Breaking News

Saturday, January 25, 2014

Dia Adalah Hero....Aitzaz Hasan

Dia Adalah Hero....Aitzaz Hasan

Aitzaz Hasan


Dia pergi meninggalkan ramai yang menangis terharu. Itulah Aitzaz Hasan, seorang remaja dari pakistan yang telah mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan 2000 lagi pelajar dari serangan pengebom berani mati. 

Aitzaz Hasan, 17, meninggal dunia dalam serangan ke atas sekolah beliau di Kampung Hangu, di wilayah Khyber Pakhtunkhwa oleh seorang pengebom berani mati. Dia dilihat mengejar pengebom tersebut dari menghampiri sekolahnya sebelum satu letupan berlaku.

Aitzaz Adalah Hero


Aitzaz Hasan dikenali dikhalangan rakannya seorang yang berani mengkritik militan. Dan beliau juga pernah memberitahu rakan sekelasnya yang satu hari nanti dia akan menangkap beberapa pengebom berani mati. Biarpun dia diketawakan saat itu, namun Aitzaz telah membuktikan apa yang dikatakannya.

Walaupun dia telah menyebabkan ibunya menangis kesedihan namun dia telah menyelamatkan ribuan lagi ibu dari menangis kesedihan kerana kehilangan anak-anak yang mereka sayangi. Bagi seluruh penduduk tempatan di Miqdar Khan,  Aitzaz Hasan adalah HERO.

11 comments:

Designed By