4 Sebab Mengapa Perlu Tidur Awal

 
Kenapa Perlu Tidur Awal (Source)

Mengapa Perlu Tidur Awal


Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya untuk tidur awal dan tidak berjaga sehingga larut malam kerana udara pada waktu malam amat berbahaya pada kesihatan. Baginda biasanya memilih untuk tidur lebih awal agar dapat bangun pada satu pertiga malam atau sebelum subuh.

Dari segi kesihatan, ada 4 sebab mengapa kita perlu tidur awal. Antaranya:

Tidur Awal Rehatkan Badan


1. Malam merupakan waktu yang paling ideal untuk tubuh berehat. Tidur yang secukupnya (6 jam bagi orang dewasa) membantu proses pembahruan sel dalam badan. 

Tidur Awal Meningkatkan Sistem Immunisasi


2. Udara pada waktu malam mengandungi unsur yang tidak baik pada kulit dan pernafasan. Jika seseorang terus-menerus berjaga malam ianya akan memberikan kesan kepada sistem pertahanan tubuh. Semua orang tau, sistem immunisasi amat diperlukan oleh tubuh kita untuk melawan dan menahan serangan pelbagai penyakit.  Antaranya kanser, jantung dan juga obesiti.

Tidur Awal Melancarkan Sistem Pembuangan Racun


3. Mengikut kajian, proses pembuangan racun dalam tubuh berlaku pada waktu malam sekitar pukul 11.00 malam hingga 1.00 pagi. Manakala fungsi hati melakukan proses detoksifikasi mulai pukul 1.00 hingga 3.00 pagi. Jika sekiranya kita tidak memanafaatkan waktu ini, maka organ kita tidak akan berfungsi dengan berkesan.

Tidur Awal Memelihara Kitaran Otak


4.  Kebiasaan berjaga malam juga akan menyebabkan jam biologi otak kita juga mungkin akan berubah. Apabila berlaku perubahan maka ianya akan menghasilkan kitaran baru pada organ dalam tubuh. Perkara ini pastinya akan merugikan kita kerana keadaan tubuh yang normalnya akan meningkat pada waktu pagi dan menurun pada waktu malam akan berfungsi sebaliknya.  

p/s: So pastikan you all tidur awal dan bangun awal pagi ya. Peringatan untuk kita jugak ni...

Comments

  1. tidur awal lepas tu iolss jaga balik pukul 3 pagi, Ash ajak main... he he he

    ReplyDelete
  2. saya cuba tdo b4 midnite tp kdg2 terjaga pada kul 4am utk ke tandas..tdo terganggu sokmo..

    ReplyDelete
  3. salam. hihihi sy selalu tido lewat lebih-lebih lagi masa cuti...btw nice info akak :)

    ReplyDelete
  4. lepas ni kena tidur awal la...sebelum ni macam dah terbiasa tidur lewat :)

    ReplyDelete
  5. tidur awal dan secukupnya bangun pagi badan terasa segar :)

    ReplyDelete
  6. saya tiap2 malam memang tidur awal.
    balik keje penat.
    nak tgk tv pun x sempat :)

    ReplyDelete
  7. info yang bermanfaat.. aiza sellau tidur lewat malam.. lepas baca artikel ini insya-Allah akan cuba tidur lebih awal..

    ReplyDelete
  8. Saya slalu juga tidur awal, tp kdg2 suka juga bngun diawal pagi.. in shaa Allah, mudah2an dpt dijadikan panduan & peringatan. Thanks sharing Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  9. saya kalau tidur awal..pagi tu ssh nak bangun..hehe

    ReplyDelete
  10. info yg bagus ni..saya pon suka tido awal.. ;-)

    ReplyDelete
  11. info yg bagus sgt ni...

    ReplyDelete
  12. Kathy tidur plg awal pkl 1 dan paling lewat 2.hehe.

    ReplyDelete
  13. Peringatan yg bagus..skrg memang amalkan tido awal...cuma sekali sakali kena stay up jugak kalau banyak keja...

    ReplyDelete
  14. Saya selalunya tidur lewat...susah nak tidur awal, lagipun rasa rugi lak tidur lama2 hehe

    ReplyDelete
  15. Sejak de ank kecik. Mmg xde mkna nk tido awl.. Mmg ting tong waktu tido..

    ReplyDelete
  16. mmg selalu cuba utk tido awal...tp biasanya gagal...mesti lewat gak...mlm2 kerap lak buang air...mmg selalu sgt dpt tidur x berkualiti

    ReplyDelete
  17. betol 3x...tapi kadang2 si kecik tak tido lagi so mama dia pon terpaksa tido lambat...huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat