Sistem Pendidikan Malaysia Gagal?
Program Penilaian
Antarabangsa Pelajar (PISA)
Sistem Pendidikan Malaysia Gagal?
Sistem Pendidikan Malaysia Gagal. Hmm Betul ke? Mungkin itulah hakikat yang terpaksa kita terima setelah keputusan Program Penilaian
Antarabangsa Pelajar (PISA) diumumkan dimana negara kita berada di tangga keempat dibelakang Singapura, Vietnam dan juga Thailand.
Apa Itu PISA
PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar berusia 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.
Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains. PISA menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

PISA
Sebab Gagal
Sebagai respon kepada kegagalan ini, Kementerian Pendidikan (KP) telah menggariskan 3 faktor berikut:
1. Pelajar Malaysia tidak serius menghadapi peperiksaan ini, kerana menganggap ianya tidak penting.
2. Format peperiksaan yang berlainan yang mana PISA lebih mengutamakan pemahaman terhadap sesuatu perkara serta implikasi kepada kehidupan realiti berbanding dengan sistem peperiksaan kita yang lebih ringkas serta mengutamakan penghafalan.
3. Kebanyakan guru gagal menerapkan konsep pemahaman tentang sukatan pelajaran. Mereka lebih berminat untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Banyak jalan pintas yang digunakan untuk membolehkan pelajar menghafal
tanpa fahami konsep sebenar.
Malaysia Utamakan Peperiksaan
Mengikut KP sedikit sebanyak kekurangan ini adalah berkait rapat dengan sistem pendidikan kita yang lebih mementingkan keputusan peperiksaan berbanding mendidik pelajar untuk berfikir.
Kita rasa ada kebenaran faktor di atas kerana itulah yang kita lakukan semasa di alam persekolahan. Kebanyakan kita menghabiskan masa untuk menghafal bagi menghadapi periksaan berbanding memberi ruang kepada minda kita untuk berfikir dan berkembang secara sihat. Mungkin tiba masanya kerajaan menilai semula sitem pendidikan kita kerana generasi yang malas berfikir tak mampu bersaing secara sihat dan kurang kreativiti.
1. Rahsia Blogger Malaysia
2. Bahaya Untuk Rakyat Malaysia
6. Hebat Dia Orang Ni!!!!!
7. Ramai Yang Suka Buat Ni
SR: Malaysian Insiders
Assalammualikum..rauzah,
ReplyDeletewahh.. teruk ker sistem pendidikan negara kita nie..
mselim3
Mungkin tidak terlalu teruk MS tapi masih banyak kekurangan..
Deletebrunei xde ek..
ReplyDeletedulu fae suka main hafal before exam.. bila kat uni, we byk pakai applying skill drp meghafal..
Exactly Fae..I did the same thing..
Deletehm.. ssh jgk kan. kena buat rombakan balik.
ReplyDeletedan kajian yg lebih mendalam bab ni
Yup Licha..perlu lebih kajian untuk melahirkan generasi yang lebih baik ..
DeleteAda betulnya sistem pendidikan kita ni mempunyai kelemahannya. Tentang pembelajaran yang mengutamakan penghafalan tu, kesannya dapat dilihat dalam sektor pekerjaan. Banyak pegawai fresh grad yang baru-baru masuk kerja, sukar nak adapt kerana terlalu bergantung dengan buku teks, tanpa inisiatif memahami situasi semasa.
ReplyDeleteYup betul tu SY..Sistem kita perlu kepada tambah nilai..Too much text book is not good ..
Deletebetul jugak tu kan..daripada memantingkan ppeperiksaan baiknya kita dorong mereka untuk berfikir..
ReplyDeleteKan Cik Ta..belajar cara untuk berfikir secara lebih baik...
