Breaking News

Sunday, December 22, 2013

7 Gambar Letupan Di Danok


Cedera Terkena Letupan (Source)
 

7 Gambar Letupan Di Danok


Letupan 4 bom jangka buatan sendiri di Pekan Danok semalam telah mengejutkan ramai penduduk di sekitar Pekan tersebut. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.40 pagi tersebut, telah menyebabkan 27 orang tercedera.

Bom Letupan Di Dalam Motosikal

 
Letupan bom itu berlaku di hadapan balai polis Sadao dan di hadapan dan belakang Hotel Oliver di Danok. Penyerang dikatakan telah meletupkan bom yang di letakkan di dalam sebuah motosikal berhampiran balai polis. Kejadian letupan tersebut telah mencetuskan kekecohan apabila orang ramai menjerit ketakutan sambil berlari menyelamatkan diri. Selain daripada 27 orang yang tercedera, akibat letupan tersebut, beberapa kenderaan dan bangunan turut musnah. Menurut polis, telefon bimbit telah digunakan untuk mencetuskan siri letupan bom tersebut.

 
Kenderaan Musnah Terkena Letupan (Source)
Motosikal Punca Letupan (Source)
 
Tempat Kejadian (Source)
Bangunan Dan Kenderaan Yang Musnah Akibat Letupan (Source)
  Kenderaan Yang Musnah Akibat Letupan (Source)
Asap Menyelubungi Pekan Danok (Source)

Kenderaan Yang Musnah Dalam Letupan (Source)

Selepas kejadian, kelihatan banyak kereta yang berpusu-pusu memasuki sempadan Malaysia. Kebanyakan mereka pergi ke Danok untuk membeli belah sempena cuti sekolah. Pihak keselamatan Thailand kini sedang mengenalpasti pihak yang terlibat. Semoga kejadian seperti ini tidak berulang dan berjangkit ke kawasan lain.

20 comments:

  1. macam macam musibah hujung tahun,semoga Allah lindungi Malaysia

    ReplyDelete
  2. gerun tgk.. moga Malaysia terus terpelihara keamannya..

    ReplyDelete
  3. tiap-tiap tahun mesti jadi kejadian mcm nie..

    ReplyDelete
  4. ya Allah terok nya.... takut nya.. memang tak leh pi lah kot blah sana kalau mcm ni

    ReplyDelete
  5. x abis lg kes bom kat sana..
    mmg menakutkan...

    ReplyDelete
  6. bahayanya kat sana..kat mana la dorang dapat bahan nak buat bahan letupan tuh..

    ReplyDelete
  7. dengarcerita org malaysia pun ada yg terkena...

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum..

    wahh.. ngeri nyer tgk orang kena bom tu... kesian kan. Apa dosa mereka kan sehingga diperlakukan begitu..

    mselim3

    ReplyDelete
  9. Macam-macamlah....nk gi melawat Thailand pon takot

    ReplyDelete
  10. astaghfirullah..macam-macam hal..

    ReplyDelete
  11. apelaa dorg ni xabis2 lg..asal xkene jee terus baling bom..ingt mcm baling batu kee..ishh ngeri masok thailand tau

    ReplyDelete
  12. Tidak akan ada kesudahannya...ia akan terus berlaku. Fikirlah berkali2 kalau nak kesana.

    ReplyDelete
  13. kasihan pada mereka yang tercedera. ):

    ReplyDelete
  14. rakyat malaysia mmg ramai ke sana.. semua gegas pulang bila adanya letupan nie..

    ReplyDelete
  15. Astagfirullah.. sy pernah ke tmpt tu.. boleh pulak terbayang klu ia terjadi di sekitar jln Masjid India kt sini.. takut pulak nk jalan2.. nauzubillah...

    ReplyDelete
  16. dengar kata letupan ni berlaku sebagai permulaan demo di thailand..wallahualam..harap tak berlaku lagi...

    ReplyDelete
  17. bahaya ada di mana-mana.. semoga di malaysia tidak berlaku sebegini..

    ReplyDelete

Designed By