Breaking News

Monday, February 10, 2014

Buat Baik Berpada-Pada, Buat Jahat Jangan Sekali..

Embedded image permalink 
Ramai yang akan mengingati kebaikan kita, walau mungkin kita sendiri tak mengingatinya.

Buat Baik Berpada-Pada, Buat Jahat Jangan Sekali


Pepatah buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali bukanlah sesuatu yang asing untuk kita semua. Lumrah manusia yang baik akan dingati dan yang jahat apatah lagi. Sekali sahaja kejahatan yang kita lakukan, ia mungkin menghilangkan segala kebaikan yang telah kita lakukan. 

Dan untuk melakukan kebaikan sebenarnya tidak susah berbanding kejahatan. Ia tidak terhad kepada wang ringgit dan sedekah yang selalu kita semua bayangkan. Ia merangkumi segala perkara yang dapat memudahkan urusan orang lain mahupun binatang, sebarang tindakan yang dapat mengeluarkan orang lain daripada kesusahan dan menyenangkan hati orang lain. Sekecil mana pun tindakan kita, sekiranya ia dapat mendamaikan hati orang lain, maka ia dikira sebagai kebaikan. 
Ini termasuklah berwajah ceria dan berseri-seri sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Janganlah kamu memperkecilkan kebaikan sedikit pun, sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri. (riwayat Muslim)
Punyalah sayangnya Allah kepada kita semuakan. Peluang untuk membuat kebaikan terbuka luas. Bukan sahaja perlakuan, niat untuk membuat kebaikan pun dah diambilkira. Hmmm..

p/s:  So Jom semua muhasabah diri sebelum tidur. Agak-agaknya bagaimanakah bentuk graf amalan kita untuk hari ini? Apakah kebaikan yang telah kita lakukan? Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan pada hari ini, mampu menjadi saham kita di akhirat kelak...Aminn!!!!


14 comments:

  1. Ya! muhasabah diri... Semoga esok kita jadi lebih baik dari hari ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah BM..Muhasabah diri ya!!!

      Delete
  2. muhasabah diri atau audit diri... semoga apa yang kurang pada hari ini kita lipat gandakan untuk hari esok dan seterusnya.... kan raudzah...! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cheq Eemm..audit diri sebelum tidur kan..yang mana terkurang esok boleh baiki..In Shaa Allah...

      Delete
  3. ika sangat setuju dengan perkongsian raudzah...sebenarnya tak susah nak buat kebaikan....nak dengan tak nak je....muhasabah diri sama2 :))

    ReplyDelete
  4. muhasabah diri...memang tak dinafikan kalu nk wat jahat tu cepat je kan...

    ReplyDelete
  5. ok setuju dgn ini... hehe...salam singgah..klik churp2..

    ReplyDelete
  6. betul tu..jangan pernah jemu untuk melakukan kebaikkan.

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. setiap malam sebelum tidur, memang penting untuk muhasabah diri..supaya bila bangun pagi esoknya kita boleh menjadi lebih baik dari semalam :)

    ReplyDelete
  8. Sentiasa muhasabah diri.. mudah2an Allah memberkati seluruh kehidupan kita, in shaa Allah.. aamiin..

    ReplyDelete
  9. bersamalah kita bermuhasabah diri.. jika tidak mampu melakukan kebaikan, jangan pula melakukan kejahatan..

    ReplyDelete
  10. Jom sama2 muhasabah..buat yang di suruh,tinggal yang di larang.

    ReplyDelete
  11. Buatlah jahat sekali.. Smp mati org sebut...

    ReplyDelete
  12. thx atas peringatan raudzah..

    ReplyDelete

Designed By