DeleteSoalan PISA meliputi matematik dan sains. Soalan berbentuk aras tinggi dan aplikasi. Ada kalanya berbentuk umum dan tak terikat dengan sukatan. Saya sebagai seorang guru matematik dah 14 tahun mengajar pun merasakan susah nak jawab, inikan lagi budak2. Soalan sains lagi mengelirukan psl berbentuk logik. Jadi....rumusan saya, keputusan ujian PISA tak lah menggambarkan sangat taraf matematik dan sains pelajar kita. Sistem kita masih lagi menggunakan buku teks...dan bagi saya lebih teratur. Biarlah kita maju dalam sains dan metematik mengikut acuan kita sendiri, tak gitu?
ReplyDeleteKita bukan tak setuju, tapi rasanya kita perlu melihat kebolehan pelajar kita berbanding pelajar dari negara lain yang seusia..jika yang lain boleh kenapa pelajar kita tidak..Dari apa yang kita faham dan di sahkan oleh KP, soalan PISA lebih panjang dan memerlukan kita untuk membaca dan memahami. Problemnya disini kita tidak diajar untuk berada didalam situasi tu...kerana soalan peperiksaan kita lebih ringkas coz tujuan kita hanya untuk lulus. PISA mungkin daripada Lulus sahaja..ianya sebahagian daripada pendidikan..Tak salah kalau kita ikut cara pembelajaran negara lain jika ianya mampu melahirkan generasi yang lebih bijak berfikir kerana persaingan kita bukan hanya di Malaysia. Kita bersaing untuk mendapat tempat di dunia...
Deletekerajaan perlu ambil berat tentang perkara nie
ReplyDeletepergh kita di belakang thailand ke???
ReplyDeleteMmg tidak dinafikan yg sistem pendidikan kita skrng ni sebenarnya kelam kabut.. baru2 ini pelajar sekolah x perlukan peperiksaan semua dinilai oleh cikgu secara perseorangan... (sistem band.. apa ntah..) Cikgu pula bnyk komitmen sekolah, kursus, mengajar & kokurikulum.. where got road man!!
ReplyDeleteBnyk sgt kepala pencadang di peringkat atasan... cikgu2 pening, ibu bapa pun makin pening.. wallahualam... :D
entahlah sejak ada band ni..huru hara dibuatnya,Cikgu semakin sibuk,,,yang jadi mangsa ibu bapa kena paham masalah cikgu.Natijahnya x de report card,kertas lepas periksa akhir tahun tak dapat disemak oleh ibu bapa sbb cikgu berlumba nak key in dlm sistem yang lembab tu...alih2 tahu anak dapat no periksa jer!,Pengalaman saya sebelum ni ada kertas periksa yang tersilap check oleh cikgu...(yelah cikgu pun manusia juga) .So zmn sekarang ibu bapalah kena byk faham dan berkorban!
DeleteHmm... Jgn nk kata cikgu yg gagal sudah... Huhu.. X terbeban dh tgjwb yg ada ni...
ReplyDeletekalau dah sebegitu, memang perlu dikaji semula sistem pendidikan ni
ReplyDeletemungkin perlu dirobak semula jika ianya dikatakan gagal.. semoga pihak yang berkenaan lebih peka dan teliti memperbaiki kelemahan yang ada..
ReplyDeleteketika belajar dulu memang tak dinafikan kita banyak menghafal berbanding cuba memahami konsep sebenar sesuatu perkara.. menabung inti. :D
ReplyDeletefaktor no. 2 dan 3 sememangnya tak dinafikan dan itulah realiti yg kita patut terima..takpe2, semoga kerajaan akan mengambil langkah yg lebih efektif utk mengatasi permasalahan ini..kta sbg rakyat Malaysia harus mendukung sama! :D
ReplyDeletehmmm..aduhai..
ReplyDeleteInilah akibatnya apabila peperiksaan dijadikan rujukan kecemerlangan tapi kualiti diabaikan. Hasilnya jadilah insan2 yang hanya tahu menghafal tapi tiada pemahaman dan perkembangan minda.
ReplyDelete