Breaking News

Wednesday, December 18, 2013

Kisah Allah S.W.T Dengan Malaikat

 http://3.bp.blogspot.com/-FUiRFmu0smA/Ti4RCKj-M9I/AAAAAAAABHk/rSZHkv9wBa4/s1600/sedakah.jpg
Derma Yang Ikhlas Tersembunyi Di Antara Tangan Kanan Dan Tangan Kiri

Kisah Allah S.W.T Dengan Malaikat


Kisah Allah S.W.T Dengan Malaikat ini diriwayatkan oleh Anas r.a:
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Ketika Allah S.W.T telah mencipta bumi dan bumi selalu bergongcang, maka Allah S.W.T mencipta gunung gunung dan mencacakkannya di atas bumi, maka berhentilah bumi dari bergoncang.
Maka kagumlah para malaikat lalu berkata : " Ya Tuhanku, apakah ada dari mahklukMu yang lebih hebat dari gunung gunung?"

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Ya ada, iaitu besi."

Kemudian para malaikat bertanya lagi : " Ya Tuhanku, apakah ada dari mahklukMu yang lebih hebat dari daripada besi?"

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Ya ada, iaitu api."

Kemudian para malaikat bertanya lagi : " Ya Tuhanku, apakah ada dari mahklukMu yang lebih hebat dari daripada api?"

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Ya ada, iaitu air."

Kemudian para malaikat bertanya lagi : " Ya Tuhanku, apakah ada dari mahklukMu yang lebih hebat dari daripada air?"

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Ya ada, iaitu angin."

Kemudian para malaikat bertanya lagi : "Ya Tuhanku, apakah ada dari mahklukMu yang lebih hebat dari daripada angin?"
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Ya ada, iaitu anak Adam, yang memberikan sesuatu derma dengan tangan kanannya dan merahsiakan itu dari diketahui oleh tangan kirinya, maka dia lebih hebat daripada angin"
Kesimpulannya dalam kisah di atas adalah sedekah yang sembunyi itu adalah lebih utama dari segala kekuatan di Bumi Allah.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;"Orang-orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah dan mereka tidak menyertakan umpatan dan tidak menyakitkan hati sesudah mereka memberikan dermanya, maka bagi mereka itu pahala disisi Allah dan tidak ada rasa takut bagi mereka dan mereka pun tidak bersedih hati"

9 comments:

  1. Betapa Allah suka orang yang memberi tapi tidak menghebahkan pemberiannya. Terima kasih dengan perkongsian ni. Peringatan untuk orang yang menaip komen ni :)

    ReplyDelete
  2. segala perbuatannya sangat indah dan pekerti yg tggi..bersedekah tnpa menghebahkan ;)

    ReplyDelete
  3. Ya benar...Sedekah mesti ikhlas kerana Allah...

    ReplyDelete
  4. itulah keihklasan.. seperti kata pepatah, keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.. ianya wujud tapi sukar dilihat.. menabung 2 churp2.. :D

    ReplyDelete
  5. betapa besarnya pahala bersedekah kan ??

    ReplyDelete
  6. lebih baik memberi daripada menerima..

    ReplyDelete
  7. betul2x..tapi apa yg penting adalah niat kita..bukan kuantiti tap KUALITI derma tu sndiri yg akan diukur..kalau banyak derma jer tapi hati tak ikhlas tak jalan juga :)

    ReplyDelete
  8. Bersedekah tangan kanan klu boleh tangan kiri pun tak mengetahui.. mmg itulah keikhlasan.. t kasih diatas perkongsian yg cukup bermanfaat ini.

    ReplyDelete

Designed By