Breaking News

Monday, January 27, 2014

Rahsia Waktu Solat

Rahsia Waktu Solat

Rahsia Waktu Solat


Solat adalah ibadah asas yang utama bagi setiap umat Islam yang mengandungi rahsia  yang tersendiri. Ianya adalah satu bentuk interaksi diantara Allah dengan hambaNya. 

Selain daripada pergerakan solat seperti sujud dan rukuk yang mempunyai pelbagai rahsia, setiap waktu solat yang telah ditetapkan Allah juga mempunyai rahsia tersendiri. Ianya selalu dikaitkan dengan pelbagai spektrum warna. 

Rahsia Waktu Subuh


Waktu Subuh diwakili oleh spektrum warna biru muda yang berkaitan dengan rezeki. Oleh yang demikian mereka yang sengaja meninggalkan atau sengaja melewat-lewatkan waktu subuh selalunya akan berhadapan dengan kesukaran mencari rezeki.

Rahsia Waktu Zohor


Waktu Zohor diwakili oleh spektrum warna kuning dipercayai berkait rapat dengan frekuensi perut dan hati atau dengan lain perkataan sistem pencernaan. Mereka yang sengaja meningalkan atau melewat-lewatkan solat Zohor berulang-ulang kali dalam hidupnya selalunya akan menghadapi masalah pada sistem pencernaan dan hilang sifat keceriaannya.

Rahsia Waktu Asar


Waktu Asar diwakili oleh spektrum warna Jingga. Rahsia warna jingga adalah kreativiti. Mereka yang sengaja meningalkan atau melewat-lewatkan solat Asar berulang-ulang kali dalam hidupnya akan hilang daya kreativitinya.

Rahsia Waktu Maghrib


Waktu Maghrib diwakili oleh spektrum warna Merah. Rahsia warna merah adalah keyakinan. Mereka yang sengaja meningalkan atau melewat-lewatkan solat Maghrib secara berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah keyakinan yang tinggi. 

Rahsia Waktu Isyak


Waktu Isyak diwakili oleh spektrum warna Indigo. Rahsia warna Indigo adalah ketenteraman dan kedamaian. Mereka yang sengaja meningalkan solat Isyak secara berulang-ulang kali dalam hidupnya akan sentiasa berada didalam kegelisahan dan keresahan.

So kawan-kawan semua, jom sama-sama kita jaga solat kita. Pastikan kita solat tepat pada waktunya. Jika kita jaga solat kita pasti Allah akan menjaga dan memelihara kita daripada kesulitan dunia dan akhirat.

7. Peluang Keemasan Untuk Wanita

Ref: Penjelasan Ilmiah Tentang Ibadah Harian

14 comments:

  1. nice entri kak, jom jaga solat kita, .. :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat, sama2lah kita menjaga solat kita...

    ReplyDelete
  3. semuga kita dpt menjaga solat kita kerana Allah...

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah..terima kasih diatas perkongsian ini.. :-)

    ReplyDelete
  5. Subhanallah.. t kasih diatas perkongsian yg baik ni... Allahuakbar..

    ReplyDelete
  6. Semoga kita semua dapat menjaga solat kita dengan baik...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. solat awal waktu juga untuk menjemput rezeki... nice sharing raudzah..! :)

    ReplyDelete
  8. nice sharing Raudzah.. sorry ekk, lama tak jenguk ke sini..^__^

    ReplyDelete

Designed By