Amaran Hujan Lebat Dan Banjir Di Serawak

Banjir Di Serawak (Source)

Amaran Hujan Lebat Di Serawak


Untuk rakan-rakan di Serawak hati-hati ya kerana Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Sarawak termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Mukah.

 https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/1477979_670260739690721_1218102325_n.jpg
 Banjir Di Serawak (Source)

Selain itu, amaran hujan lebat peringkat kuning juga turut dikeluarkan bagi beberapa daerah di Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri yang dijangka berterusan hingga esok. Keadaan hujan yang berterusan akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah. 

 https://pbs.twimg.com/media/BcpTpjBCIAACn8F.jpg 
Banjir Di Serawak (Source)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj7RClHofr_uUE1jc8TxRek4JR08ZjqE_Zl0NSrCDSYWIFWQKKmcfI_yQHPKNqiEVKKz5jvboCrpY03xc__FJi6wTel8IaiW-Hjm2cdGBJOgtK0bFcjy1bZAL7t3tVkHX6vZbV_TCh6OU/s1600/Gambar+banjir+teruk+di+Bintulu,+Sarawak+29+Diember+3.jpg 
Banjir Di Serawak (Source)

Banjir Di Kawasan Rendah Akibat Hujan Lebat 


 https://pbs.twimg.com/media/Bcp0VVRCEAAdEHx.jpg 
Banjir Di Serawak (Source)

Sementara itu beberapa kawasan rendah di empat bahagian di Sarawak iaitu Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak kelmarin. Sehingga tengahhari tadi, 261 mangsa banjir membabitkan 60 keluarga di Miri dan Bintulu telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Tanah Runtuh Hujan lebat 


Sementara itu, beberapa kawasan di Miri dan Mukah kini terputus hubungan jalan raya akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat yang berterusan sejak hampir seminggu. Kejadian tanah runtuh itu turut menjejaskan perhubungan darat antara daerah kecil Bakong dan bandar raya Miri.

p/s: Hati-hati semua. Berdoalah semoga keadaan tidak bertambah teruk dan tiada lagi kawasan lain yang di landa banjir. Untuk mereka-mereka di Semenanjung juga hati-hati. Kita kat kampung ni pun asyik mendung aje. Angin pun kuat. Harap-harap tidak ada gelombang kedua. Aminn!!!

Comments

  1. Btul tu...semalam da start hujan semula, kat Melaka pun mendung hari ni.
    Moga orang Sarawak lebih bersedia dalam menghadapi banjir nanti..

    ReplyDelete
  2. Nampaknya giliran Sarawak pula menjadi mangsa banjir. Semoga mangsa berada dalam keadaan berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar! Moga semuanya baik2 je.

    ReplyDelete
  4. mudah2an tiada terjadi perkara yg lebih memburukkan.. semoga mereka semua tabah dlm menghadapi dugaan bencana.. aamiin..

    ReplyDelete
  5. Nampaknya disana pula yg banjir dulu dr gelombang kedua. Semoga tabah menghadapi ujian ini.

    ReplyDelete
  6. jap2 konpius pula. hehe. sarawak kan?

    ReplyDelete
  7. harapnya segala kelengkapan sekolah dapat disimpan dengan selamat

    ReplyDelete
  8. mudah-mudahan tiada kejadian yang buruk...moga mereka tabah

    ReplyDelete
  9. dalamnya air.. doakan semoga tiada kejadian buruk yang berlaku.. klik 3kali inti.. :D

    ReplyDelete
  10. semoga di jauhkan dari perkara buruk..

    ReplyDelete
  11. Tiba-tiba sahaja di sana pula banjir kan.

    ReplyDelete
  12. tingginya air banjir tu...semoga rakyat sarawak baik2 saja..

    ReplyDelete
  13. allah menurunkan hujan mungkin sebagai tanda awal..semoga semua nye selamat n pulih as a normal ;)

    ReplyDelete
  14. jangan menyalahkan alam,tapi salahkan perbuatan kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat