Tebus Rebat Dari Touch 'n Go Sekarang!!!!

 https://privilege.touchngo.com.my/images/img_20rebate.jpg
Tebus Rebat 20% Dari Touch 'n Go 

Tebus Rebat 20% Dari Touch 'n Go 

 
You all dah pernah Tebus Rebat dari Touch 'n Go? Kalau belum pernah inilah masa yang sesuai kerana menurut pihak pengurusan, sejumlah RM49 juta wang rebat masih belum dituntut oleh pengguna lebuh raya yang menggunakan kad Touch 'n Go. Banyak tu!!!!!

Siapa Yang Layak Tebus Rebat


Secara amnya, semua pemegang kad Touch 'n' Go dan yang sewaktu dengannya seperti kad kredit Zing Touch 'n' Go adalah layak mendapat penebusan rebat tol sebanyak 20 peratus.

Namun hanya Pengguna tegar kad Touch 'n' Go adalah mereka yang benar-benar layak tebus rebat. Pengguna tegar adalah mereka-mereka yang menggunakan kad Touch 'n' Go paling kurang 80 kali sebulan. Kiranya you all menggunakannya setiap hari untuk pergi dan balik kerja mungkin.

Cara Untuk Tebus Rebat Touch 'n Go


Pengguna yang layak boleh menebus rebat mereka di Pusat Khidmat Pelanggan Touch 'n' Go di plaza tol terpilih di seluruh Malaysia, Hub-hub Touch 'n' Go dan juga kaunter Touch 'n' Go SPOT. 

Rebat tol boleh ditebus sebanyak dua kali sebulan iaitu setiap 5 hingga 15 haribulan dan dari 23 haribulan hingga hujung bulan.  

Maklumat Lanjut Mengenai Tebus Rebat


Sekiranya you all perlukan maklumat lanjut mengenai syarat dan cara untuk membuat tebusan, bolehlah hubungi Touch 'n' Go Careline di 03 7628 5115 atau layari laman web
Touch 'n' Go di SINI.

Comments

  1. Wahh bagus ni.. thanks info ni Raudzah..
    inti & inti sini.. :D

    ReplyDelete
  2. Menarik info ni...boleh jugak cover cost2 yg semakin meningkat. Thanks Raudzah :)

    ReplyDelete
  3. sy ada kad touch n go nie..tp bkn la pengguna tegar..guna pon sebulan sekali ja..tak merasa la rebet nie.. :-(

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah aiza dah tebus touch n go..

    ReplyDelete
  5. xtahu pon selama nie boleh tebus rebat touch n go nie..nmpak sgt jenis xalert..haha.. btw gud info...

    ReplyDelete
  6. 80 kali sebulan tu memanglah tegar. Saya tak sampai macam tu sekali.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat