Breaking News

Friday, January 3, 2014

Ikan Gergasi Muncul Di Pantai Sandakan Sabah

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1486733_10152118971235817_1720189689_n.jpg 
Ikan Gergasi Muncul Di sandakan

Ikan Gergasi Muncul Di Pantai Sandakan Sabah


Kalau minggu lalu heboh mengenai Ribuan Ikan Tamban Naik Ke Perairan Lahad Datu, kini muncul pula ikan gergasi di Kampung Forest Sandakan Sabah beberapa hari yang lalu. Menurut sumber Ikan ini adalah dari spesis ikan Matahari (Ikan Mola-Mola).  Mola adalah ikan bertulang yang paling berat. Saiznya boleh mencecah 14 kaki (4.3 m) panjang dan 10 kaki (3.0 m ) lebar. Beratnya pula hampir 5,000 lb (2,300 kg).

 http://blogs.rgj.com/mostlydogs/files/2012/08/mola.jpg 
Mola Tidak Merbahaya Untuk Penyelam

Ikan Gergasi Suka Berjemur


Ikan Gergasi (Mola) boleh ditemui di lautan sederhana dan tropika di seluruh dunia. Mereka sering dilihat mucul dipermukaan air untuk berjemur di matahari. Apabila sirip dorsal besarnya muncul di permukaan air, ramai yang keliru dan menganggap ia adalah jerung. Ikan ini tidak merbahaya kepada penyelam. Tapi sikap ingin tahunya sering menyebabkan ia menghampiri penyelam.

p/s: Kesian pulak tengok ikan tu. Sedih aje. Apa yang menyebabkan ia terdampar ya? Hmmmm

22 comments:

  1. Salam...lamanya tak jengah sini, rindu tau. Kesian tengok ikan tu, ada sebab kot dia naik..

    ReplyDelete
  2. aah kan, nampak sedih je mata die tu
    dlm air cantik, dh cmpur lumpur pasir jdi hitam mcm ikan bawal plak :)
    done menbung semua tmpt ..huhu ^___^

    ReplyDelete
  3. besarnye ikan nie..yelah cm mn dia boleh terdampar cm tu...

    ReplyDelete
  4. makk aihhh..2,300kg??berat giler ikan ini??

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. besaqnya..hehe..da penh tulis assignmnt psal ikn ni..hehe..

    ReplyDelete
  6. wahh.. besarnya ikan tu.. :) bagi makan sekampung pon boleh ni.
    eh, boleh makan ke? hihi

    ReplyDelete
  7. besarnya..mcam mana la bole terdampar disitu..

    ReplyDelete
  8. Kesian tengok ikan tu kan Raudzah... muka dia sedih jerrr...!

    Kenapa agaknya dia naik ke darat yee...

    ReplyDelete
  9. eh comel nya ikan ni kan.. kesian plak dia terdampar kat tepi pantai mcm tu :(

    ReplyDelete
  10. kalau la tu boleh berkata kata...

    ReplyDelete
  11. Besarnya ikan ni... selalu sgt jumpa penyelam masuk air pastu naik kedarat...dia pun nak ikut...huhu

    ReplyDelete
  12. nasib baik ianya tak sama dengan jerung..

    ReplyDelete
  13. bila tengok dua kali comel juga ikan tu walaupun ia bersaiz gergasi.. isi tabung.. 3-3 churp2.. :D

    ReplyDelete
  14. alahai kesian pula tengok ikan tu, dahla comel

    ReplyDelete
  15. Besarnya.. tp klu terjumpa di laut & masih hidup pun amat menakutkan juga walaupun x merbahaya.. :)
    churp2 & inti sini.. :D

    ReplyDelete
  16. Besarnya ikan ni. Mungkin ada gangguan kot.

    ReplyDelete
  17. 2300kg???wowwww?? betul2 besar n berat tu...baru semalam abah cerita kat ika pasal ikan kerapu 200kg...haha..ni nampaknya lagi besar :)

    emmm ika pun tertanya2 kenapa dia terdampar mcm tu...mcm comel pun ad juga ikan ni :)

    ReplyDelete

Designed By