Breaking News

Wednesday, January 22, 2014

3 Rahsia Rukuk Dalam Solat

http://4.bp.blogspot.com/-I5oaQTA2i6g/T60KDsG5B3I/AAAAAAAAAMQ/VGuyuexYXMc/s1600/bacaan%2Bdalam%2Brukuk-b.jpg
Bacaan Dalam Rukuk (Source)

Rahsia Rukuk Dalam Solat


Dalam entry Sujudlah Dengan Cara Yang Betul sebelum ni, kita ada berkongsi kenapa perlunya sujud dengan betul dalam solat. Sebenarnya selain daripada kepentingan sujud dari sudut kesihatan, Rukuk juga mempunyai rahsia yang amat penting.

Pergerakan Rukuk Dalam Solat


Rasulullah s.a.w. ketika solat menunjukkan contoh pergerakan rukuk dengan amat sempurna. Menurut beberapa hadis, rukuk Baginda rata seperti permukaan air. Maka pergerakan rukuk yang sempurna itu dapat dilihat dengan tulang belakang yang lurus sehingga apabila diletakkan segelas air di atas belakang tersebut tidak akan tumpah. Kedudukan kepala lurus dengan tulang belakang.

http://candrazr.files.wordpress.com/2012/08/gerakan-sholat3.jpg
Posisi Rukuk Yang Betul (Source)

Rukuk Menjaga Fungsi Tulang Belakang


Kedudukan ini ternyata amat bermanafaat untuk menjaga kesempurnaan kedudukan serta fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyokong tubuh dan fungsi saraf. Di dalam posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang peha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan. Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.

Rukuk Memudahkan Pengaliran Darah


Kedudukan jantung yang sejajar dengan otak menjadikan aliran darah mengalir dengan maksima pada tubuh bahagian tengah menjadikan tubuh lebih sihat dan dapat mencegah pelbagai penyakit. 

Rukuk Merehatkan Otot


Tangan yang ditumpukan pada lutut juga berfungsi untuk merehatkan otot bahu sehingga ke bawah. Selain itu, rukuk merupakan cara latihan pada saluran kencing sehingga gangguan prostat dapat dicegah.

Semoga kita semua tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawab kita kepada Allah dan jom sama-sama kita betulkan rukuk kita, semoga kita semua mendapat manafaatnya. 

20 comments:

  1. mudah-mudahan kaki masih kuat utk rukuk
    ya allah sihat kan tubuh badan ku utk mu
    tq..

    ReplyDelete
  2. subhanallah.... rahsia solat itu indah sebenarnya....

    ReplyDelete
  3. solat itu ada seribu satu faedah, kelebihan dan manfaat... sebab tu kita kena kerjakan solat kan dear??? ^_^

    ReplyDelete
  4. yup.rahsia solat ni
    kalau tgk sujud pun bes jgk
    bila sujud bg lama sikit
    bia darah sampai ke 1 tmpt dlm otak yg mana darah hanya dapat pergi kt tmpt tu melalui sujud . google or detail :)
    nice sharing, menda2 ni shud remind byk kali ..huhu ^__^

    ReplyDelete
  5. Subhanallah...thanks for sharing...

    ReplyDelete
  6. Subhanallah.. perkongsian yg bermanfaat utk ilmu kita semua..

    ReplyDelete
  7. Oke mbak semoga bisa menegakkan shalat dengan baik ya?

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas pkongsian sis..
    mnabung :)

    ReplyDelete
  9. Tu lah rahsia solat..byk kelebihannya kn Raudz..

    ReplyDelete
  10. subhanaALLAH ia memberi manfaat kepada kita

    ReplyDelete
  11. Subhanallah...banyak sungguh hikmahnya

    ReplyDelete
  12. alhamdulilah.. dapat lg ilmu.. terima kasih kak diatas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  13. bila kita buat mesti ada sebab bukan suka-suka tapi ada manfaatnya klik sini heee,,

    ReplyDelete
  14. perkongsian yang bagus raudzah. boleh tambah ilmu.. :)

    ReplyDelete
  15. Banyak khasiatnya. Cantikkan aturan Allah. Subhanallah.

    ReplyDelete
  16. Subhanallah.....setiap yg allah syariatkan tu tak de satu pun yg sia siakan Raudzah....semua untuk kebaikan diri sendiri

    ReplyDelete
  17. subhanallah.. banyak hikmah yang diperolehi di dalam setiap pergerakan dalam solat termasuk rukuk ini.. perkongsian yang bermanfaat.. menabung ikea, ikea, dan churp2..

    ReplyDelete

Designed By