Breaking News

Friday, January 10, 2014

Tijah Simpan Syiling Untuk Bayar Yuran

  
Tijah & Syiling Tabungannya

Tijah Simpan Syiling Untuk Bayar Yuran

 
Tijah hanya berusia tujuh tahun. Tapi pemikiran Tijah melebihi sebahagian daripada orang dewasa. Tijah tau tanggungjawabnya kepada mereka-meraka yang telah bersusah payah membesarkan beliau.

Tijah Bersama Tok wan & Tok Nek

Itulah kisah Tijah yang telah mengumpul duit syiling sejak dari tadika hanya untuk membayar yuran persekolahannya apabila masuk ke tahun satu. Tijah sudah kematiannya ibunya, manakala ayahnya hilang entah ke mana. Menyedari kedua nenek dan tok wan nya bukan dari keluarga yang senang, Tijah bertekad untuk membantu mereka supaya beliau mampu bersekolah dan suatu hari nanti dapat melanjutkan pelajaran di Mesir dalam  bidang kedoktoran untuk mengubati tok wan nya yang sedang sakit. 

Tijah bukan kanak-kanak biasa. Tijah tau apa yang diingini dalam hidupnya. Bertuahnya dunia ni kalau ramai adik-adik seperti Tijah. Walaupun beliau hanya mampu mengumpul RM64, tapi kisah Tijah harus dijadikan motivasi untuk kita semua. Semoga Tijah berjaya mencapai cita-citanya. Aminnn!!!

22 comments:

  1. semoga tijah berjaya dalam pelajaranya..

    ReplyDelete
  2. bagusnya adik tijah nie.. kalau kita dulu siap mintak lagi duit kat mak..lau xbagi terus menangis.. mengamuk..haha

    ReplyDelete
  3. meremang bulu roma baca entry ne.. malunya bila kta boros sdgkan budak ne lebih hebat pemikirannya dri org dewasa T__T

    ReplyDelete
  4. kecik2 dah tahu menghargai kesusahan insan yg menjaganya.. semoga adik tijah berjaya dlm hidup..

    ReplyDelete
  5. semoga adik tijah berjaya dlm hidup...

    ReplyDelete
  6. Assalam
    Kesungguhan adik ini jelas sekali keberkatan mereka yang mendidiknya.

    ReplyDelete
  7. kesiannyer..ada org yg berkemampuan tapi tidak berminat untuk belajar bersungguh2..yg kurang mampu betul2 menghargai ilmu yang bakal di perolehinya...dunia..

    ReplyDelete
  8. fae malu ngan diri sendiri when i read this article. nak save up to $10 pun fae tersangatlah 'rajin' ape lagi nak save up to $64.

    mudahan budak tu berjaya dalam pelajaran dan dimurahkan rezeki keluarganya Aamiin :)

    ReplyDelete
  9. Terharu baca kisah Tijah. Moga dia jadi anak yg solehah. Dia juga nak kumpul duit supaya dapat belajar ke Mesir. Besar cita-cita dia :')

    ReplyDelete
  10. adik Tijah nie memberi inspirasi semua orang.....

    ReplyDelete
  11. subhaallah mudah-mudahan jadi anak yg solehah
    dan berjaya menjadi seorg yg ternama insyaallah

    ReplyDelete
  12. berkat kegigihnya, insyallah kanak kanak ini pasti berjaya satu hari nanti...menabung taylors sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. Sedih bila baca kisah Tijah ni.. ya Allah.. hanya Dia shj yg tahu perasaan anak ini.. Semoga beliau menjadi insan yg berjaya satu hari nanti... aamiin.
    p/s: Raudzah, saya dah pm kat g+ hangout tadi.. saya tak smpt nak cari entri awak ttg yg hari tu huhu.. maaf sekiranya menyusahkan ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Khir...kita dah search kat Google+ tapi tak jumpa pulak..Hmmm..Mana pergi dia ya?

      Delete
  14. semoga berjaya suatu hari t dik.

    ReplyDelete
  15. Semoga adik ini berjaya...kisahnya memang sangat sedih tapi boleh dijadikan inspirasi untuk org lain. Salam Jumaat Raudzah

    ReplyDelete
  16. Inilah inspirasi yg sewajarnya di jadikan contoh. Semoga tercapai cita2 mu...amiin

    ReplyDelete
  17. Tijah, auntie bangga dengan Tijah. berusaha untuk mendapatkan sesuatu. auntie doakan cita cita murni Tijah akan termakbul. jadi anak yang solehah ye nak.

    ReplyDelete
  18. semoga tijah berjaya di dalam kehidupannya.. kecil-kecil dah bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  19. supaya adik tijah berjaya suatu hri nanti..kita pun belum tentu boleh kumpul duit syiling banyak tu..pengajaran buat dri sndiri..:)

    ReplyDelete
  20. Boleh dijadikan pengajaran kepada anak didik saya ni.

    ReplyDelete
  21. kita rasa kita dah cukup susah, tapi kita tak sedar, ada yang lagi susah daripada kita...

    ReplyDelete

Designed By