Breaking News

Wednesday, January 29, 2014

Hanya Kerana Seorang Penumpang...

Kebakaran Bas Akibat Si Perokok

Penumpang Merokok, Bas Terbakar


Hanya kerana kelalaian seorang penumpang yang merokok didalam tandas sebuah bas, nyawa seramai 36 penumpang, pemandu dan konduktor sebuah bas ekspres hampir tergadai setelah kenderaan yang mereka naiki terbakar di Kilometer 78, Jalan Beluran-Telupid pada hari Ahad yang lalu. 

Ini Yang Tinggal

Penumpang Sebabkan Kesesakan


Mereka bernasib baik kerana salah seorang penumpang mengesan kepulan asap dari tandas tersebut yang memaksa Pemandu memberhentikan bas serta merta untuk menyelamatkan semua penumpang. Kejadian tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang satu kilometer.

P/s: Hmm..macam-macam lah dia orang ni...Buat perkara yang tak sepatutnya...Sebenarnya inilah yang bakal berlaku apabila ada yang mementingkan diri. Sebelum ni kita agak terkejut apabila dimaklumkan ada seorang kawan ni tak pernah off handphone bila naik kapal terbang. katanya ok aje so far tak ada masalah. Hmmm..malang tak berbaukan. peraturan yang dibuat pasti ada kebaikan. So tolonglah ikut peraturan coz kalau kena bukan yang buat salah aje yang merasa. Yang lain juga pasti terkena tempiasnya...So jangan jadi trouble maker ya!!!


15 comments:

  1. mama naik keretapi hari tu, mereka merokok jugak, sakit hati betul, dah satu gerabak bau rokok!.. jenis manusia tak faham arahan.. tengok! gara-gara dia satu bas terbakar!

    ReplyDelete
  2. ini namanya orang bodoh yang akalnya tak tahu letak kat mana..saya pun perokok jugak tapi bertimbang rasa laa kalau nak merokok pun..isk..isk..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Belum kena memang ok je...bila dah kena tak terkata. Gitulah,peraturan dibuat untuk
    menyenangkan bukan untuk memudaratkan.

    ReplyDelete
  4. ada juga yg berani hisap rokok dalam bas.. nasib baik semua penumpang selamat

    ReplyDelete
  5. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  6. Syukur semua selamat... Semoga jadi iktibar.

    ReplyDelete
  7. setiap peraturan yg dibuat mesti ada sebab kan...kita kena la ikut..walaupun kadang2 kita rasa agak remeh...ini lah akibatnya bila x ikut arahan...susahkan semua orang...

    ReplyDelete
  8. Sikap pentingkan diri sendiri..mcm ni la jadinya...

    ReplyDelete
  9. kalau msh ada sikap pentinkan diri sendiri, mcm ni lah jadinya ! ntahlah

    ReplyDelete
  10. sikap pentingkan diri..akhirnya menyusahkan orang lain pula.

    p/s as usual ada burung biru je..tetap ketuk :)

    ReplyDelete
  11. ini laa name nye selfish bukan selfie.kerana dia seorang shj +__+

    ReplyDelete
  12. Inilah org yg penting diri.. nak merokok pun biarlah bertempat.. sabar2lah. Menyusahkan org...
    klik2 churp2 2x.. tak de iklan lain.. :D

    ReplyDelete

Designed By