Inilah Pulau Terpencil Di Dunia : Tristan da Cunha

Pulau Terpencil Di Dunia : Tristan da Cunha


Tristan Da Cunha terletak kira-kira 1,750 batu dari Afrika Selatan, dan 1,500 batu dari main island (Saint Helena). Ini bermakna ia adalah pulau yang Terpencil didunia.
 
Titik tertinggi di pulau ini adalah gunung berapi yang dikenali sebagai Queen Marys Peak, yang meletus pada tahun 1961, memaksa pemindahan seluruh penduduk ke UK
 
Iklim di pulau adalah subtropika laut dengan perbezaan suhu yang kecil antara musim panas dan musim sejuk dan antara siang dan malam (sekitar 59 darjah F). 
 
Keseluruhan Pulau diselubungi kawasan pergunungan kecuali ibu negara
 
Industri pelancongan di pulau ini sangat kecil. Hanya terdapat 6 kabin yang menyediakan tempat tinggal untuk pelancong.
 
Perkhidmatan kesihatan adalah percuma. Hanya terdapat seorang doktor pemastautin daripada Afrika Selatan dan lima jururawat yang bertugas.
 
Pulau ini didiami oleh 275 penduduk. Kebanyakan peneroka asal adalah dari british dan  Belanda. Penduduk hari ini terdiri daripada 80 keluarga dengan hanya 8 nama keluarga . 
Glass, Green, Hagan, Lavarello, Repetto, Rogers and Swain.
 
Hanya terdapat tiga bot yang membuat perjalanan dari Cape Town ke pulau ini dalam masa setahun. Jadi mereka terpaksa merancang perjalanan mereka lebih awal.
 
Pulau ini ditemui pada tahun 1506 oleh Tristão da Cunha dari Portugal. Malangnya beliau tidak dapat mendarat dipulau tersebut kerana kesukaran. Walaubagaimanapun, beliau menamakan pulau tersebut, Ilha de Tristão da Cunha, mengambil sempena namanya. Pulau ini pertama kali didiami pada 1810.
 
Tiada penduduk baru dibenarkan bermastautin di pulau ini.



Comments

  1. Kiranya bukan senang orang nak ke pulau ni..

    ReplyDelete
  2. Walaupun populasinya kecil dan mereka hidup hanya dipulau tu... tetapi ianya tidak menghalang untuk mereka maju... cantik juga senibina mereka kan...

    ReplyDelete
  3. Org pulau tapi mereka ttp blh hidup

    ReplyDelete
  4. tb byk bnde baru tau..time kasih zah sharing..semua tuh adalah ciptaan yg satu..indah ;)

    ReplyDelete
  5. Lagi 1 nama keluarga ape agaknye ye?

    ReplyDelete
  6. baru tahu pulau paling terpencil kat mana. :)

    ReplyDelete
  7. Tak pernah dengar pun sebelum ni. Terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  8. raudzah. licha dah reply email. untuk yg sponsor tu..
    nanti check ye

    ReplyDelete
  9. Wah.. seronok juga mcm tu.. relax je.. tp bila pikir ada bosannya juga klu hari2 org tu je yg kita jumpa hihii.. :D

    ReplyDelete
  10. baru tau psl ni sis..tq tau?

    ReplyDelete
  11. baru puteri tau tentang pulau terpencil ni...thanks berkongsi :)

    ReplyDelete
  12. Suasana pulau macam zaman jurassic...misteri.

    ReplyDelete
  13. terpencil, tapi nampak maju juga.. info terbaru untuk aiza.. :D

    ReplyDelete
  14. waa... ada jugak penempatan walaupun terpencil

    ReplyDelete
  15. kurangnya penduduk boleh buat depa beramah mesra..kira mcm satu kampunglah..takde pencemaran sangat :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat