Breaking News

Sunday, December 29, 2013

Derita Lelaki Berwajah Gajah

 
Bersedia Untuk Pembedahan

Derita Lelaki Berwajah Gajah


Sungguh besar dugaan Allah untuk lelaki ini. Wajahnya kelihatan seperti gajah. Berusia 37 tahun, Huang Chuncai, digelar sebagai 'China Elephant Man'. Walaupun terdapat beberapa kes yang hampir sama, beliau adalah yang paling teruk. Tumor seberat 17.5kg menutupi hampir keseluruhan mukanya.

 
Menderita Kerana Tumor

Neurofibromatosis, Simtom Gajah


Dia menderita penyakit yang dikenali sebagai neurofibromatosis, yang telah menyebabkan ketumbuhan besar di wajahnya. Walaupun telah dibuang melalui dua pembedahan, pada tahun 2007 dan 2008, tumor tersebut semakin membesar. Akibat daripada tumor tersebut, beliau tidak boleh bercakap atau makan. Tulang belakangnya hampir cacat dan tumbesarannya juga terbantut.

Pembedahan Kali ke Tiga Semasa Krismas Yang lalu

Wajahnya Menjadi Bahan Ketawa


Pada ketika usianya 10 tahun beliau terpaksa berhenti sekolah kerana tidak sanggup lagi menanggung hinaan rakan-rakan disekolah. Beliau sentiasa dijadikan bahan ketawa rakan-rakannya.

Pada usia 25 tahun, beliau telah kehilangan gigi. Mata kirinya juga gagal berfungsi kerana tersembunyi di bawah tumor tersebut.

p/s: Syukur kepada Allah kerana dikurniakn wajah yang sempurna. Semoga mereka-mereka yang di uji Allah mampu menghadapinya.

14 comments:

  1. Allahurabbi permudahkan urusan lelaki itu..

    ReplyDelete
  2. ya Allah...permudahkanlah semuanya..kesihan lihat deritaan nya.

    ReplyDelete
  3. brsyukur timm mseh sempurna..huhu..smoga beliau sembuh..

    ReplyDelete
  4. Oh, dugaan yang besar oleh Allah SWT kepadanya ni.

    ReplyDelete
  5. Kesiannya melihat penderitaan beliau. semoga semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. Inti, inti & inti sini.. salam hujung minggu.. :D

    ReplyDelete
  7. masya-Allah.. kasihannya dia.. semoga dia terus tabah.. betapa bersyukurnya kita kerana dikurniakan fizikal yang sempurna..

    ReplyDelete
  8. semoga penyakit beliau kembali pulih.. menabung 2 kali inti, 1 kali churp2..

    ReplyDelete
  9. kesian beliau..besar betul dugaan yg diberikan pdnya.. :(

    ReplyDelete

Designed By