seorang yang sedang koma. Kedatangan isterinya pun tidak disedari. Para doktor sendiri sudah buntu untuk mengubatinya, kecuali memberikan peluang bantuan pernafasan sementara menunggu ajalnya.

 http://catatancintaabi.files.wordpress.com/2012/03/sedekah_1.jpg 
Sedekah sebagai Ubat (Source)

Sedekah Sebagai Ubat


Doktor yang kehairanan bertanya kepada si isteri, "Demi Allah beritahu kepada saya, kenapa puan datang menjenguknya dua kali sehari dan apa yang puan lakukan?"

Wanita itu menjawab, "Kerana doktor bertanya dengan bersumpah kerana Allah, maka saya akan menjawabnya. Kunjungan saya yang pertama semata-mata untuk menenangkan dan mendoakannya. Setelah itu saya dan anak pergi bertemu dan bersedekah kepada fakir miskin. Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan untuk kesembuhannya.

Si isteri berkata beliau sangat yakin pada suatu hari nanti, suaminya akan sembuh kerana Rasulullah pernah bersabda:
Ubatilah orang sakit di antara kalian dengan sedekah (Riwayat Baihaqi)

Berdoa dan Bersedekah


Kesimpulannya kita tidak boleh berputus asa apabila diuji Allah dengan kesakitan. Jangan berhenti Berdoa dan Bersedekahlah dengan niat untuk kesembuhan. Yakinlah dengan usaha kita. In Shaa Allah kita/keluarga akan sembuh.

Comments

  1. sedekah satu hadiah ampuh untuk benteng amalan dna kekurnagan kita padaNYA

    ReplyDelete
  2. suka sedekah yang sembunyi itu bagi saya membahagiakan

    ReplyDelete
  3. Slm singgah pagi & clik2 nuffnang lg !

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg bagus kak :) tetiba teringat kat my sister yang tgh sakit :(

    ReplyDelete
  5. semoga kita semua mengambil ikhtibar dari kisah ini.. churp2&sunsilk.. :D

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...semoga saya tidak lupa akan pesanan ini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang bermanfaat,,semoga kita jadikan kisah ini sebagai ikhtibar untuk kita sentiasa melakukan kebaikan

    ReplyDelete
  8. perkongsian sangat menarik sis..

    ReplyDelete
  9. terkedu sekejap baca n3 ni ! gd sharing

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yg bermanfaat utk renungan semua.. t kasih Raudzah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat