Kisah Di Sebalik "Puting Beliung" Melanda Johor

puting beliung johor 2 Gambar Puting Beliung Di Johor Dan Singapura 
"Puting Beliung" Melanda Johor

"Puting Beliung" Melanda Johor


Semalam ramai yang kecoh apabila imej yang dikatakan "Puting Beliung" melanda Johor. Imej yang dirakamkan di kawasan pesisir pantai Lido pada pukul 4 petang itu begitu cepat tersebar di Facebook dan Twitter. Ramai yang melahirkan rasa bimbang dengan kejadian tersebut.

 View image on Twitter 
Belalai Air Bukan Puting Beliung

Belalai Air Bukan Puting Beliung


Namun Jabatan Meterologi telah mengesahkan imej tersebut adalah sebenarnya "Belalai Air" dan bukannya Puting Beliung seperti yang diperkatakan. Belalai air ialah suatu pusaran turus yang intensif (yang seringkali kelihatan seperti awan corong), berlaku di atas permukaan air (misalnya di laut). Ianya seringkali bersambungan dengan awan bentuk kumulus. kerap berlaku di iklim tropika. Fenomena ini selalunya berlaku ketika ribut petir dan ianya hanya muncul dalam tempoh masa yang singkat.

Kalau kita tengok imej di atas, sememangnya mengerikan. Boleh dibayangkan jika ianya menyerang daratan pastinya banyak harta benda yang musnah. Sebenarnya dalam keadaan cuaca sekarang, apa-apa pun boleh berlaku. Semoga Allah melindungi kita semua daripada musibah yang lebih besar.

Di bawah ini adalah satu bentuk Belalai air yang berlaku di Perairan Selatan Bandar Labuan pada 04 Disember 2012. 

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-H4wOExcZvNqi4hXTnNEfgT9bDKJD_yzv6YtUkl-b1mgbJmf80vxc5-wNvnMn_i2ERq8F19_w0xXHlJb8XfaBp7a77pCyw8bF09nAG6vcxEvTkBi-a9ZE0RWDhsI1hIkQNFh6HR22pBk/s1600/702802_527953390566712_866497102_n.jpg
Fenomena Belalai Air Di Perairan Selatan Bandar Labuan

Fenomena 'Water Spout' atau belalai air dikesan di Perairan Selatan Bandar Labuan pada 04 Disember 2012 kira-kira jam 7.45 pagi. Kejadian itu berlaku ketika angin kuat selama lebih kurang sejam. Fenomena belalai air terbentuk apabila corong awan yang menjulur dari dasar awan ke permukaan laut sehingga menghasilkan bentuk seakan-akan puting beliung. 

http://newswatch.nationalgeographic.com/files/2012/08/science-extreme-weather-waterspout-florida_47520_600x450.jpg
Belalai Air Beserta Kilat Yang Berlaku Di Lake Okeechobee Floridahttp://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/8d/Punta_Gorda_waterspout.jpg
Belalai Air Yang Berlaku Pada 15 Julai 2005 Di Luar Pantai Punta Gorda, Florida. 
 http://philosophers-stone.co.uk/wordpress/wp-content/uploads/2013/07/waterspout-main.jpg
Belalai Air Yang Berlaku Di Tampa Bay Florida.

Belalai Air Tidak Sekuat Puting Beliung


Belalai air secara amnya tidak mampu menandingi kekuatan puting beliung yang berlaku di darat. Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.

http://images2.fanpop.com/images/photos/6900000/Tornado-national-geographic-6968525-1280-1024.jpg
Puting Beliung
http://www5.samsclub.com/WeatherWatch/Media/images/tornadoBePrepairdArticle.jpg
Puting Beliung  

Puting Beliung Dan Kemusnahan


Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.

Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.

Comments

  1. fenomena itu tetap mengejutkan warga johor..thanks untuk info nie raudzah...risau jugak kan...

    ReplyDelete
  2. agak menakutkan jugak rupa belalai air ni terbentuk..hampir serupa macam puting beliung..

    ReplyDelete
  3. Nauzubillah.. Moga tidak ada apa2 yg akan berlaku pd warga Johor.

    ReplyDelete
  4. tanda kebesaran ALLAH untuk mengingatkan kepada hamba2Nya supaya jangan pernah lupa untuk mengingatinya dan sembah padaNya. wallua'lam

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi dengar pasal fenomena ni kat malaysai.. sbb tu ramai yg terkejut..

    ReplyDelete
  6. it looks scary yet at the same time it amazes me

    ReplyDelete
  7. fenomena alam . betullah berblog memberi kita ilmu . klu BS tak wat entry ni , saya pun x tau .

    ReplyDelete
  8. terkejut dgr berita ni..

    ReplyDelete
  9. Terkejut dan takut bila tahu berita tu

    ReplyDelete
  10. syukurlah begitu.. semoga tiada kejadian buruk yang berlaku..

    ReplyDelete
  11. ohh belalai air..first time dgr pasal ni..ah'ar ingatkan hari tu puting beliung ..nasib baiklah tak mmbahayakan...

    ReplyDelete
  12. Tak kiralah belali air ke apa tp kslau dah kena seram gak tu

    ReplyDelete
  13. info menarik!
    apa pun waktu2 sekarang ni just hati2 laa...sebab banyak negara seang mengalami ribut..tidak terkecuali malaysia...harap takde berlaku kemalangan jiwa....doa banyak2...

    ReplyDelete
  14. Walau bagaimanapun belalai air tu mmg ttp menakutkan juga apabila dilihat, terutama lu waktu itu kita berada diatas bot atau kapal di lautan...

    ReplyDelete
  15. Thank you so much dear for sharing such an amazing blog, this is really valuable information for me. Visit our page for the Best Website Designing Company in Delhi, India.
    Website Designing Company in Delhi

    ReplyDelete
  16. Nice blog, Mutual Fund Advisor qualified experts who can comprehend the reason and subtleties of a store for the fund.
    Mutual Fund Agent

    ReplyDelete
  17. Nice blog, Visit lifestyle magazine for night out events and parties in delhi.
    Lifestyle Magazine

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat