Breaking News

Friday, February 28, 2014

Inilah Statistik Pekerja Asing Di Malaysia


Gaji Pekerja Asing
Bayaran Kepada pekerja Asing

You all ingat tak lagi dengan entry Kayanya Malaysia. Pada yang dah lupa Malaysia menduduki tangga ke sebelas dalam carta negara-negara yang membayar khidmat pekerja asing di dunia.  Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Nation Master, sebanyak USD6.5 Billin (RM18 billion) telah dibelanjakan pada tahun 2009 untuk tujuan ni. Banyakkan. Dan pada yang nak tau bayaran tu dibuat kepada siapa sila tengok statistik kat bawah ni.

Embedded image permalink
Statistik Pekerja Asing Di Malaysia

Statistik Pekerja Asing Di Malaysia


Berdasarkan statistik di atas Indonesia merupakan tenaga asing yang paling ramai bekerja di negara ini sejak 15 tahun lalu. Kerajaan menyasarkan seramai 4 juta pekerja asing berdaftar bakal berkhidmat di negara ini untuk merealisasikan visi 2020.

Biarpun data di atas agak outdated, tapi kita rasa ianya tidak banyak berbeza kerana menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, terdapat lebih daripada 1.58 juta pekerja asing sudah berdaftar untuk bekerja di negara ini sehingga pertengahan tahun 2012. 

Indonesia adalah antara lima negara tertinggi pekerja asing yang berdaftar bekerja di Malaysia dengan 767,590 orang diikuti Nepal sebanyak 279,421 orang dan Myanmar 137,784 orang. Bangladesh menduduki tangga ke empat dengan bilangan pekerja seramai 134,148 orang . Manakala India menduduki tangga ke lima denagn jumlah tenaga kerja seramai  91,222 orang.

Kesimpulan yang boleh kita ambil dari statistik di atas adalah, hampir 25% daripada tenaga pekerja di Mlaysia adalah pekerja asing. (ini yang berdaftar. Yang illegal tidak diambil kira). 

Persoalannya:

1. Apakah risiko kepada negara apabila terlalu bergantung kepada pekerja asing?
2. Bolehkah rakyat Malaysia menggantikan tempat mereka?


7. Ramai Yang Suka Buat Ni

23 comments:

  1. memang berisiko,tapi apakan daya,kita perlu khidmat PADI dan PATI ni..

    ReplyDelete
  2. banyaknya pengaliran wang ke luar... hu hu hu...

    ReplyDelete
  3. Memang sgt berisiko bila terlalu bergantung pd pekerja asing..tapi tanpa mereka pun susah juga... :(

    ReplyDelete
  4. memang banyak pengaliran keluar.. tapi sayangnya rakyat kita tak mahu kerja2 yang di buat oleh warga asing itu :(

    ReplyDelete
  5. wowww.. ramai gila ok. hm.. tu lah kn. dah kerja gaji kecik semua warganegara sndri tak nak buat. itu yg kena hire diorg tu

    ReplyDelete
  6. risiko 1-banyak jenayah...seriously mmg xdpt dinafikn.....
    risiko2-rasa mcm x ddk negara sendiri..especially bila pegi bangi ramainya indon....

    ReplyDelete
  7. Mmg kadarnya amat tinggi... isu yg paling baru ialah ttg pekerja myanmar yg dibawa masuk kebanyakkan adalah yg menentang bangsa Rohingya. Maaflah jika saya salah, tp jika betul... patut ke kita bagi bantuan kepada rohingya di sana tetapi kita ambil warga myanmar yg membenci mereka bekerja di sini... wallahualam...

    ReplyDelete
  8. sometimes bila keluar, rasa macam bukan kat negara sendiri je tapi nak buat macam mana, banyak kerja yang mereka buat yang orang kita tak nak buat. So not that much choice.

    ReplyDelete
  9. Hmm... Mmg rmaai dh.. Siap berkampung lagi kt sini..

    ReplyDelete
  10. Macam xpercaya jer data tu. Rasanya jumlah sebenar pasti 2 kali ganda!

    ReplyDelete
  11. banyaknya.. kalau dah sampai 25%...

    ReplyDelete
  12. sungguh mengejutkan melihat data statistik pekerja asing itu.. sekarang 25%, tidak mustahil ianya akan terus meningkat!!

    ReplyDelete
  13. Risiko ekonomi, pertahanan dan ketenteraman awam.

    Rakyat Msia boleh menggantikan mereka apabila jumlah rakyat Msia mencapai 70 juta orang. Utk mencapai bilangan itu rakyat Msia perlu digalakkan berkahwin dan mempunyai anak yg ramai, kerana bilangan wanita lebih ramai dari lelaki. Poligami juga adalah langkah cepat kearah itu kerana kelompok lesbian, gay dan transgender telah bertambah ramai dan ramai golongan muda kurang minat berkahwin dan kahwin lambat atas faktor ekonomi dan budaya masyarakat.

    ReplyDelete
  14. Risiko ekonomi, pertahanan dan ketenteraman awam.

    Rakyat Msia boleh menggantikan mereka apabila jumlah rakyat Msia mencapai 70 juta orang. Utk mencapai bilangan itu rakyat Msia perlu digalakkan berkahwin dan mempunyai anak yg ramai, kerana bilangan wanita lebih ramai dari lelaki. Poligami juga adalah langkah cepat kearah itu kerana kelompok lesbian, gay dan transgender telah bertambah ramai dan ramai golongan muda kurang minat berkahwin dan kahwin lambat atas faktor ekonomi dan budaya masyarakat.

    ReplyDelete
  15. Masyarakat Malaysia bila tengok sebuah institusi keluarga mempunyai anak lebih daripada 3 hingga 5 orang mulalah mempunyai pelbagai perspektif dan pandangan. Mana lah nak menambah rakyat Malaysia. Kerajaan seharusnya menerapkan kepentingan anak sebagai tunjang utama kepimpinan negara dalam pendidikan. Sebagai pelajar tingkatan 3 saya lihat kerajaan menggalakkan amalan perancang keluarga dalam pendidikan Sains dsn langkah ini salah satu usaha kerajaan... Mungkin...

    ReplyDelete
  16. Masyarakat Malaysia bila tengok sebuah institusi keluarga mempunyai anak lebih daripada 3 hingga 5 orang mulalah mempunyai pelbagai perspektif dan pandangan. Mana lah nak menambah rakyat Malaysia. Kerajaan seharusnya menerapkan kepentingan anak sebagai tunjang utama kepimpinan negara dalam pendidikan. Sebagai pelajar tingkatan 3 saya lihat kerajaan menggalakkan amalan perancang keluarga dalam pendidikan Sains dsn langkah ini salah satu usaha kerajaan... Mungkin...

    ReplyDelete

  17. نقدم افضل خدمات تنظيف الكنب بالرياض فنحن نملك افضل اجهزة التنظيف بالبخار لاننا افضل شركة تنظيف كنب بالرياض
    وبالمملكة واسعارنا في متناول الجميع
    افضل شركة تنظيف بالمدينة المنورة

    ReplyDelete

Designed By