Breaking News

Tuesday, February 4, 2014

Apabila Gereja Bantu Orang Islam!!!

http://www.csmonitor.com/var/archive/storage/images/media/images2/12-20-11-typhoon-relief/11272262-1-eng-US/12-20-11-Typhoon-relief_full_600.jpg

Apabila Gereja Bantu Orang Islam


Semalam kita ada kongsikan artikel mengenai orang Islam yang datang ke Tokong untuk mendapatkan bantuan.  Dan apa yang menarik perhatian kita adalah dua komen yang diberikan oleh dua rakan kita yang perihatin tentang masalah golongan ni. Jom kita tengok apa komen mereka:

Sesungguhnya mmg bnyk NGO2 yg aktif membantu golongan gelandangan, rumah2 perlindungan, mereka yg kecundang & sgnnya adalah dari kalangan bukan Islam... yg menyediakan rumah perlindungan HIV secara percuma kpd semua yg memerlukan juga adalah dari yg bukan Islam.. keperihatinan mereka sebenarnya dah berlaku lebih 10 tahun yg lalu & itu adalah fakta yg mmg saya akui dari pengalaman sndiri juga...(Khir)
betul tu... idah pernah interview sorang brader gelandangan nie... katanya pihak gereja byk membantu mereka berbanding dengan orang masjid... ke masjid nak tumpang mandi mereka dihalau... ke gereja.. mereka bukan sahaja memberikan mereka menggunakan kemudahan untuk mandi dan sebagainya.. malah diberikan sabun percuma... ermm..(Acik Idah)


Biasiswa & Bantuan Bukan Islam


Kita juga ada cerita sebenarnya. Ada seorang rakan yang kita kenal yang suatu ketika menghadapi masalah biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang syariah. Beliau sebenarnya hampir putus asa kerana gagal mendapatkan sebarang bantuan dari beberapa badan induk kerajaan dan swata, sehingga akhirnya beliau membuat keputusan untuk menulis surat kepada seorang Malaysian Chinese Businessman yang kalau kita sebut nama semua orang kenal. Hanya selepas dua hari surat tersebut ditulis, beliau dijemput menemui Businessman tersebut dan semuanya selesai. Beliau dibiayai sehingga tamat pengajiannya. Dan kita pasti kes di atas bukan lah kes yang pertama. 

Islam & Murtad


Sejujurnya kita bersetuju dengan pendapat dua rakan kita di atas. Isu ni mungkin nampak kecil tapi implikasinya amat besar. Dan kita tidak hairan jika sebenarnya ramai umat Islam yang murtad kerana isu ini dan bukannya isu kalimah Allah yang hebat diperkatakan.


15 comments:

  1. Salam, tolong pada yang terang-terang meminta tolong.

    ReplyDelete
  2. susah sgt nak minta bantuan pada badan2 yg berkenaan byk sagt songeh nyer kadg2

    ReplyDelete
  3. kes ni dah banyak kali dgr.. org islam sendiri susah nak bantu org islam..last2 non-islam yg sudi menolong..

    tu xtmasuk lg kes yg mualaf br msk islam pun xbyk bantuan dr segi mental dan fizikal yg diberikan kpd mereka..

    pihak gov or berkenaan kn fikirkan isu ni drpd busy isu kalimah Allah smata2..

    ReplyDelete
  4. betul tu..pandangan mereka tu sebenarnya adalah salah satu benda yang kita perlu amik serius..mulakan dari akar umbi, iaitu pengurusan sesebuah masjid itu sendiri. kadang2 prosedur dan birokrasi yang menyukarkan bantuan dihulurkan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. isu ni dah lama kan sebenarnya tapi nak buat camne kalau bab mintak tolong ni mmg terlalu byk karenah birokrasi..katanyalah..kita pun pelik jugak kalau biasa mereka mohon bantuan semua form dah lengkap tapi 1 feedback pun tak dapat. at least kalau nak reject bantuan tu pun tolonglah beri surat makluman kenapa permohonan tu dirolak.

    ReplyDelete
  6. itulah sebabnya..orang islam sendiri yang menyebabkan berlakunya kejadian sebegini..isu ni sudah lama dan amat membimbangkan sekali..

    ReplyDelete
  7. ke manakah perginya wang zakat yg kita byr tiap2 thn tu?

    ReplyDelete
  8. susah nak komen..bila membabitkan isu keislaman...inilah realitinya,,,,

    ReplyDelete
  9. naik haru otak fikir tapi kita tka gerak lagi tu mereka akan ambil kesempatan orang islam.wahualam

    ReplyDelete
  10. ada tanggungjwab pm ke wakil rakyat orang islam kena ambil tindakan lama akan rosakkan isalam itu sendiri lagi takut ada murtad susah ho

    ReplyDelete
  11. kdg2 org islam sendiri payah sgt nak tlg sesama islam. Tak pahamlah...mane pegi wang zakat? Bile nk mintak zakat pulak byk sgt form nak diisi, bukan tu je kang suruh gi jumpe org tulah, org nilah, pegawai yg bertugas takde lah dan mcm2 alasan selalu kite dgr......kenape bende2 ni terjadi? sape yg menguruskan wang zakat tersebut dan adakah wang tersebut betul diagihkan pada mereka yg betul2 memerlukan?

    ReplyDelete
  12. Mmg betul tu Raudzah.. mudah2an dpt membuka mata org2 kita & isu2 protokol dlm membantu mereka sepatutnya tak perlulah.. t kasih.. :)

    ReplyDelete
  13. Ini kerana, majlis agama (pengalaman berurusan dengan JAHEAIK dan MAIK), memang mereka tidak acuh dan tidak peduli dgn kesusahan rakyat. Bagi mereka, semakin banyak borang perlu diisi semakin nampak kesungguhan mahukan sesuatu. Tengok borang nikah kahwin ajelah, punyalah banyak karenah dan borang2 perlu diisi. Ini sebab kebanyakan mereka yang bekerja tu dapat kerja dengan kroni. Bukan kredibiliti yang ada. Bodoh pun tak apalah,sebab kroni ada yang bagi "cable" utk masuk kerja. Bila begini, mereka kerja tak bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  14. Itulah pasal.. Peetubuhan bkn Islam lebih byk beri bntuan dr orgIslam..mana dana org Islam laburkn..

    ReplyDelete
  15. begitulah realiti yang berlaku pada hari ini.. golongan gereja pula yang sanggup membantu.. sedangkan kita sesama saudara seislam kita membiarkan saudara kita sendiri hidup di dalam kemiskinan..

    ReplyDelete

Designed By