Breaking News

Wednesday, November 6, 2013

Setem Kontroversi : Pos Malaysia Akan Di Saman?

 
Setem Kontroversi

Setem Kontroversi : Pos Malaysia Akan Di Saman?


Gara-gara sekeping setem kontroversi, Pos Malaysia nyaris-nyaris disaman seorang jurugambar dari Filipina. Kisah bermula pada hari Jumaat yang lalu, apabila seorang jurugambar hidupan liar dari Filipina, Romy Ocon, berusia 48 tahun menuduh Pos Malaysia mencuri gambar beliau dan menggunakannya tanpa kebenaran dalam koleksi setem Pos Malaysia bagi Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM ).


Romy Ocon, Jurugambar Dari Filipina


Pendedahan Dalam Forum Fotografi

Ketidakpuasan hati Romy telah diluahkan dalam sebuah forum fotografi terkenal. Di sana beliau telah memberikan laporan terperinci bagaimana dia mendapati hasil fografinya telah dicuri apabila membandingkan gambar asal dengan montaj setem Pos Malaysia yang dijadualkan akan dikeluarkan di bawah kempen pelancongan Malaysia.

Setelah berbincang dengan pihak peguam, beliau bagaimana pun bersetuju untuk tidak mendakwa Pos Malaysia, sebaliknya menganggap pendedahan beliau mengenai isu tersebut bakal membuka mata pihak-pihak yang telah menggunakan mana-mana gambar pemilik asal tanpa sebarang kebenaran.

Pendakwaan Dari Lain Pihak


Difahamkan juga, Romy bukanlah satu-satunya jurugambar yang menuduh Pos Malaysia mencuri foto-foto hakmiliknya. Seorang lagi jurugambar, Con Foley dari Amerika syarikat yang  berpangkalan di Singapura juga telah mengesahkan bahawa salah satu gambar beliau akan dipaparkan dalam koleksi setem yang akan datang. Beliau juga  mendakwa beliau tidak dihubungi atau diberi sebarang kredit. Beliau kini sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap agensi-agensi yang terlibat. Sebuah lagi Agensi, The Malaysian Nature Society cawangan (MNS) di Perak turut menegaskan bahawa mungkin ada lima lagi imej oleh jurugambar hidupan liar yang digunakan tanpa kebenaran. Hmmmm..banyaknya

p/s: Susah juga kalau jadi macam nikan. Tapi rasanya dalam hal ni Pos Malaysia tak bersalah. Yang bersalah adalah Agensi yang ditugaskan untuk menyediakan koleksi tersebut. Hmmm...bila ada kes-kes macam ni, teringat pulak gambar-gambar yang diambil dari google. Agak-agaknya pemilik gambar tu marah tak? 

20 comments:

  1. kalau gunakan gambar2 sesiapa kenalah kreditkan...jangan main sambar jer...itu pengajarannya... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. wahh Pos Malaysia bolehlah pulak careless dengan isu hakmilik ni, mmg sama gambar tu..

    ReplyDelete
  3. rasenye kalau guna gambar2 kat google tak jadi maslh kalau bukan bertujuan utk buat keuntungan. tapi lebih baik jgn guna. kalau nak guna bagila kredit skit kat owner. cume pendapat aku je la..

    ReplyDelete
  4. Pulak dah...apapun, x kisah lah...ambe peminat setem tegar. Huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Kena lah bagi kredit kt owner kan...takkan nak untung sorang je...

    ReplyDelete
  6. Gambar untuk tujuan komersial pun boleh main cilok2 ke... Saja nak cari nahas namanye tu.

    ReplyDelete
  7. alahai..takkan main ambil je tanpa kebenaran si pemilik

    ReplyDelete
  8. itu lah pasal apapun kena minta keizinan lah awal2 lagi kan !

    ReplyDelete
  9. Kalau kita ambik kenalah bagi photo kredik kat tuan punya gambar.

    Kalau dah dikomersialkan macam tu kiranya macam buat duit jugaklah terasa macam jurugambar tu teraniaya le pulak.

    ReplyDelete
  10. marah bebenor diorang ni..hehehhe..

    ReplyDelete
  11. Agensi ni kelentong.. nk kerja mudah.. kan dah kantoi.. :D

    ReplyDelete
  12. tulah Raudzah...tetiba datang saman je hehe.....semput nak membayar....
    Susah susah.... POs Malaysia tangkap je le gambar sendiri...hehe

    ReplyDelete
  13. Beri pengajaran kepada POS Malaysia...Agensi yg dipertanggungjawab tu pun....tangkap muat je...memalukan...

    ReplyDelete
  14. teruk la kalau asyik kena saman saja.. reputasi pos malaysia boleh jatuh..

    ReplyDelete
  15. Benda copyright ni benda besar. Tak boleh amik sesuka hati hak org lain. Kalau nak jugak, haru kredit atau bayar saja royalti pada photogrpher tu.

    ReplyDelete

Designed By