Breaking News

Thursday, January 23, 2014

Santapan Minda # 3: Tabung Akhirat

Salam Jumaat Semua,

http://2.bp.blogspot.com/-B37fSJE_Ecc/UKDwFbs-39I/AAAAAAAACFQ/I04PwO2MZBU/s240/INFAQ.jpg
Tabung Akhirat

Santapan Minda: Tabung Akhirat


Ramai orang yang bersungguh-sungguh menabung dan melabur utuk masa depan. Tapi ramai orang lupa nak bersungguh-sungguh menabung untuk akhirat. Zakat, Infaq dan sedekah adalah sebahagian daripada tabung akhirat kita.

Zakat, Infaq Dan Sedekah





Zakat adalah kewajipan harta yang spesifik,memiliki syarat tertentu, hak orang tertentu dan waktu tertentu. 

Infaq adalah mengeluarkan harta yang mencukupi zakat dan bukan zakatInfaq ada yang wajib ada yang sunat. Infaq wajib, di antaranya infaq kepada fakir miskin sesama Muslim, infaq bencana alam dan sebagainya.

Dan sedekah maknanya lebih luas dari zakat dan infaq. Sedekah boleh bermakna infaq, zakat dan kebaikan bukan material. 

Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. memberi jawapan kepada orang-orang miskin yang cemburu terhadap orang kaya yang banyak bersedekah dengan hartanya, beliau bersabda :

"Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, amar ma’ruf sedekah, nahi mungkar sedekah dan menyalurkan syahwatnya pada isteri juga sedekah."

Jom semua, sama-sama kita isi kedua-dua tabung di dunia dan diakhirat. Semoga kehidupan kita akan lebih diberkati. Aminn!!!

20 comments:

  1. In shaa Allah.. aamiin.. salam Jumaat Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  2. Hakikatnya tabung akhirat yang lebih penting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Wafi..Jom sama-sama menabung!!!

      Delete
  3. Sungguh bagai dikata. Garis panduan Islam amat indah jika mahu bahagia dunia dan akhirat. Terpulang pada diri sendiri kerana bumi Allah terbentang luas, aqal sempurna sudah diberi. Al-Quran lengkap sebagai panduan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kz...Islam agama yang sempurna...

      Delete
  4. salam jumaat...info yang baik untuk dikongsi

    ReplyDelete
  5. salam jumaat.. dunia akhirat perlu seimbang.. akhirat lebih utama kerana kita akan kekal di sana selamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat Aiza..memang betul sangat-sangat...

      Delete
    2. betul tu.. hehe.. aiza singgah menabung ikea, ikea dan churp2..

      Delete
  6. sedekah dan sorok sedekah tanpa orang tahu lebih baik.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup memang sepatutnya macam tu suri...

      Delete
  7. Nice sharinh Raudzah...salam Jumaat

    ReplyDelete
  8. X rmai org pikirkn.tbung ni sbb x nmpk...

    ReplyDelete

Designed By