Yang Pelik Dan Jelik Sepanjang Tahun 2013

Yang Pelik Dan Jelik Sepanjang Tahun 2013


Blog Santai menutup tirai 2013, dengan kisah 10 binatang pelik yang ditemui sepanjang tahun 2013. Walaupun ada yang biasa kita temui namun sifatnya berbeza. So enjoy semua!!!

1. Blobfish
Blobfish ini dikenali sebagai haiwan yang paling hodoh di dunia. Biarpun ahli-ahli sains telah mengetahui tentang "Psychrolutes Marcidus" lebih kurang 85 tahun yang lalu, namun ikan ini yang digelar blobfish telah dinobatkan sebagai haiwan terburuk didunia pada tahun 2013. Ia juga telah diterima sebagai maskot rasmi kepada "Ugly Animal Preservation Society ".

   2. Oarfish
Kemunculan Ikan lagenda ini yang pertama kali ditemui didasar laut, pada Mac tahun ini, dianggap membawa petanda bencana. 

3. Serangga Terbang
Serangga ini telah  'menghilangkan diri' 160 tahun yang lalu. Namun pada tahun ini ia muncul buat pertama kali di Eropah.

4. Vertebrata Terkecil Di Dunia
Katak sepanjang 7mm dikenali sebagai vertebrata hidup (haiwan bertulang belakang) yang terkecil di dunia. Katak kecil, yang dinamakan Paedophryne amanuensis ditemui di Papua New Guinea. 

5. Olinguito
Haiwan ini kelihatan seperti kacukan antara kucing dan teddy bear. Olinguito adalah spesies mamalia karnivor, yang pertama kali ditemui di Hemisfera Barat pada tahun ini dalam masa 35 tahun.

 6. Jerung putih
Cerita kehadiran Jerung putih diluar pantai Florida, Carolina taua New England adalah biasa. Namun pada tahun ini, ia muncul buat pertama kali di perairan Newfoundland.

   7. Sotong gergasi
Sotong gergasi telah berjaya difilemkan untuk kali pertama tahun ini. Sotong gergasi yang berukuran 3 meter panjang ini, ditemui terdampar di persisiran pantai.

 8. Burung kakak tua
Ahli sains telah berjaya menemui "kunci" kepada Otak burung kakak tua, buat pertama kali pada tahun ini. Kunci ini telah membuka rahsia kenapa burung kakak tua mampu meniru pelbagai bahasa manusia.

9. Labah-labah
Spesies baru labah-labah yang ditemui di Peru ini dianggap bijak. Mereka menggunakan "umpan" labah-labah yang lebih besar untuk melindungi mereka.  "Umpan" tersebut akan digerakkan sekiranya pemangsa mendekati mereka.

10. Katak Berwarna ' koko ' 
Katak berwarna 'koko' pertama kali ditemui pada tahun ini di Republik Suriname, di timur laut Amerika Selatan. Ianya mirip kepada filem Harry Porter.

Comments

  1. wah, pelik dan jelik..:) salam singgah :)

    ReplyDelete
  2. Semuanya memang unik. Inilah kepelbagaian mahkluk ciptaan Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. subhanallah.. sngguh unik ciptaan Allah.. :D

    ReplyDelete
  4. peliknya..makin ktia teroka dunia binatang ne..makin banyak binatang pelik2 yg bakal kita jumpa..hebat sungguh ciptaan Tuhan..subhanallah :)

    ReplyDelete
  5. Subhanallah.. klu hidupan laut, sy mmg tertawan dgn great white shark tu.. ganas tp bentuknya cool.. klu jadi ikan, saya pilih nk jadi shark hehee.. tp syukurlah dijadikan sbg manusia..
    inti & inti sini.. :D

    ReplyDelete
  6. Rasanya manusia yang berperangai lebih buruk dari binatang itu lebih pelik dan jelik...

    ReplyDelete
  7. subhanallah :)
    mungkin banyak lagi kan hidupan lain yang kita tak tahu dan belum ada yang explore ~~

    ReplyDelete
  8. Banyak benda baru. Allah Maha Besar.

    ReplyDelete
  9. indah segala ciptaannya ;) yg xmampu manusia utk cuba meniru..

    ReplyDelete
  10. sepertinya masih banyak hewan yang belum diketahui di bawah lautan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat