Pulau Monuriki, Pulau Cantik Tanpa Penghuni

http://www.familyholiday.net/wp-content/uploads/2012/01/Mamanuca-islands-fiji-_051.jpg
Kepulauan Mamanuca

Pulau Monuriki, Fiji

  
Pulau Monuriki, adalah merupakan salah sebuah pulau yang cantik di antara 20 buah pulau-pulau kecil yang terdapat di  Kepulauan Mamanuca, Fiji. Kebanyakan pulau-pulau yang terdapat di kepulauan Mamanuca adalah merupakan destinasi percutian yang paling popular di Fiji dengan resort pulau yang indah dan pasir pantai yang bewarna putih. Antara yang terkenal adalah Yasawa island.

http://whereverwithyou.files.wordpress.com/2012/10/image2.jpg?w=1024 
Pulau Monuriki
 http://blog.forbestravelguide.com/wp-content/uploads/2012/09/Startleblog_FridayPhoto_097_Credit.jpg
Pulau Monuriki

Pulau Monuriki, Tidak Berpenghuni


Monuriki adalah sebuah pulau kecil yang tidak berpenghuni di Lautan Pasifik, di luar pantai Viti Levu dalam kumpulan pulau yang dikenali sebagai Kepulauan Mamanuca . Pulau ini adalah berasal dari limpahan gunung berapi dan kira-kira 1 kilometer panjang dan 600 meter lebar. Kira-kira 0.4 kilometer persegi kawasan pantai dikelilingi oleh terumbu karang. Puncak tertinggi dari aras laut adalah 178 m. Biarpun cantik, pulau ini tidak berpenghuni kerana tidak ada sumber air semulajadi selain dari air laut.

 http://www.projectaware.org/sites/default/files/monuriki%20sunset.jpg
Senja Di Pulau Monuriki

Lokasi Penggambaran Cast Away


Pulau ini merupakan lokasi penggambaran bagi filem Robert Zemeckis, Cast Away, yang dibintangi Tom Hanks. Pulau ini menjadi tarikan pelancong selepas filem Cast Away ditayangkan. Dalam filem ini watak Chuck Noland, yang dimainkan oleh Tom Hanks, telah menghabiskan kehidupannya bersendirian di pulau ini selama kira-kira empat tahun

http://bucksandcorn.com/wp-content/uploads/2013/09/Tom-Hanks_Cast-Away.jpg
Tom Hanks Dalam "Cast Away"

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat