Bantuan Segera Untuk Mangsa Banjir

 http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/BANJIR_051213_TMIAFIF_020_540_303_100.jpg 
Tenggelam Akibat Banjir (Source)

Pasti ramai kat luar sana yang sedia maklum negeri-negeri di pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan adalah tiga negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir sehingga kini. Bandar Kuantan dan Kemamam hampir menjadi Pulau. Ribuan penduduk menjadi mangsa. Kalau nak tengok wajah bandar Kuantan ditenggelami air dalam entry terdahulu sila ke sini ya: 9 Gambar Bandar Kuantan Tenggelam.

 Tenggelam Akibat Banjir (Source
 Tenggelam Akibat Banjir (Source
Tenggelam Akibat Banjir (Source

Banjir Luar Biasa


Mengikut penduduk yang menjadi mangsa, banjir kali ini memang luar biasa. Air naik secara mendadak. Banyak tempat yang tidak pernah dinaiki air selama ini ditengelami air.  Banyak harta benda yang musnah yang tidak dapat diselamatkan. Yang tinggal hanya rumah-rumah yang ditenggelami air hingga ke paras bumbung.

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1470360_694827233885537_1562733428_n.jpg
Pusat Pemindahan Banjir SRJK Chung Ching, Tanah Putih, Kuantan (Source)
http://sohoque.com/wp-content/uploads/2013/12/mangsa-banjir-bersesak-sesak.jpg 
Pusat Pemindahan Banjir (Source)

Pusat Pemindahan Banjir


Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sehingga kini meningkat kepada 44,321 orang dari 11,750 keluarga. Menurut Pusat Operasi Bencana Negeri, Pahang merupakan negeri yang masih teruk terjejas dengan jumlah mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan ialah sebanyak 34,190 orang yang terdiri dari 8,939 keluarga.

Bantuan Untuk Mangsa Banjir


Dugaan untuk mangsa bukan hanya banjir yang melanda, tapi bekalan elektrik yang terputus dan juga bekalan makanan dan keperluan asas yang tidak mencukupi di pusat-pusat pemindahan banjir. Kerajaan sewajarnya mengistiharkan darurat di bandar Kuantan dan Kemaman. Mereka perlukan bantuan total.

Dan bagi kita semua yang tidak ditimpa musibah seperti ini, hulurkan Bantuan untuk membantu mangsa banjir. Jika tidak tahu kemana hendak disalurkan bantuan tersebut, di sini ada beberapa pilihan. Antaranya:
Tabung Bencana NSTP-Media Prima dilancarkan untuk membantu mangsa banjir. Sumbangan ke akaun Maybank 5141 0532 0757 atau cek atas nama NSTP
 
Bantuan Banjir Melalui ABIM (Source)
https://pbs.twimg.com/media/Batea8PCQAA1NNw.jpg:large
Bantuan Banjir Melalui Emergency Fund Muslim Care(Source)

 
Bantuan Banjir Melalui Pejabat Parlimen Kuantan (Source)
 
Sukarelawan Di Perlukan (Source)

Semoga Allah memberkati setiap apa yang kita sumbangkan. Aminnnn...

Comments

  1. zah makin teruk kn banjir tahun ni..ya allah kesiannye.kekadang banjir n pon satu,n lepas banjir lg le byk kje sbb byk bnatang dok berturun tangga kt uma skali..lagi2 ular senduk..hurm minx dielakkan la

    ReplyDelete
  2. ya Allah, teruk betul banjir tahun ne..tiap2 tahun banjir. sistem perparitan negara kita kah ne yg teruk sangat?

    ReplyDelete
  3. teruk jugak banjir nya tu...
    semoga semuanya selamat

    ReplyDelete
  4. sedih sangat2 tengok keadaan ni.syukurlah kota tinggi panas hari ini..

    ReplyDelete
  5. semoga semuanya cepat beransur pulih

    ReplyDelete
  6. semakin teruk banjir tahun ini berbanding tahun lepas.. membantu mereka setakat mana yang kita mampu, insya-Allah..

    ReplyDelete
  7. T kasih diatas perkongsian.. bantulah mereka.. mmg sgt2 memerlukan & semoga segalanya segera pulih.. aamiin.
    tekan2 sony.. :)

    ReplyDelete
  8. marilah sama2 kita bantu mereka dgn hulurkan sumbangan..
    smoga segala musibah banjir ni cpt surut & keadaan kembali sediakala..

    ReplyDelete
  9. Sama-sama kita doakan supaya mereka ini selamat. Kepada sesiapa yang berkemampuan bolehlah menghulurkan sumbangan.

    ReplyDelete
  10. memang teruk banjir kali ini...sangat bersimpati dengan nasib mereka

    ReplyDelete
  11. sama-sama kita hulurkan bantuan sedaya yang mampu untuk meringankan beban yang mereka tanggung

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat