Breaking News

Friday, December 27, 2013

Rakyat Malaysia Sokong Kenaikan Harga Barang!!!!

 
Datuk Seri Hasan Malek

Rakyat Malaysia Sokong Kenaikan Harga Barang


Rakyat Malaysia Sokong Kenaikan Harga Barang. Biar betul!!!! Inilah kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Koperasi & Pengguna. Menurut beliau, kalau ramai yang membantah sudah tentu banyak aduan yang diterima kementerian. Namun sehingga hari ini, jumlah aduan yang diterima terlalu sedikit. Itu bermakna rakyat Malaysia bersetuju dan tiada masalah dengan kenaikan harga barang!!!!. Hmmmm......

Aduan Tanda Sokongan Harga


Kita pun tak pasti sejak bila kementerian menggunakan jumlah aduan yang dikemukakan sebagai kayu  ukur sokongan pengguna terhadap dasar kerajaan. Tak cukup lagi ke laporan yang dikeluarkan oleh Media? So far rasanya tak ada lagi berita yang dikeluarkan yang menunjukkan sokongan terhadap kenaikan harga barang.  Kalau kat media sosial lagilah. Kebanyakannya tak setuju kan!!!!

Cara Buat Aduan Kenaikan Harga Barang


Nway kalau you all tak setuju dengan kenaikan harga barang, bolehlah buat aduan tanda bantahan ya. Talian hotline kementerian adalah 1-800-886-800, atau boleh emel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my. Ingat tak ada aduan tanda setuju ok!!!!

17 comments:

  1. Ramai yg xsetuju...tp xberani nk buat aduan..

    ReplyDelete
  2. rmai dok pong pang dlm fb je, . tpi xde lak memo atau aduan bertulis..

    ReplyDelete
  3. malas nak buat aduan...bukannye nnti dorang nak turunkan harga barang pon lepas dpt aduan....propa je lebih

    ReplyDelete
  4. sebarang bantahan dan aduan seramai mana pun dihantar mereka butakan mata dan pekakkan telinga.. mintk2 mereka betul2 buta dan pekak.. huhuhu.. lantik org yg celik dan dengar pulak lepas ni.. x kirelah bn ke pas ke pkr ke.. huhu

    ReplyDelete
  5. sejak kebelakangan ni saya fikirlah , orang2 ' atas ' tu ramai yg melalut jer bila bercakap . ada gak yg bongkak seolah2 rakyat x akan n x blh wat apa2 . Adakalanya pula pendapat dan pandangan mrk mcm org x habis sekolah lah pulak ... ermmm

    ReplyDelete
  6. boleh percaya ke aduan yg dibuat akan meredakan situasi kenaikan pada masa skrg,, rasanya gimik orang besar utk meradakan situasi

    ReplyDelete
  7. biasalah, orang malysia ni semua keyboard worrior je..buknnyer nak wat tindakan pun..huhu..

    ReplyDelete
  8. Alasan tu dah macam budak2.. dalam dunia ni siapa yg suka klu harga naik.. rasanya dia sorang je yg suka kot...

    ReplyDelete
  9. Ternyata negara Malaysia sama saja dengan Indonesia. Harga barang naik juga tapi ada perbedaannya. Rakyat Malaysia cuma sedikit yang membuat aduan.

    ReplyDelete
  10. aiyooo YB nih, mana ada menyokong harga barang..org gila pun tak nak weyh!! geram betullah..

    ReplyDelete
  11. Alasan lagi....letih telinga dengar.

    ReplyDelete
  12. tak setuju.. kita serbu talian tu ramai-ramai.. menabung hotlink,churp2 dan inti.. :D

    ReplyDelete
  13. Saya rakyat Malaysia...tapi xsokong kenaikan!


    ReplyDelete
  14. sape la tu yg suke.... mudah nya die bt konlusion ... tak aduan, tanda rakyat setuju...

    My recent post : Aku Barista, Peminat Tegar Kopi.

    ReplyDelete
  15. Oh, mudhnya ambil tindakan dan buat kesimpulan pukul rata macam tu.

    ReplyDelete

Designed By