Breaking News

Tuesday, December 17, 2013

Senarai 15 Lebuh Raya Dengan Kadar Tol Baru Mulai Jan 2014

 http://static.panoramio.com/photos/large/22806663.jpg 
Lebuhraya Sprint

Kadar Tol Baru Mulai 1 Jan 2014


Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Sin Chew Daily,  Menteri Kerjaraya, Datuk Fadillah Yusof telah mengesahkan kepada bahawa kadar tol akan meningkat antara 50 sen kepada RM2 berkuatkuasa mulai 1 Januari , 2014.

Senarai 15 Lebuh Raya Dengan Kadar Tol Baru Mulai 1 Jan 2014 Adalah Seperti Berikut:


1. Lebuhraya Pantai Baru (NPE), 
1. Damansara Puchong - Highway (LDP ), 
3. Lebuhraya Bertingkat Ampang- Lumpur Kuala ( AKLEH ), 
4. Lebuhraya Sprint, 
5. Lebuhraya Shah Alam Expressway ( KESAS ), 
6. Putrajaya KL- Lebuhraya ( MEX) , 
7. Sungai Besraya Highway Besi, 
8. Terowong Smart, 
9. Kajang Highway ( SILK ), 
10. Kajang Seremban- Highway ( LEKAS ), 
11. South Klang Highway Selatan ( SKVE ), 
12. New North Klang Straits bypass ( NNKSB ), 
13. Senai- Desaru Expressway (SDE ),  
14. Guthrie Corridoor (GCE ) dan 
15. Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR ).

Kadar tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan akan diselaraskan pada tahun 2015 manakala kadar tol bagi NSE Hubungan Tengah, Linkedua dan Butterworth- Kulim Expressway ( BKE ) tidak akan diselaraskan sebelum 2015.

Tiada Pelarasan kadar Tol Untuk Tempoh Enam Tahun


Beliau berkata, kuantum kenaikan kadar adalah lebih tinggi pada kali ini kerana tiada penyelarasan kadar dilakukan untuk tempoh enam tahun
bersama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya walaupun penyelarasan dibenarkan dalam setiap tiga tahun di bawah perjanjian konsesi.

Ikut Jalan Alternatif Kalau Tak Nak Bayar Tol Tinggi


Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar  berkata  pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan biasa. Tak perlu susahkan diri melalui lebuh raya bertol. Hmmmm!!!!


22 comments:

  1. aduhai...termasuk jugak ke...dah la jalan banyak lubang-lubang...

    ReplyDelete
  2. hm.. mhlnya. huhu.. sedih la nk blik kampung pasni

    ReplyDelete
  3. boleh x kalau x nak baca n3 ni.. aduhai 2014 dah lah minyak naik, hari2 nak bayar tol pun skang ni sakit apalgi nanti .. adoi !

    ReplyDelete
  4. alamak, ada laluan2 ika pun termasuk juga dalam senarai --'

    ReplyDelete
  5. laluan saya nie...nasib la pergi keja naik motosikal

    ReplyDelete
  6. sabar saja la kepada semua pemandu :)

    ReplyDelete
  7. saboo je laa .. barang dah naik , tol pon naik jugak .. nanti , beberapa tahun lagi .. ramai la yang bankrup ..

    ReplyDelete
  8. huhu... nsib tol DUKE xde.. klu x prah...

    ReplyDelete
  9. AKLEH pun kena jugak...isk..isk..isk...sabo jer laa...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Kenderaan makin banyak berganda2, keuntungan syarikat konsesi berganda2...
    Patutkah naik lagi? Perjanjian yg sepatutnya disemak semula... Kerajaan punya kuasa! Gunakan kuasamu utk utamakan kebajikan rakyat!

    ReplyDelete
  11. nasib baik area tmpat sy tinggal blum ada tol =__=. bagus jugak tinggal tempat tak berapa maju nih.. yg penting hidup heppy, jgn terkejar2 sngt kemajuan..sakit kepala jer.sangat sedih dgn pihak kerajaan..semua serba naik dlm satu tahun. tggulah 5 tahun akan datang, tahulah nak pilih sapa!! Pilih pemimpin yg berjiwa rakyat..bukan yg berjiwa rakyat saat kempen pilihan raya jer..:)

    ReplyDelete
  12. semua tu jalan utama.. teruk la macam ni.. jalan dah la banyak lubang dan tak diselenggara dengan baik, buat rosak tayar kereta orang je.. kerajaan sepatutnya buat sesuatu, bukannya terus bersetuju macam tu je.. janji dicapati..

    ReplyDelete
  13. sabor je lar..kan dah salah pilih time pilihan raya..hahahahahha

    ReplyDelete
  14. kadar tol naik,bayar pon naik,minyak naik..semua naik..ape la yg xturun2 kn

    ReplyDelete
  15. Dah abih kemudahan tuk rakyat. kene guna jalan biasa la pas ni.. klau buat pilihanraya bru mmg xkn plih da la..hancur

    ReplyDelete
  16. Dah makin hilang dah kerajaan mesra rakyat bila menteri ckp mcm tu..

    ReplyDelete
  17. Kerajaan Penang nk bg 0% loan utk pembelian kos rendah/sederhana. Bila nk enforce tuh??

    ReplyDelete

Designed By