Haram Sembelih Binatang Cara Islam

Kambing
Haram Sembelih Cara Islam

Haram Sembelih Binatang Cara Islam


Haram sembelih cara islam kerana ianya tidak beretika, kejam dan melanggar hak asasi haiwan. Itulah kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Denmark. Sebelum ini, pengharaman cara penyembelihan tersebut juga telah dilaksanakan di Poland, Iceland, Norway, Sweden dan Switzerland. 

Sebagai ganti, semua haiwan yang akan disembelih perlu dipengsankan terlebih dahulu dengan kejutan elektrik di kepala. Bagi mereka tindakan tersebut dapat menghalang binatang berasa sakit sebelum mati. 

Kaedah ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana ianya menyebabkan penderitaan yang maksimum kepada binatang berbanding kaedah yang di anjurkan oleh Islam yang mempunyai hikmah seperti berikut:

Hikmah Sembelihan Cara Islam


1. Pemotongan urat merih menghentikan penghantaran darah ke otak, sekaligus deria sakit tidak lagi berfungsi kerana saraf penghantar isyarat sakit ke otak telah diputuskan,

2. Pemotongan urat merih juga tidak merosakkan saraf tunjang sekaligus jantung masih boleh berfungsi untuk pam darah keluar,

3. Darah yang mudah dijangkiti kuman dikeluarkan secara maksimum,

4. Haiwan kelihatan menendang-nendang adalah kerana aliran laju darah yang berlaku disebabkan jantung masih berfungsi mengepam darah,

5. Dengan kuantiti darah yang minimum yang masih tinggal pada haiwan yang disembelih, maka daging akan menjadi lebih segar dan tahan lebih lama berbanding cara-cara lain untuk mematikan haiwan.

Isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Biarpun pelbagai kajian telah lakukan untuk membuktikan kesahihan dakwaan di atas, yang mana hasilnya cara Islam adalah lebih baik, tapi mereka masih tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Pengharaman kaedah penyembelihan cara islam telah menyukarkan umat islam di negara berkenaan untuk mendapatkan bekalan daging tempatan. Mereka terpaksa bergantung kepada daging halal import.

Comments

  1. Apa pulak haramnya.. kdg2 tk fahamlah puak2 yg satu ni !

    ReplyDelete
  2. dia pula suka2 jatuhkan hukuman haram ke tak ek?

    ReplyDelete
  3. Hak asasi diaorg ni kdg2 mmg merapu.. tak nak pulak mereka kaji dari sudut kesihatan walaupun teknologi mereka dikatakan canggih.. jom cabar mereka utk mengupas sembelihan ni dari sudut perubatan & kesihatan.. mereka ni kdg2 mcm bijak tp sebenarnya sengal...

    ReplyDelete
  4. salah satu cara mereka nak jatuh kan islam..

    ReplyDelete
  5. macam2 kafir buat nak susahkan kita...

    ReplyDelete
  6. Terkejut baca title kat bloglist... rupanya cam tu :D. Seperti yang dikata, bukti saintifik dah ada tentang penyembelihan cara islam adalah yang terbaik. Malah yahudi juga sembelih haiwan untuk di makan (Kosher)... So, actually they are well verse about this, therefore there must be due to a certain agenda... very much agree with @MyCherita and @msredcheesecake. Besides, heard that pertumbuhan bilangan mereka yang convert ke islam di Europe meningkat secara drastik, may be, it's also a way to curb the growth... Allahualam Bissawab :D

    ReplyDelete
  7. itu lagi teruk..ada ke nak main pengsan² dulu...

    ReplyDelete
  8. mereka bukan tak paham dari sudut scientifik sebenarnya tapi mereka sengaja menafikan fakta yang jelas..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya meraka tak faham mudah berkata begitu. Mereka tak tahu syarat sah penyembelihan salah satunya pisau/alat diguna mestilah tajam. Bila alat terlalu tajam kesan sakit pada binatang terlalu berkurang. Macam kita kena injection jarum yg tajam masuk memanglah sakit tapi taklah sakit seperti bila tangan terpotong pisau.. betul tak?

    Perbuatan memengsankan lagilah kejam!

    ReplyDelete
  10. alahai kejutan elektrik tu lagilah kejam..mereka tak kaji dulu sebelum bersuara

    ReplyDelete
  11. kebanyakkan agama lain tak boleh terima cara islam..

    ReplyDelete
  12. mcm org musyrikin mekah dulu la.. diorg tahu yg islam itu betol, tapi ego nk ikut..

    ReplyDelete
  13. setiap apa yang islam tetapkan penuh dengan hikmah yang tersendiri..

    ReplyDelete
  14. bila berkait dengan Islam...pasti buruk belaka....ini semua agenda untuk memburukkan Islam...

    ReplyDelete
  15. mcm2 la..hurm klu org yg cetek bab agame..percaye aje ape dorg ckp

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat