Jadual Catuan Air Phasa Kedua Di Selangor Mulai Esok
Catuan Air Di Selangor & Lembah Kelang (Source)
Jadual Catuan Air Phasa Kedua
Catuan air di Lembah Kelang dan Selangor memasuki phasa kedua mulai esok (Ahad) sehingga 31 Mac ini.
Phasa kedua catuan melibatkan lebih 260 kawasan dari enam wilayah iaitu Gombak,
Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu
Selangor. Penjadualan catuan air peringkat kedua itu merupakan lanjutan
daripada peringkat pertama yang dimulakan Khamis lalu di Hulu Langat dan
Kuala Langat melibatkan lebih 60,000 pengguna.
Catuan Air Dalam Masa Dua Hari
Enam wilayah yang terlibat dalam catuan tersebut akan dibahagikan kepada dua zon iaitu zon pertama akan menerima bekalan air pada 2 dan 3 Mac dan diikuti dua hari tanpa air manakala bekalan air untuk zon kedua pula akan diperolehi pada 4 dan 5 Mac.
Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air dijangka berhenti mulai pukul 9 pagi selama kira-kira 55 jam sehingga bekalan disambung semula pada pukul empat petang, dua hari selepas bekalan diputuskan.
Jadual Catuan Air Phasa Kedua
Berikut adalah Jadual catuan air phasa kedua untuk 6 zon yang terlibat.
Jadual Catuan Air SYABAS Di Selangor 2014 (Phasa Kedua)
Jadual Catuan Air SYABAS Di Selangor 2014 (Phasa Pertama)
P/s: Selamat Menyimpan Air Untuk Semua!!!
selamat menakung air. aah proses pembenihan awan dlm proses. lama dah x hujan
ReplyDeleteKena berjimat cermat....
ReplyDeleteKakak tak dapat bayangkan mereka yg tinggal condo/apartment tinggi, susahnya..
ReplyDeleteYg bawah walau susah oklah sikit...
Singgah sini :)
ReplyDeleteSlalunya org cakap, tidur2 ayam... tp kali ni kenalah mandi2 ayam pulak hehee :D
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteSemoga saat kritikal ini ada pencerahannya . Insyaallah ya.
Adik kathy pn kena catuan ni..
ReplyDeletesusah bila kena catu air ni...harap segalanya selesai dengan cepat :)
ReplyDeleteada education UK plak :)
ReplyDeletealhamdulillah petang tadi dah turun hujan walaupun sekejap je..
ReplyDeletenasib baik ada lg air kt umah tu...tapi dah siap2 tampung air..
ReplyDeleteThanks for info...
ReplyDelete