Breaking News

Monday, February 24, 2014

Awas Dengan Panggilan Ni !!!

Awas Dengan Panggilan & Mesej Palsu (Source)

Awas Dengan Panggilan & Mesej Palsu



You all pernah tak terima panggilan dari seseorang yang memperkenalkan diri dia sebagai pegawai sebuah bank tempatan serta memaklumkan bahawa you all ada mempunyai masalah hutang kad kredit atau kad kredit you all telah digunakan oleh orang lain. 

Panggilan Dari BNM


Untuk kepastian beliau kemudiannya memberitahu bahawa pihak BNM akan call you all untuk mengesahkan kejadian tersebut. Dan memang betul, beberapa minit kemudian you all akan menerima panggilan dari seseoarng yang memperkenalkan dirinya dari Bank Negara Malaysia dan  mengesahkan perkara yang sama. Ada individu lain yang menggunakan nama you all untuk membuat kad kredit palsu. Untuk keselamatan you all perlu pindahkan wang ke dalam akaun yang diberi oleh mereka. 

Kalaulah you all terima panggilan macam ni, Ini adalah pesanan dari BNM:

Berwaspada dan berhati-hati dengan panggilan telefon dan SMS palsu. JANGAN peduli, JANGAN layan dan JANGAN jadi mangsa! 


Email Untuk Mengemaskini Akaun


Selain dari panggilan di atas, kita pasti mesti ada juga yang menerima email meminta you all untuk mengemaskini akaun perbankan dengan mengarahkan supaya membuat click kepada pautan link yang disediakan.

Kalau you all klik laman web tersebut memang menyerupai laman web bank-bank tempatan (CIMBclicks, maybank2u.com dan lain-lain). Bezanya ia adalah milik pihak sindiket. Paparan laman web ini sebenarnya bertujuan untuk mencuri username dan password yang membolehkan pihak sindiket mengeluarkan wang mangsa tanpa diketahui oleh mangsa. 

Dan untuk peringatan semua, pihak bank-bank tempatan Malaysia memaklumkan bahawa mereka tidak akan menghantar e-mail kepada pelanggan mereka untuk tujuan kemaskini akaun perbankan mereka. 

p/s: So hati-hati semua. Orang sekarang panjang akal. Macam-macam cara kreatif digunakan untuk buat duit cara senang. 


18 comments:

  1. bahaya tu.. kena berhati-hati sekarang ini kan.. ikea, inti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya Aiza..Thanks ya for the click-clicks..

      Delete
  2. mmg xde keja lain nak perdayakan org je >.<

    ReplyDelete
  3. Macam2 teknik penipuan skrg...memang kena hati2 selalu..thanks Raudzah

    ReplyDelete
  4. bahaya nie.. kena lebih hati2... dari dulu lagi mmg hati2 dengan pemanggil macam nie.. even dengan yang jual insurans pon saya curiga..hehe.. klik ikea...

    ReplyDelete
  5. btl tu kak, mcm2 taktik sekarang nie, kalau dulu pakai no telefon private number..lepas tu no telefon mudah alih tempatan dan luar negara, sekarang nie no. telefon pejabat atau rumah, sekali imbas mcm betul je number tu kan.. hati2 la..

    ReplyDelete
  6. betul tu.. kadang2 email pon sama. penuh inbox dengan spam je

    ReplyDelete
  7. Mcm2 taktik yg depa guna nk curi duit kita kan.. so berhati2 la..

    ReplyDelete
  8. Mcm2 penipuan skrng ni... mmg kena berhati2 lah.. thanks sharing Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  9. Taktik menipu semakin sukar dikesan...ada kalanya terpedaya juga. Itulah peluang yg mereka cari, Berdoalah, semoga dijauhkan dari terkena!

    ReplyDelete
  10. Macam-macam teknik menipu yg digunakan skrg nie ya...kena lbh berhati-hati lagi...

    ReplyDelete
  11. thanks berkongsi info..macam macam taktik sekarang untuk menipu orang..kena sentiasa alert :)

    ReplyDelete
  12. bahaya...jgn layan lah kalu dpt panggilan camni

    ReplyDelete
  13. Syukur tak pernah lagi terima benda gini....agaknya dia tau akaun bank okje kosong kot haha

    ReplyDelete

Designed By