Rahsia Di Sebalik Tangga Kenari 1,000 Tahun !!!!

http://static.panoramio.com/photos/large/23286561.jpg
Tangga Kenari 1,000 Tahun

Tangga Kenari 1,000 Tahun


You all tau tak di Malaysia ada tempat yang bernama Tangga Kenari 1,000 tahun. Kalau dilihat pada nama pasti ramai yang menyangka Tangga Kenari ni dah berusia 1000 tahun kan. Sebenarnya tidak tapi ada rahsia lain disebalik nama ni. 

Asal Nama Kenari


Pada yang tak tau Tangga Kenari 1,000 tahun ni terletak lebih kurang 3.4 km dari Pekan Yan Besar, kedah. Ianya berada di lokasi yang sama dengan Hutan Lipur Titi Hayun. Tangga konkrit yang dibina melalui denai hutan ini adalah cetusan idea Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid, Menteri Besar Kedah setelah melihat kejayaan pasukan Kedah menggungguli liga bola sepak malaysia pada ketika itu. Nama 'KENARI' adalah mengambil sempena nama pasukan bolasepak Hijau Kuning Kedah.

Tangga Kenari 1,000 Tahun

Tangga Kenari Untuk Pemain Tempatan


Biarpun pasukan Kedah beraksi cemerlang dalam skuad Liga Bolasepak Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid kurang bersetuju dengan kehadiran tiga pemain import didalam pasukan Kedah pada ketika itu. Beliau berhasrat menjadikan Tangga Kenari 1000 Tahun ini sebagai inisiatif awal untuk melatih anak-anak tempatan Kedah supaya dapat menguasai pasukan bolasepak Hijau Kuning Kenari dan tidak terlalu bergantung kepada tenaga pemain impot.

Tangga Kenari Punya 1,342 Takah


Projek pembinaan tangga ini yang melalui lorong-lorong berliku dalam Hutan Simpan Gunung Jerai agak unik. Keseluruhan anak tangga yang berjumlah 1,342 takah dibina tanpa sedikit pun melibatkan proses penebangan pokok-pokok balak di sepanjang laluan tersebut. Hebat dia orang kan!!!!

Comments

  1. wahhh ada kaitan dengan bola rupanya ya..
    yang ika kagum tiada sebatang pokok ditebang untuk membina tangga ini..itu ika salute... :)

    ReplyDelete
  2. tak tahu langsung psal tangga kenari ne..hehehe

    ReplyDelete
  3. Macam best ja. Teringin nak panjat gunung jerai. Mesti dpt tengok tangga kenari ni.

    ReplyDelete
  4. xjejakkan kaki ke sini lg.. dr skolah rendah nk ke sini tpi xtercapai lg

    ReplyDelete
  5. ada kaitan dengan bola..

    ReplyDelete
  6. tangga, anak muda dan bola sepak.. okey, hehe

    ReplyDelete
  7. Tak tahu langsung tentang tempat ni..nampak smulajadi tempatnya..
    tekan inti di sini.. :D

    ReplyDelete
  8. unik nama tempat ni..ingatkan memang dah 1000 tahun terpacak situ.. :D

    ReplyDelete
  9. aiza baru tahu mengenai tangga kenari ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat