Breaking News

Friday, December 13, 2013

Kadar Tol Dan Tambang LRT Naik Mulai 2014?

 SPAD beri isyarat kenaikan tambang LRT, monorel
Tambang LRT & Monorel Akan Naik?


Tambang LRT Dan Monorel Naik


Selepas kenaikan  minyak dan gula yang telah diumumkan pada tahun ini,  tarif elektrik, tol, cukai pintu dan tambang LRT dan monorel bakal menyusul pada awal tahun 2014. Wah semuanya naik serentak..hebat pemimpin kita!!!! 

Kalau cukai pintu bagi penduduk di ibu kota, katanya terpaksa dinaikkan kerana sudah 20 tahun tiada kenaikan, alasan yang sama digunakan untuk tambang LRT..
Tambang LRT dan Monorel wajar dinaikkan tahun depan kerana dah 10 tahun tak ada kenaikan. 
Kalau dulu apabila kenaikan minyak berlaku, ramai pengguna jalanraya yang berpendapatan sederhana memilih untuk menaiki pengangkutan awam seperti LRT, monorel atau komuter bagi menjimatkan kos, kini nampak gayanya hampir tidak ada beza kerana kedua-duanya akan naik. Hanya quantum yang berbeza.

Ketika ini tambang LRT dan monorel adalah diantara RM0.70 ke RM5.99. Harga baru masih belum dikenal pasti. 

http://static.panoramio.com/photos/large/13054607.jpg
Kadar Tol Akan Naik?


Kadar Tol Akan Naik  


Yang pasti, bukan setakat tambang LRT yang akan naik. Dengar cerita kadar tol juga bakal dinaikkan sehingga 20 hingga ke 40% mulai tahun depan. Jika ini berlaku bermakna kadar tol baru dijangka akan bertambah sebanyak 30 sen sehingga RM1 untuk beberapa lebuh raya terpilih di Malaysia.

Kenaikan tol tersebut katanya tidak dapat dielakkan kerana perjanjian terdahulu dengan konsesi bakal berakhir pada hujung bulan ni. So kena buat perjanjian baru menggunakan term baru. Hmmm...

Dan sekiranya kenaikan tol ini benar-benar berlaku, ini bermakna pengguna jalanraya di "Penalize Twice". Mula-mula minyak, sekarang tol. 

Tak dinafikan pelarasan perlu dilakukan tapi rasanya beban yang ditanggung oleh rakyat terutama penduduk/yang bekerja di ibu kota sudah cukup besar. Bukan setakat beban lansung tapi juga tidak lansung seperti kenaikan harga barangan. Jadi mengapa perlu semuanya dilakukan serentak. Pentadbiran yang baik dan efektif perlu ada strategi yang lebih baik daripada menaikkan harga barangan dan perkhidmatan untuk memastikan kesejahteraan rakyat!!!!

Bantahan Kenaikan Cukai Pintu


P/s: Pada rakan-rakan yang mempunyai harta tanah di Lembah Kelang, summission untuk surat bantahan tentang kenaikan cukai pintu akan berakhir pada 17hb Dis 2013. Hanya tinggal beberapa hari lagi. So pastikan sekiranya you all tak setuju dengan kadar baru, hantar surat bantahan tersebut sebelum 17 hb ya. Pada yang inginkan salinan surat bantahan, sila KLIK DI SINI ya.

25 comments:

  1. di Indonesia kayaknya juga naik kak

    ReplyDelete
  2. makin naik...apa nak jadi lah sekarang nie

    ReplyDelete
  3. bersedia lah wahai rakyat malaysia.. skarang semua dah naik..satu per satu..:)

    ReplyDelete
  4. lepas ni x tau apa lagi yg naik...

    ReplyDelete
  5. ataghfirullahallazim..apa nak jadi dgn negara kita neh..boleh mati berdiri dgn kos hidup yg semakin tinggi!! tolonglah, jgnlah bebankan kami yg sedia terbeban wahai pemimpin yg BIJAKSANA ..hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Tieka...Hanya yang "BIJAKSANA" yang faham masalah rakyat!!!

      Delete
    2. "BIJAKSANA!!!" BIJAKSINI. rakyat dah terkena pijak..

      Delete
  6. janji tinggal janji jer..nnti lagi 5 tahun tabur lagi janji manis untuk rkyat ...huhu

    ReplyDelete
  7. kdg2 terfikir ... orang2 yg decision maker ni...pernah tak mereka fikir...apa kesan yang akan timbul bila satu2 keputusan dibuat?? atau mereka sengaja untuk menaikkan kemarahan rakyat...alasan "ikut perjanjian dulu".."dah 10 thn x naik"...x ada ke pemikir2 yg hebat2 di sana tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's why Noe...Kenapalah "Groupr Thinker " tu tak foresee masalah ni awal-awal dan cari jalan yang lebih baik...

      Delete
  8. hmm...seperti di jangka..kenaikan akan terus berlaku..

    ReplyDelete
  9. di KK, tambang bas pun da nk naik..berkuat kuasa tahun depan..

    ReplyDelete
  10. msih dalam perbincangan isu ni... belum diputuskan pun... tapi org dh kecoh dulu... hhuh

    ReplyDelete
  11. Sekarang ni marah2 bila segalanya naik harga, tapi bila dekat masa PRU dapat gula2 sikit, janji manis sikit...marah jadi sayang. Hmmmmmmmmmmm...

    ReplyDelete
  12. Dah jangka akan ada pelbagai kenaikan2 lain.. rakyat dicapatikan, kenaikan diutamakan.. :D
    Churp2 sini. :)

    ReplyDelete
  13. setuju dengan khir khalid.. kasihan rakyat.. :(

    ReplyDelete
  14. tidak habis3x...naik..naik..naik..ermmmm..memang tak di jangkakan

    ReplyDelete
  15. Rakyat mkin tertekan dengan semua ni..tak fikir ke, negara ni ada lg rakyat yang lebih mskin.. bagaimana dengan diorang yang berpndapatan rendah..kais pg mkn pg... fikir la sama jgn buat keputusan untuk mnguntungkan sesetgah pihak saja..

    ReplyDelete

Designed By