Dua Beradik Mati Di Kelar Amah Di Sungai Buloh

Lokasi Kejadian

Dua Beradik Mati Di Kelar Amah


Kes ngeri kanak-kanak mati dikelar berlaku lagi. Kalau dulu tiga beradik telah di sembelih oleh bapa sendiri di Bangi, yang menyebabkan kematian salah seorang dari mereka, kali ni kejadian yang hampir sama berlaku di Sungai Buloh.

Dalam kejadian malang yang berlaku petang semalam, dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun mati dikelar menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri.  Ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia sementara ibubapa dan nenek mereka keluar bekerja.

Dua Beradik Berlumuran Darah


Kejadian ngeri itu hanya disedari oleh nenek mangsa yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang. Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia 18 bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya. Terkejut dengan penemuan itu, beliau segera mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan. Mangsa dipercayai dibunuh ketika menonton television kerana remote control masih berada ditangannya.

Pisau Di Guna Kelar Dua Beradik


Polis percaya kejadian ngeri ini dilakukan oleh pembantu rumah tersebut kerana tiada kesan rumah tersebut dipecah masuk. Pihak polis juga turut menemui dua bilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.
p/s: Semuanya tak selamat. Tinggal dengan bapa tak selamat, tinggal dengan pembantu rumah pun tak selamat. Hanya doa yang mampu kita semua lakukan untuk melindungi diri dan keluarga. Amalkan doa ni setiap hari. Semoga Allah melindungi kita semua. Aminn!!!

Source

Comments

  1. Astagfirullahal'azimm... pagi2 terbaca berita sebegini.. adusss..

    ReplyDelete
  2. Lar.. Kali ni pembantu rumah pulak yang kelar. Kesian betul

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!... baru 6 bulan umur dia.... sedihnya.... :(
    Beratnya ujian tu... Allahuakbar...

    ReplyDelete
  4. kesian budak kecik tak tau ape lg..mungkin amah tu ade masalah mental...

    ReplyDelete
  5. kesian pada 2 beradik tu....dah makin mental rasanya

    ReplyDelete
  6. Betul tu dimana2 pun tak selamat dah sekarang ni...
    Susah untuk mempercayai seseorang walaupun ahli keluarga sendiri..
    Apa nak jadi sekarang ni semakin maju negara semakin maju teknologi semakin kurang waras manusianya.

    ReplyDelete
  7. orang sekeliling pun dah tak boleh nak percaya... ngeriii budak baru 18 bulan dan 2 tahun kena kelar...tak dapat bayangkan...

    ReplyDelete
  8. ngerinye cerita nie.. kejam manusia sekarang neh..

    ReplyDelete
  9. ya allah macam2 la sekarang ni ngerinya

    ReplyDelete
  10. aduhai..kenapalah jadi macam ni..

    ReplyDelete
  11. semuanya tak selamat sekarang ni.. takziah kepada keluarga mangsa.. mcD, education uk..

    ReplyDelete
  12. Astagfirullah.. sedih & mengerikan.. kesian kpd mangsa yg tak mengerti apa & baru nak mengenal dunia tu.. mmg sedih bila mengenangkan budak tu....

    ReplyDelete
  13. kesian mereka masih kecil dan tak mengerti apa-apa. Takziah kepada keluarga mangsa

    ReplyDelete
  14. tak dapat nak bayangkan kejadian tu..susah nak percaya sesiapa pun sekarang ni.

    p/s education UK for you :)

    ReplyDelete
  15. Betullah Raudzah....mana mana tak selamat......tapi sekurang kurangnya kita ada senjata DOA utk melindungi diri kitakan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat