Breaking News

Sunday, February 2, 2014

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi !!!

http://1.bp.blogspot.com/-IQhu3MVRcMw/T5WaaBZXb0I/AAAAAAAAAS8/u3lfZ-r-L-w/s1600/sawah%2Bpadi.jpg
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi


Harapkan pagar, pagar makan padi. You all pernah dengar tak pepatah ni? Mesti pernahkan. Cuma kita agak terskema sekejap bila kita terbaca tweet dari Ahmad Fedtri Yahya ‏mengenai pepatah ni. Beliau sebenarnya memberikan beberapa contoh mengenai penggunaan bahasa yang salah. Dan salah satunya adalah pepatah di atas.

Ini yang dia tulis:

Di sawah padi memang ada pagar ke? Pernah pagar menjelma untuk makan padi? Sebenarnya Pegar. Pegar  adalah sejenis burung..

Hmmm..camne tu takkan tak ada orang yang perasan kot selama ni..Nway kita pun CSI kat wiki dan cari image Pegar. So ini yang kita jumpa.

Pegar

Burung Pegar


Ayam Pegar ialah sejenis burung kuang yang boleh didapati di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Sumatera. Nama saintifiknya ialah Lophira ignita. Ayam Pegar bersaiz antara 55 hingga 70 sm panjang, dengan panjang ekor 15-30 sm. Berat badannya antara 1.6 kg hingga 2.6 kg. Burung jantan lebih besar daripada burung betina. Kedua-dua jantina juga boleh dikenalpasti melalui jambul dan kulit muka berwarna biru. Ia makan padi, daun muda, buah dan haiwan kecil.

26 comments:

  1. acik tahu tentang hal nie.. pernah di ceritakan oleh mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo yak ke..so mak acik cakap yang mana betul..

      Delete
  2. lagi satu perumpamaan 'seperti melepaskan batok di tangga'.. ada yg cakap bukan batuk yg kita batuk tu tetapi batok tu ada penyedok air tempayan.. tak tahu sejauh mn betulnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fiza..yang batok & batuk tu nanti kita buat entry lain ya...

      Delete
  3. Owh.. Ea ke gtu.. Hehe... Den pun bru tau..

    ReplyDelete
  4. Kebijaksanaan org dolu2 dlm bermain kata mmg kdg2 tak tertafsir oleh kita klu tak betul2 mengkajinya... mcm juga "menanam tebu di tepi bibir.." mcm power je ayat tu hehee.. nice sharing Raudzah.. :)
    - iklan tak kluar pulak hari ni.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugakkan khir..nanti kita CSI pepatah "menanam tebu di bibir mulut ni."..macam salah je..he..he..

      Delete
  5. Umur dh masuk 27 ni barulah tau psl pegar ni... owhhh

    ReplyDelete
  6. Orang dulu2 tidak salah dalam berbahasa, malah lebih bijak dari kita... Ianya bahasa kiasan dan perlambangan. Orang dulu2 kan tidak bercakap secara terus tetapi suka berkias...
    Sudah di kupas dalam entri ini : http://relakssminda.blogspot.com/2013/10/harapkan-pagar-pagar-makan-padi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun tak tau samada pepatah tu sebenarnya pegar atau pagar BM. Mungkin betul Pagar atau mungkin tersalah eja jadi Pegar kan..Dua-duanya adalah kiasan bagi kita..Apa-apa pun kita sendiri belajar perkataan baru iaitu Pegar.. Nway thanks ya sudi berkongsi pendapat...

      Delete
  7. ya..pernah baca dalam entri BM sebelum ni...nice sis,,perkongsian yg menarik untuk kita bersama..

    ReplyDelete
  8. oh rupanya si pegau ni le yang suka makan paddi...cissss

    ReplyDelete
  9. saya beberapa kali ke kedah tapi sayang tengok padi belum masak sedihnya..kalau dapat nak tengo dari jarak dekat

    ReplyDelete
  10. Sudah ada beberapa entri yang dikongsikan oleh blogger kita. Moga entri ini semua dapat memberi penyerahan.

    ReplyDelete
  11. Penah dgr tentang ni tp x penah tgk ayam pegar. Good info. CSI Malaysia hehehe

    ReplyDelete
  12. pernah terbaca tentang ni. tapi ni first time tengok gambar burung pegar..:)

    ReplyDelete
  13. nak menabung tapi until now tak ada tabung yang muncul...another time yer :)

    ReplyDelete
  14. rasanya aiza pernah membaca entri berkenaan pegar makan padi ini di blog relaks minda (bin muhamad)..

    ReplyDelete
  15. Baru hari ni ternampak blog ni. Pembetulan sikit. Gambar yang tertera adalah gambar Ring-necked pheasant (Phasianus colchicus) bukannya Crested fireback (Lophura ignita). Ring-necked pheasant berasal dari China. Burung Pegar ialah Crested fireback. Google dan tengok image burung pegar yang sebenar.

    ReplyDelete
  16. Baru hari ni ternampak blog ni. Pembetulan sikit. Gambar yang tertera adalah gambar Ring-necked pheasant (Phasianus colchicus) bukannya Crested fireback (Lophura ignita). Ring-necked pheasant berasal dari China. Burung Pegar ialah Crested fireback. Google dan tengok image burung pegar yang sebenar.

    ReplyDelete

Designed By