Breaking News

Wednesday, December 4, 2013

6 Cara Untuk Menjimatkan Bil Elektrik


Bil Elektrik Naik Lagi!!!!

Bil Elektrik Naik Lagi


Pengumuman kenaikan tarif elektrik mulai 1 January 2014, telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikhalangan ramai pihak. Samada kita pengguna elektrik dibawah 300kw atau lebih, semuanya bakal mendapat tempias. Samada secara direct or indirect. 

Ini adalah hakikatnya. Dan hakikat ini adalah sangat berbeza dengan fahaman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek yang mengeluarkan kenyataan ini melalui twitternya:
“Tarif elektrik naik, jangan kita cepat sangat mengamuk dan tunding jari salahkan semua pihak.“…ramai dari kita sebenarnya yang tidak terkesan pun! Jadi, bertenanglah.”
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Hasan ini definitely tak rational. Mungkin dia tak faham atau sengaja buat-buat tak faham implikasi setiap keputusan yang di buat. Kenyataan ini lebih kurang sama dengan kenyataaan Bung Moktar last time apabila ramai yang mempersoalkan kenaikan harga RO 95. Ingat tak?

Nway, lets forget about them. Jom kita tengok apakah 6 Cara yang boleh kita lakukan Untuk Menjimatkan Bil Elektrik. Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan kesan lansung kenaikan tarif  elektrik.

6 Cara Untuk Menjimatkan Bil Elektrik


  Kurangkan Penggunaan Detergen

Jangan gunakan terlalu banyak detergen apabila membasuh pakaian. Penggunaan detergen dalam quantiti yang banyak menjadikan mesin basuh kita terpaksa bekerja lebih keras dan menggunakan lebih banyak tenaga.

  
Gunakan Lampu Apabila Perlu

Pastikan lampu ditutup diruang-ruang yang tidak digunakan. Lampu di dalam bilik keseluruhannya mungkin tidak diperlukan jika kita berblogging atau membaca buku/paper. 

    
Shut Off Dan Cabut Peranti Elektronik Apabila Tidak Digunakan

Komputer contohnya akan terus "menarik" kuasa walaupun telah di off kan, selagi ia dipasang ke dalam soket elektrik . Jadi mencabut plag adalah cara yang terbaik untuk menjimatkan bil elektrik. 
 

 Kurangkan masa mandian Untuk Kurangkan Elektrik

Jangan mandi terlalu lama. Ini bukan sahaja akan menjimatkan air, tetapi ia juga akan menjimatkan tenaga elektrik yang diperlukan untuk mengepam dan memanaskan air.

  
Gunakan mentol Fluorescent

Gunakan mentol lampu Fluorescent kerana ianya menggunakan tenaga 75% kurang dan tahan lebih lama berbanding mentol lampu biasa. (incandescent light bulbs).

  
Hanya Gunakan Pendingin Udara Jika Benar-Benar Perlu

Pendingin udara biasanya menggunakan tenaga elektrik lebih daripada peralatan lain. Secara purata ia menggunakan 16 % daripada jumlah keseluruhan tenaga elektrik. Oleh itu adalah lebih bijak jika penggunaannya dihadkan. Digunakan jika kita benar-benar perlu.

20 comments:

  1. nice sharing. terutamanya yg 1st tu

    ReplyDelete
  2. pasni jimat la sabun sbb basuh dgn efisyen. elektrik mahu jimat, sabun pun sama! hehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah thanks sharing ^_^ bagus entri nie

    ReplyDelete
  4. bila guna mesin basuh pilih 'Quick Wash'.. dapat jimat letrik juga... :)

    ReplyDelete
  5. thx for the info raudzah...kena berjimat cermat ni...

    ReplyDelete
  6. family fae pasang aircond sebelah malam je hehe

    ReplyDelete
  7. x faham kenapa tarif elektrik terpaksa dinaikkan,, adalah kesan daripada semua yg berlaku sekaran.. btw nice sharing blog santai.. lama x mngomen

    ReplyDelete
  8. jangan malas lakukan kalau nak jimat geee

    ReplyDelete
  9. jimat cermat amalan mulia jangan membazir tak gitu raudzah? (:

    ReplyDelete
  10. lepas ni kena lebih jimat menggunakan elektrik kan

    ReplyDelete
  11. nice share.. harga minyak naik, rakyat kena jimat minyak. harga elektrik naik, rakyat kena jimat elektrik.. pak menteri?

    ReplyDelete
  12. tips yang sangat bermanfaat.. terpaksa redha dengan kenaikan elektrik..

    ReplyDelete
  13. di rumah aiza takde aircond..isi tabung-tabung rudzah.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat dah kat situ aiza..nwat thanks ya for the click...

      Delete
  14. dan sy memang x setuju dgn kenyatan menteri tu..hmmmm, mmg la org kaya tak terasa kenaikan tu,bg yg bpendapatan rendah mcm mana pulak kan.. nice info Raudzah, baru tahu pasal laptop tu..slalu sy biarkan jer mcm tu tpasang..hehee

    ReplyDelete
  15. Macam2 lah yg naik....semua tu sgt2 terkesan kepade rakyat. Kalu setakat lektik je mungkin kite boleh terima, tapi tak...dari minyak, lektrik, akan dtg dgr bas skolah pon naik dinaikan start Januari (tak taulah jd ke tak, dorang mintak naik smpai 30%), pasal kenaikan tol pon saye ade gak terbaca kt satu paper ni tapi masih dlm pertimbangan....aduhhh....itu pon masih ckp tak terkesan pade rakyat...spechless...

    ReplyDelete
  16. Dulu klu mlm org takut gelap.. eii takut2.. tp x lama lagi nnti.. bila mlm, org takut terang pulak.. takut2 bil naik.. :D :D

    ReplyDelete

Designed By