Breaking News

Wednesday, January 22, 2014

Caj SMS Dan Panggilan Telepon Akan Di Turunkan?


http://myprepaidsms.com/gambar/bisnestunetalk-caj.jpg
Caj SMS & Panggilan Telepon Akan DiTurunkan?

Caj SMS Dan Panggilan Telepon Akan Di Turunkan?


Caj SMS Dan Panggilan Telepon Akan Di Turunkan? Wah kalau betul bagus tu..Tapi sebenarnya itu hanyalah permintaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kepada semua syarikat telekomunikasi di negara ini yang telah mengaut keuntungan berbilion ringgit setiap tahun.

Hmmm...ini permintaan yang pertama kot yang bertujuan mengurangkan bebanan rakyat setelah siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang semakin parah. Tapi kalau nak diikutkan Petronas, TNB, Lembaga lebuhraya semuanya untung besar-besarkan. Tapi minyak still naik, tarif elektrik still naik dan tol pon ada ura-ura akan naikkan...So tak taulah dimana rationalnya permintaan ini dan adakah syarikat-syarikat ni akan patuh dengan permintaan tersebut. Unless ada arahan lah kan!!!

Kerajaan Campurtangan Jika Harga Barang Naik


Dan ini pula janji Perdana Menteri kita:

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran bahawa kerajaan akan campur tangan jika mekanisme harga barang tidak berfungsi dengan baik. Beliau berkata kerajaan akan mengambil langkah intervensi untuk memastikan rakyat tidak dibebankan dengan harga barang yang tidak berpatutan.
Hmmm..kita terfikir ya jika minyak, gula, elektrik, tol dll dinaikkan, boleh ke peniaga survive tanpa menaikkan harga barangan? Inikan kesan berangkai...

p/s: Nway untuk semua pengguna telepon tegar, doa-doakan lah ya semoga permintaan ni dipenuhi..So bolehlah jadi precedent kepada yang lain-lain...Dan kepada Perdana Menteri kita, carilah solusi yang terbaik ya...yang mengurangkan beban semua pihak!!!!

1. Rahsia Blogger Malaysia
2. Bahaya Untuk Rakyat Malaysia  
6. Bertuahnya Dia Orang Ni... 
7. Peluang Keemasan Untuk Wanita

11 comments:

  1. huh alhamdulillah klu turun..sbb semua nye da naik kn skg

    ReplyDelete
  2. Caj sms dgn panggilan telefon tak bg ape2 kesan sgt pon sbb kebayankan skrg org dh pkai smartphone, dari sms baik whatsapp je, dari tepon baik wechat je...yang kite concern skrg ni harga minyak dan brg2...sekali minyak naik harga, gula jugak naik harga, ianya memberi kesan terhadap brg2 lain....amboi panjang lebar kan? saje luahan perasaan....

    ReplyDelete
  3. puteri setuju dengan komen wan maruzen.. tak ramai yang hantar sms sekarang ni

    ReplyDelete
  4. xkisah dah sms naik ke turun..sebab dalam sehari boleh kira berapa kali guna sms... so x effect pape..kalau harga minyak turun seringgit seliter baru gempak...hehehhehe..

    ReplyDelete
  5. Stlh banyak yg naik akhirnya ada yg turun. Tp sms dh mcm takda erti skrg ni, smua pakai wasp la, wechat la...

    ReplyDelete
  6. Semoga ianya menjadi realiti...

    ReplyDelete
  7. slam ziarah.barangan komoditi sukar tuk turun.

    ReplyDelete
  8. klau betul baguslah.. done nuffnang!

    ReplyDelete
  9. aiza sudah jarang menggunakan khidmat sms atau panggilan telefon.. simkad banyak aiza guna untuk internet sahaja.. rasanya kalau diturunkan caj sms dan panggilan telefon tiada makna bagi aiza.. bukannya tidak bersyukur, tetapi mungki ada baiknya pihak kerajaan minta syarikat telco supaya turunkan kadar untuk internet.. walaubagaimanapun, kepada pengguna tegar telefon untuk sms dan suka call tu memang berita baik untuk mereka..

    ReplyDelete
  10. Mcm penganiayaan pulak kpd peniaga2 kecil.. kos semua naik.. org pun nak gaji naik ttp keuntungan mereka pulak terpaksa turun.. Setuju dg penurunan kos talipon tp kurang setuju dgn pernyataan ttg mengawal harga tu sbb nak mengelakkan kerajaan dari terbeban pihak lain pula tak pasal2 nak menanggung beban & nak dipersalahkan seolah2 nak mengaut keuntungan.. mcm tak tau ekonomi pulak.. wallahualam..

    ReplyDelete

Designed By