Breaking News

Sunday, January 19, 2014

3 Terbunuh, Bas Express Terbalik Di Yong Peng

 Bas Express Kemalangan (Source)

Bas Express Kemalangan


Kemalangan melibatkan bas express terjadi lagi. Kejadian yang berlaku petang semalam di Kilometer 107.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Yong Peng, telah menyebabkan 3 penumpang maut.

Bas tersebut dikatakan hilang kawalan kerana dipandu laju, lalu terbabas menyebabkan Mohd Sofian Nurhakim Mohd Zaidi 21, Ahmad Amirul Asraf Yaacob, 23 dan Mohammad Zikri Othman, 10 terbunuh manakala 15 lagi tercedera.

http://3.bp.blogspot.com/-Pzp7md_eGp0/UtvSIlvJ5zI/AAAAAAAA3FM/60Z4HoMIg3M/s1600/Gambar%2Bbas%2Bekspres%2Bterbalik%2Bdan%2Bhancur%2Bdi%2BYong%2BPeng,%2BJohor%2B3.jpg
Keadaan Bas Yang Remuk (Source)
http://1.bp.blogspot.com/-JDaw_qO4fWY/Utum_xTe1yI/AAAAAAAAB50/sGmz_IBrCEU/s1600/sdsdf.jpg
Keadaan Bas Yang Remuk (Source)

Sebenarnya memang mengerikan bila teringat kes bas express ni. Pengalaman kita menaiki bas express dari LCCT ke KL Sentral dua hari yang lalu juga amat menakutkan. Bas di pandu terlalu laju dan hampir melanggar sebuah kereta yang berada dihadapan berhampiran kuchai lama. Kita tak tau kenapa mereka perlu memandu dalam keadaan yang merbahaya macam tu...Lansung tak memikirkan keselamatan penumpang yang dibawa. Hmmm..

p/s: Al-Fatihah kepada mangsa dan takziah kepada keluarga mereka.


Source 

13 comments:

  1. Assalamualaikum. betul2 dekat kawasan rumah mertua saya ni. takutnya. saya selalu naik bas express balik kampung :(

    al-fatihah..

    ReplyDelete
  2. Bila ada satu kes...berderet2 kes yg sama berulang... Kebetulan?
    Semoga ianya dijadikan pengajaran.

    ReplyDelete
  3. alfatihah pada mangsa...... semoga semua pemandu bas diberi kaunseling secukupnya dalam etika pemanduan secara berhemah...

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah.. innalillah.. Al Fatihah.. aamiin.

    ReplyDelete
  5. sampai bila laa pemandu bas nie sedar yang mereka sebenarnya memperjudikan nyawa orang lain ketika membawa laju...isi tabung ikea sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Inalillah..Alfatihah utk.semua mangsa

    ReplyDelete
  7. takziah dan al-fatihah kepada semua mangsa..

    ReplyDelete
  8. takziah kepada keluarga mangsa. Sejak kebelakangan ni memang banyak kemalangan yang melibatkan bas kan

    p/s puteri isi tabung tapi ada burung biru je

    ReplyDelete
  9. sama dengan ika, ika pun takut naik bus....pernah sekali nak balik melaka dari selangor naik bus....ika tidur..pastu bila terjaga..bus berada di lorong pertama (lorong kenderaan laju) dan memandu dengan sangat laju....hujan pula tu....dalam hati dah istighfar banyak2 dah, mengucap panjang....takut gila, sejak tu ika tak berani lagi balik naik bus...menakutkan!! T_T

    ReplyDelete
  10. Al-fatihah buat mangsa yg menkinggal dunia...
    Betullah Raudzah selalu gak tengok bas laju kat Highway.... mentang mentang lew depa besauan!.

    ReplyDelete

Designed By