8 Remaja Lemas Di Sungai Buloh Kasap

Sungai Buloh Kasap

8 Remaja Lemas Di Sungai Buloh Kasap


Takziah diucapkan kepada 8 keluarga remaja yang dikhuatiri mati lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat pagi semalam. Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan 13 remaja yang berekreasi di sungai itu sempena cuti hujung minggu. Mererka dikatakan keluar berjoging di tepi sungai tersebut sebelum mengambil keputusan untuk bermandi manda.

Kejadian semalam, dipercayai berlaku apabila seorang daripada remaja itu menghadapi kesukaran ketika berada di dalam sungai menyebabkan tujuh rakannya cuba membantu. Namun, rakan-rakan lain itu turut berhadapan dengan kesukaran ketika berenang di dalam sungai itu menyebabkan kesemua mereka dipercayai mati lemas. 

Antara Mayat Mangsa Lemas Yang Di Temui
Embedded image permalink
Ibu Bapa Mangsa Membaca Yasin Di Tepi Sungai

Tiga mayat Remaja Mati lemas Telah Di Temui


Sehingga semalam, tiga mayat remaja tersebut,  Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15 telah ditemui. Ketiga-tiga remaja itu tinggal di Taman Mewah dan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Buloh Kasap. Lima yang masih hilang dan dikhuatiri lemas dikenali sebagai Mohd Shafiq Mohd Syukur, 16, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izuan Hakimi, 16, dan Mohd Nazreen Zainal, 14. 

p/s: Semoga urusan mencari lima lagi mangsa dipermudahkan. Al-Fatihah untuk semua mangsa.

Comments

  1. tu kat hometown kite tu...takziah kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpati denagn dia orang Wan..hilang sekelip mata...

      Delete
  2. Saya baru baca berita ni dalam akhbar tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah baca semalam cikgu, tapi tak sempat nak update..

      Delete
  3. Takziah kepada semua keluarga yang terbabit dan moga Allah memudahkan dugaan yang mereka hadapi ini.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah mengalami situasi mcm ni sewaktu berenang2 di air terjun kota tinggi.. kawan saya lemas & meninggal di sana. ye lah, malang mmg tak berbau.. Takziah kepada semua keluarga mangsa, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.. Al fatihah.. aamiin..

    ReplyDelete
  5. al-fatihah.. takziah kepada keluarga mangsa.. ikea dan ikea..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat