Breaking News

Sunday, December 8, 2013

Motivasi Pagi : Kerana Sebiji Epal

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,


 
Kerana Sebiji Epal (Source)
 

Kisah Sebiji Epal, adalah sebuah kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi dengan semua pembaca-pembaca Blog Santai hari ni. Kisah ini berlaku kepada Abu Salih Jangi Dost, cucu kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Epal Di Hanyutkan Air


Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang amat soleh dan warak. Dia juga terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapannya mahupun perbuatannya. Pada suatu hari, ketika beliau duduk ditepi sebuah sungai, tiba-tiba dia ternampak sebiji epal sedang dihanyutkan air. Beliau lantas mengambil dan memakan buah epal tersebut kerana ketika itu beliau belum makan apa-apa sebagai pengalas perut. 

Bersalah Kerana Epal


Setelah memakan buah epal tersebut, tiba-tiba beliau merasa bersalah dan tidak senang hati kerana telah memakan epal yang bukan miliknya. Lantas beliau bertekad untuk mencari tuan punya epal tersebut dan memohon maaf kepadanya. Setelah sekian lama menyusuri sungai tersebut, akhirnya beliau ternampak dahan pokok epal berjuntai kedalam sungai. Beliau yakin bahawa epal yang dimakannya adalah dari salah satu pokok epal tersebut. Dengan rasa bersalah dan takut dengan kemurkaan Allah, belaiu terus berjalan mencari tuan punya pokok epal tersebut.

Syarat Tuan Punya Epal


Beliau akhirnya menemui sebuah rumah yang sederhana besar di pinggir sungai tersebut lantas memberi salam. Rumah tersebut sebenarnya adalah milik wali Allah, Abdullah Sawmai. Setelah bertemu, beliau terus menceritakan maksud kedatangannya dan memohon maaf di atas kesalahannya. Abdullah Sawmai berkata beliau bersedia memaafkannya dengan syarat Abu salih mesti tinggal dan bekerja untuknya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal, Abu salih bersetuju dengan syarat tersebut.

Setelah genap  12 tahun, Abu salih pergi semula berjumpa dengan wali tersebut untuk memohon maaf kerana beliau mahu pulang ke kampungnya. Abdullah Sawmai bersetuju memaafkannya dengan syarat beliau bersetuju berkahwin dengan anaknya yang buta, pekak dan juga cacat.

Walaupun dalam hatinya terdetik kenapa begitu berat syaratnya sedangkan dia hanya memakan sebiji epal, dia akur dengan syarat tersebut kerana terfikir mungkin itu ujian Allah untuk dirinya.

Balasan Untuk Si Pemakan Epal


Setelah mereka dinikahkan Abu Salih sangat terkejut apabila mendapati isterinya tidak buta, tidak pekak dan tidak cacat. Sebaliknya isterinya isterinya adalah seorang gadis yang amat cantik yang tidak pernah ditemui dalam hidupnya sebelum ini. Dalam hatinya terdetik, mungkin ini adalah balasan dari Allah untuk kerana menahan sabar dan tidak mengambil sambil lewa hak orang biarpun hanya sebiji epal.

Beliau lantas bertanya kepada ayah mertuanya kenapa beliau tidak bercakap benar. Abdullah Sawmai pun berkata:
" Aku katakan fatimah isterimu itu buta kerana dia belum pernah melihat orang lain selain dari ayahnya, akau katakan dia pekak kerana dia belum pernah mendengar sebarang kata nista dan akau katakan dia cacat kerana dia pernah membuat dosa."

Kesimpulannya, kita sebagai seorang Islam harus jujur. Tidak boleh mengambil harta milik orang walaupun hanya sebiji epal/kurma/mangga atau sebatang pensil. Kita juga harus sabar dengan segala ujian Allah kerana pasti ada hikmah disebaliknya. 

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.  

13 comments:

  1. Sesungguhnya ada banyak ganjaran bg mereka yg bersabar. In shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fida...Setiap ujian allah pasti ada hikmahkan..

      Delete
  2. Pernah dengar cerita ni. Tersenyum bila tahu endingnya..

    ReplyDelete
  3. Jujur dan amanah...sekarang ini kian terhakis dalam diri umat hari ini

    ReplyDelete
  4. kilik untuk kamu tylor nd chup

    ReplyDelete
  5. epal ni banyak kebaikannye tp tuh la tb xske lak epal hehehe

    ReplyDelete
  6. endingnye dapat isteri cantik. sweet gitu ^^

    ReplyDelete
  7. Jujur, amanah & sabar semua itu amat besat hikmahnya. T kasih diatas perkongsian yg bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  8. kisah yang menarik..memang sesuai dijadikan motivasi :)

    ReplyDelete
  9. sangat memotivasikan apabila membaca kisah ini raudzah.. kejujuran itu paling penting..

    ReplyDelete
  10. pernah dengar cerita ni sewaktu ketika dahulu dan ada jgk producer filem buat cerita spt nie :)

    ReplyDelete

Designed By