Breaking News

Monday, December 9, 2013

Jom Tengok Status Rasuah Di Malaysia

 
Indeks Persepsi Rasuah Dunia 2013

"Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah kerana Malaysia mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kajian yang oleh Ernst & Young yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah adalah tidak benar."

Komen di atas adalah dibuat oleh seorang menteri. Itu pendapat beliau, cuma kadang-kadang kalau kita asyik menafikan sesuatu, kita tidak akan berubah. Itu adalah fakta. Sama juga keadaannya kalau kita merasakan kita yang terbaik dan tidak mahu menerima pandangan orang lain, kita tidak akan kemana-mana.


Rasuah Di Malaysia Tak Berubah


Selain daripada penilaian yang dibuat oleh Earns & Young, Malaysia juga tidak berada di kedudukan yang baik di dalam Indeks Persepsi Rasuah Dunia. Kalau tahun lepas kita menduduki tempat ke 54 daripada 177 negara, tahun ini kita menduduki tangga ke 53. I mata lebih baik. Kesimpulannya tidah banyak berubah.


 
 "Very Clean"
  
Kalau kita tengok list di atas, negara-negara yang berada di dalam status "Very Clean" adalah kebanyakan dari Eropah. Denmark menduduki tangga teratas. Singapura adalah satu-satunya negara dari Asia yang berjaya memasuki ranking dengan menduduki tangga ke enam. Satu pencapaian yang sememangnya sangat baik bagi Singapura.

Rasuah Itu Haram


Semoga rakyat Malaysia menjadi lebih bertanggungjawab kerana rasuah melibatkan dua pihak. Pemberi dan Penerima. Kalau ada pemberi tidak ada penerima, pastinya rasuah tidak akan berlaku. Begitulah sebaliknya. 

Denial Sydrom tidak akan membantu. Usaha menangani masalah rasuah di Malaysia pasti akan mengambil masa yang lama melainkan pihak kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menanganinya kerana masalah rasuah di Malaysia melibatkan banyak pihak. Sebagai sebuah negara yang lebih 60% daripada rakyatnya adalah berugama Islam, kita sepatutnya malu dengan Denmark & Singapore. Penduduk mereka sah-sah bilangan muslimnya tidak sampai 10%.

 http://3.bp.blogspot.com/_A_-nnClb5gc/S4kYujMdx-I/AAAAAAAABGs/O-Q-PnxC-ug/s400/Rasuah+GIF.gif 
Rasuah Itu Haram

Hukum Memberi/Menerima Rasuah


Sebagai seorang muslim kita seharusnya tahu bahawa Rasuah Itu Haram. Jangan sesekali mendekatinya. Kedua-dua Pemberi dan penerima Rasuah akan dicampakkan ke Neraka Jahanam.



15 comments:

  1. terbersih ?
    indah khabar dari rupa tu ^_^

    ReplyDelete
  2. rasanya semua orang tahu rasuah tu haram tapi entah kenapa masi ada yang mengamalkannya..

    ReplyDelete
  3. direct je kajian tidak benar.
    kalau still hidup dalam denial. cengginilah.
    sampai 2020 pon org ckp negara kita teruk tapi tak pernah nak setuju..
    oh by the way, dh menabung transitions.
    and the GA is up. :)

    ReplyDelete
  4. negara terletak di paras tengah2?? hmmm, bolehlah kot...semoga adalah peningkatan memerangi rasuah pada masa akan dtg..

    ReplyDelete
  5. corrupt in politic will done.ssh agak nye nak pisahkan..buat kempen cmne pn tp klu pihak atasan masih sama ajee..xgune jugak..please open your eyes n looking around u.

    ReplyDelete
  6. Rasuah.. dari serendah-rendah pekerjaan hingga setinggi-tinggi jawatan seolah-olah rasuah ni dah jadi bende biasa.. selalu dengar perkataan ni" biasalah tu.. kann...kalau nak....bala..bla....kenalah..bla..blah..."

    ReplyDelete
  7. itu membutakan mata dan hati seseorang yang tamak

    ReplyDelete
  8. Bilalah negara ini akan bersih rasuah

    ReplyDelete
  9. Lagi ekonomi negara terdesak, semakin menjadilah rasuah ni.. Kdgkala, pemikiran sesetengah org kita juga yg kalah dgn penangan kepala agung ni.. etika pun dilanggarnya... nauzubillah..
    Semut mati kerana gula, msykt mati kerana rasuah.. wallahualam..

    ReplyDelete
  10. Negara Islam...tapi penuh dgn rasuah. Hmmmm malunya.

    ReplyDelete
  11. dalam sektor kerajaan sendiri pun tak terlepas dari rasuah..

    ReplyDelete
  12. terbersih la sangat kan...entah bila Malaysia nak jadi bersih dari rasuah. Kalau berterusan mereka menafikan..memang makin parah.

    ReplyDelete

Designed By