Breaking News

Sunday, February 16, 2014

Hukum Berbisik Di Dalam Islam


Hukum Berbisik Di Hadapan kawan

Hukum Berbisik Di Hadapan Kawan


Inilah gambaran kemuliaan ajaran Islam dan indahnya adab di dalamnya. Di mana seorang muslim tidak dibolehkan melakukan sesuatu yang bisa menyakiti dan membuat sedih saudaranya. Saat bertiga, ia tidak boleh berbisik-bisik dengan saudaranya tanpa melibatkan satu lainnya. Hal itu bisa membuatnya bersedih atau memicunya berburuk sangka kepada kedua saudaranya tersebut. Wallahu Ta’ala A’lam. [PurWD/voa-islam.com]  - See more at: http://www.voa-islam.com/read/tsaqofah/2013/05/14/24539/saat-bertiga-dua-orang-jangan-berbisikbisik-sendiri-tanpa-yang-satu/#sthash.uN6nmry2.dpuf
Salam Isnin buat semua pembaca Blog Santai. Pagi ni kita nak kongsikan dengan you guys tentang salah satu adab dalam Islam, iaitu berbisik. Sebelum tu kita nak tanya, you all pernah tak berada di dalam situasi macam gambar kat atas tu? Ada tiga orang dalam satu kumpulan. Tiba-tiba dua rakan lagi berbisik sesama sendiri. Agak-agaknya apa yang you all rasa? Mesti sedihkan. Dan mungkin tertanya-tanya. Eh dia orang cakap pasal aku ke?

Sebab tu di dalam Islam kita dilarang sama sekali berbisik dengan rakan kedua jika kita berada didalam satu kumpulan, kerana dikhuatiri ianya akan menyinggung perasaan kawan yang ketiga. Ianya mungkin akan menimbulkan prasangka yang bukan-bukan yang mungkin menyebabkan keretakan didalam perhubungan ataupun persaudaraan. 
Sabda Rasulullah S.A.W: "Apabila kamu sedang bertiga sekawan, maka janganlah dua orang diantaranya berbisik-bisik tanpa ikut sertanya yang lain (yang ketiga) sampai kamu bercampur gaul dengan orang banyak, karena yang demikian akan menyedihkan hatinya." (HR.Bukhari dan muslim dari Ibnu Mas'ud). 


Hukum Berbisik Kalau Berempat Atau Lebih?


Walaubagaimanapun, larangan di atas hanya terpakai jika kita bertiga di dalam satu kumpulan. Jika lebih dari tiga, larangan ini gugur. Kita dibolehkan berbisik dengan rakan terdekat, tanpa melibatkan rakan-rakan lain.
Imam Malik Rahimahullah dalam Al-Muwatha’ meriwayatkan dari Abdullah bin Dinar, ia berkata: Aku pernah bersama Ibnu Umar di rumah Khalid bin Uqbah yang berada di pasar. Datanglah seseorang ingin berbicara lirih (berbisik) dengannya. Tak ada orang lain bersama Ibnu Umar kecuali diriku. Lalu beliau memanggil satu orang lagi sehingga kami berempat. Lalu Ibnu Umar berkata kepadaku dan orang ketiga yang dipanggilnya, “Menjauhlah sedikit, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, ‘janganlah dua orang berbisik-bisik sendiri tanpa melibatkan yang satu’.”
Indahnya Islamkan. Semuanya dijaga. Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar perkara. Semuanya dengan satu tujuan supaya ada keberkatan di dalam setiap apa yang kita lakukan.


Source

18 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini...!

    ReplyDelete
  2. selamat pagi Raudzah.. sbb tu Islam sangt mjaga soal adab walaupun dianggap remeh. dan lagi 1 utk elakkan prasangka buruk kwn yg tak dibisik tu..huhu

    ReplyDelete
  3. sebolehnya elakkan lah kan... kita pun tentu rasa tak best org berbisik depan kita

    ReplyDelete
  4. mcm pernah kot .. hehehehe tu la kalau nak berkawan tak leh bertiga mesti salah sorang akan kecik hati

    ReplyDelete
  5. jangan bisikin kalau fb macam mana pula heee

    ReplyDelete
  6. nuff..nuf datang cari dab klik visa untuk kamu yeah...

    ReplyDelete
  7. kalo berbisik mula la yang ada terasa orang mengumpat dia ke hape.
    x pasal2 bargaduh pulak kang : )

    ReplyDelete
  8. pernah jugak ada kawan berbisik depan saya..tapi masa kecik2lah sekarang mau nye kena sembur balik kalau bisik2..haha

    ReplyDelete
  9. betul tu, KA pun plg x suka org bisik2 dpena kita.. done nuffnang yer

    ReplyDelete
  10. Mmg terasa bila lihat org berbisik depan kita.

    ReplyDelete
  11. nice sharing
    saya pun kurang berbisik...

    ReplyDelete
  12. betul tu..sekarang kan dah ade wasap..wasap jer member sebelah kalau rasa secret sangat..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. masa tengah bermesyuarat selalu la ada staf yang berbisik.. mengutuk pengerusi mesyuarat..

    ReplyDelete
  14. Mmg berbisik-berbisik cara mcm tu pun nampak tak elok.. mmg tak baik lah...

    ReplyDelete
  15. memang tak elok berbisik bisik di depan orang, nampak sangat tengah mengata orang tu kan..hehe

    ReplyDelete
  16. Mmg nmpk Xelok bbisik depan rakan2 kalo stay bkumpulan.. xsopan.

    ReplyDelete

Designed By